Memaparkan catatan dengan label KELAB WARISAN NUMISMATIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELAB WARISAN NUMISMATIK. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

MAJLIS PERASMIAN , PAMERAN DAN JUALAN DI SEMINAR ERROR COINS MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS SEMINAR ERROR COINS MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh   :  15.06.2013
Masa    :  9.00 Pagi
Tempat :  Hotel Shahzan Inn
                Kuantan Pahang

Majlis Seminar Error Coin Malaysia Peringkat Kebangsaan ini telahpun selamat disempurnakan Perasmiannya oleh YB Dato Mohd Hj. Sharkar bin Hj. Shamsudin , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang pada pagi tadi.. Seramai 40 peserta daripada seluruh negara telah berkumpul untuk hadir di Seminar ini yang dianjurkan oleh Kelab warisan Numismatik  Malaysia .
Pada sebelah pagi berlangsung Majlis Perasmian dan diikuti dengan Pameran dan Jualan yang disertai oleh ahli Numismatik daripad seluruh Negara .

Gambar-gambar daripada  Majlis Seminar Error Coins Kebangsaan ini dapat dirakamkan oleh Pihak Urusetia Seminar seperti yang diabadikan dalam Sejarah Numismatik Malaysia untuk julung-julung kalinya Seminar Error Coin ini dapat diadakan .Di Malaysia ini .

MAJLIS PERASMIAN
Dari Kiri Dato Shah , YB Dato Sharkar, Mr Dickson, Hj Azmi



Dato Presiden membisikan sesuatu kepada YB Dato Sharkar

Majlis Perasmian

Para Peserta Seminar dari seluruh Negara

Haji Nasaruddin selaku Pengacara Majlis

Ucapan Alu-aluan Dato Presiden

Dato Presiden sedang menyampaikan ucapan

Komuniti Numismatik akan terus dimertabatkan 
dan Kelab Warisan NumismatikMalaysia bersedia mengalas 
tanggongjawab ini dan inilah suara Dato Presiden dalam
ucapan di Seminar Error Coins Malaysia Peringkat Kebangsaan .

YB Dato Mohd Sharkar Shamsuddin sedang menyampaikan Ucapan

Ucapan Dato Mohd Sharkar diamati oleh hadirin

Kerajaan Negeri Pahang akan mempromosikan Numismatik 
sebagai suatu Produk dibawah Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang.
Dan bersedia menjadikan Pahang sebagai Pusat Trading
 untuk Numismatik Negara . Tanda sokongan awal Kerajaan Negeri 
Pahang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3000.00 
untuk membiayai Progam Seminar ini.
Tahniah YB Dato Sharkar.

Kegembiraan Pesrta Seminar disambut dengan tepukan untuk
 YB Dato Sharkar dan Kerajaan Negeri Pahang .

Sebagai Tanda kenangan YH Dato Presiden menyampaikan
Cendehati kepada YB Dato Mohd Sharkar di Majlis Perasmian tersebut


Pada tarikh 15.06.2013 Seluruh Ahli Kelab Warisan Numismatik
 Malaysia telah besepakat melantik YB Dato Mohd Sharkar Shamsudin 
Selaku PENAUNG Kelab Warisan Numismatik Malaysia. 
Tahniah YB Dato Sharkar.

YB Dato Sharkar sedang melihat Pameran Koleksi uncut 60 keping 
RM1 Zeti item paling Rare Koleksi Dato Shah

YB Dato Sharkar diberi penerang oleh Dato Shah mengenali Koleksi 
Yang di Pamerkan


YB Dato Sharkar melihat dan bertanyakankepada
 En Rahim tentang coin digerai jualannya

Tampang Topi Pahang adalah Matawang Negeri Pahang yang 
yang menjadi perhatian YB Dato Sharkar

YB melihat gerai jualan Mr Silmon Loo

4 biji tampang topi pahang ni zaman dulu boleh beli 
seekor kerbau jaras itu penerangan Dato Shah kepada
 YB Dato Sharkar

Duit Tampang dikeluarka dizaman Tun Ali bentuk Tampang Topi 
lebih ringan dan mudah digunakan .


Peserta Seminar disediakan minum Pagi

Sidang Akhbar yang dibuat oleh Yb Dato Mohamad Sharkar bin
Haji Shamsuddin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan dan Kebudayaan
Negeri Pahang

Negeri Pahang akan menjadikan Numismatik sebagai Program Negeri
Sidang Akhbar

Suatu Program besar untuk Numismatik akan diadakan
di Negeri Pahang penghujung tahun ini .
Sidang Akhbar

Program 3 hari Numismatic Fair di Kuantan sebagai Pusat Trading
Numismatik Kebangsaan
Sidang Akhbar

Program ini perlu digalas oleh Dato Shah selaku Presiden Kelab Warisan
Numismatik Malaysia dan kerajaan Negeri Pahang akan menyediakan
kemudahan-kemudahan yang diperlukan..
sidang akhbar

Sidang Akhbar

Pemberita dari Utusan ,Berita Harian Sinar dan Akhbar Cina

Sidang akhbar

SESSI PETANG SEMINAR

Sessi Seminar Error Coin Malaysia Peringkat Kebangsaan dimulakan
Mr Dickson Niew sebagai Pakar membentangkan Kertas kerja I

Penerangan dengan gaya bahasa yang fasih serta penekanan sesuatu
kategori yang dibincangkan terus dihayati oleh peserta seminar

Suatu penerangan Ilmiah terhadap persediaan sebagai seorang
 ahli Numismatik . Mr .Dickson terus memandu  peserta 
untuk mengikuti kertas kerjanya .


Sessi penerang oleh Mr Dickson dalam Seminar Error Coin



Para perta semina khusuk mendengar penerangan dari Mr Dicson

Majlis penyampaian Sijil Seminar oleh Dato Shah

Gambar sebagai saksi peserta Seminar Error Coins Malaysia 
Peringkat Kebangsaan pada 15.06.2013
di Shahzan Inn Kuantan Pahang

Inilah pelapis muda yang akan meneruskan perjuangan Numismatik
Negara dimasa hadapan dibawah asuhan Mr Dickson Niew

Menyaksikan tandatangan Dato Shah untuk hak pembida Badrop Seminar untu Hafiz Malik


Mr Dickson menurunkan tandatangan di benner badrop Seminar yang 
menjadi barang saksi yang rare dibeda oleh Hafiz Malek


*********************
Kelab Warisan Numismati Malaysia
15062013

Ahad, 9 Jun 2013

JEMPUTANKE MAJLIS PERASMIAN ,PAMERAN DAN JUALAN SERTA SEMINAR ERROR COIN PERINGKAT KEBANGSAAN .

SEMINAR ERROR COIN  MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh    : 15.06.2013
Masa     : 8.00 pagi - 2.00ptg
              -  Perasmian oleh
                 YB Dato Hj. Sharkar bin Hj. Shamsuddin
                 Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan dan Kebudayaan
                 Negeri Pahang.
              -  Majlis Pameran dan Jualan  numismatik
              - 2.00ptg-5.00ptg
                 Seminar Error Coin Malaysia Peringkat kebangsaan
                                
Tempat  : Hotel Shahzan Inn
               Kuantan , Pahang .

Kehadiran : Terbuka kepada semua ahli Numismatik Malaysia dan Singapura
Urusetia    : Kelab Warisan Numismatik Malaysia
                  Phone : 0139227750 , 0199185858
                 

Semua ahli Numismatik di Jemput hadir beramai-ramai ke Majis Perasmian tersebut . Dan sekiranya tuan-tuan mempunyai barang jualan amatlah digalakan untuk menyertai Pameran dan Jualan tersebut .  Kelab Warisan Numismatik Malaysia amat berharap tuan-tuan dapat datang ke majlis ini sebagai tanda kita semua adalah ahli NUMISMATIK  yang menyokong setiap aktiviti yang diadakan .

Rabu, 22 Mei 2013

NUMISMATIK


NUMISMATIK - bahasa  Latin Numisma ,Nomisma bermaksud syiling , coin .
NUMISMATIK - bahasa Yunani  bermaksud mengunakan kesesuaian hukum

Apakah itu NUMISMATIK
-------------------------
Istialah pemakaian NUMISMATIK adalah sesuatu kegiatan aktiviti hobi atau study dalam kegiatan mencari , mengumpul , menjual dan membeli sebagai  barangan Koleksi  yang berkaitan dengan Matawang yang pernah dikeluarkan dan digunakan oleh masyarakat pada masa itu dari dahulu sehinggalah sekarang .

Koleksi NUMISMATIK adalah terdiri daripada bahan-bahan lama seperti matawang pra sejarah berupa siput gerus , manik  dan bahan logam dari  tembaga atau timah tampang , silver dan emas , wang kertas , syiling ,  token , coupon dan perkara-perkara yang berkaitan dengan matawang yang pernah beredar dan pernah diguna dalam masyarakat setempat pada ketika itu . Koleksi-koleksi ini perlu dikumpul dan disimpan  serta direkodkan  bagi setiap penemuan agar ianya menjadi warisan
sejarah menandakan kewujudan bagi sesuatu tamaddun berasakan sistem ekonomi yang diamalkan bagi pada ketika itu . Koleksi-koleksi NUMISMATIK ini amat bernilai tinggi  dari aspek sejarah dan amalan ekonomi yang perlu diangkat sebagi Warisan Negara .

NUMISMATIK juga mempunyai beberapa cabang disiplin ilmu yang boleh dikaji sebagai suatu study dipelbagai bidang secara Ilmiah melibatkan antara lainnya ialah sejarah matawang itu sendiri , pengaruh penjajahan dan kekuasaan yang mendominasi iklim perdagangan  dan ekonomi dirantau tersebut serta secara ilmiah memahami kaedah cara  pembuatan  matawang  , ciri-cirinya , variasi yang ditemukan , pemalsuannya  dan kehadiran  matawang yang kesilapan cetak semasa proses pembuatanya yang terus menerus mendapat perhatian dan perbahasan ilmiah diperingkat tempatan dan peringkat global antarabangsa . NUMISMATIK telah mendapat pengiktirafan sebagai suatu aktiviti ekslusif dan telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa .




Galeri Sha Banknote 1964
Kod Ilmiah 01
22052013


Ahad, 19 Mei 2013

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA .

KELAB WARISAN NUMISMATIK [ Malaysia ]
No. 3A ,Kedai 20 Unit , Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur
09 - 4664270
019-9185858


RAKAMAN UCAPAN TAHNIAH KEATAS MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN.

YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz
Menteri
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan


YB Datuk Joseph Salang Anak Gandum
Timbalan Menteri
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan


Diatas lantikan tersebut Pihak kami  Kelab Warisan Numismatik dan semua warga Numismatik mengucapkan Tahniah diatas lantikan bagi menerajui Di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan . Kami amat menyanjung tinggi diatas wibawa  YB Datuk - Datuk untuk menerajui Kementerian ini agar dapat dilihat sebagai suatu produk  Negara yang dapat menyumbangkan kearah mencapai wawasan 2020 .
Kami Kelab Warisan Numismatik adalah suatu Badan NGO yang bernaung dibawah kementerian Pelanconga  Dan Kebudayaan akan sentiasa menyokong dan mendukung setiap dasar dan aktiviti yang akan dijalankan oleh kementerian nanti.  Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan kunjung hormat untuk menemui YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz Selaku Menteri Di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menyampaikan hasrat Ahli dan Rakan Kelab , Kelab Warisan Numismatik bagi menrapatkan hubungan dan mendapat pandangan YB Menteri dan seterusnya mendapatkan restu untuk melantik YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz sebagai PENAUNG Kelab Warisan Numismatik kami .
Dengan jalinan keakraban Bandan NGO dan Kementerian diharap pihak kami sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada pihak Kemententerian untuk meletakkan NUMISMATIK ini sebagai suatu Warisan Negara yang perlu diwarisi dan diketengahkan di Persada Negara .

Hasrat dan cita-cita semua Ahli Numismatik amatlah tinggi dan berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz  akan dapat menaungi kami semua Ahli Numismatik agar dapat aktif dan dapat menyumbangkan kepada  pembagunan Numismatik  Negara Malaysia.


Hormat dan Salam
Dari Kelab Warisan Numismatik &
Warga Numismatik Malaysia .



Dari
Dato' Haji Sharuddin Bin Haji Yusof
Presiden
Kelab Warisan Numismatik [ Malaysia ]


Rabu, 24 April 2013

GALERI SHA BANKNOTE 1964

GALERI SHA BANKNOTE 1964

Galeri Sha Banknote telah mula ditubuhkan pada tahun 2010 bagi memulakan usaha sebuah mini galeri bagi mengumpulkan dan menyimpan semua bahan artifak Matawang Lama Negara  Malaysia  bermula dari zaman Pra Sejarah , Era Pemerintahan Kesultanan Melayu Nusantara ,  Zaman Penjajah Portugis , Belanda dan Inggeris , Semasa penaklukan Tentera Jepun, kembali Penjajahan British Malaya sebelum Merdeka dan Wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia .
Bagi membantu merekodkan semua data dan Artifak yang telah dikumpulkan oleh Galeri Sha Banknote satu laman blog telah dibuka bagi memudahkan peminat-peminat Numismatik  membuat access terus untuk melihat koleksi yang telah dikumpulkan dan memberikan pandangan kepada Galeri Sha Banknote bagi mendapatkan maklumat dan data serta pengesahan ketulinan  koleksi yang telah ditemui .
Blog Galeri Sha Banknote memulakan artikel pertamanya pada 20hb Januari 2012 dan sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 267 artikel untuk disiarkan dalam blog Galeri Sha Banknote . Dan pada hari ini 24hb April 2013 lebihkurang baru setahun  4 bulan blog Galeri Sha Banknote ini telah dilawati dengan angka 100002 pengunjung  dari seluruh dunia .
InsyaAllah jika  diizinkan Allah Galeri Sha Banknote Selepas Aidulfitri tahun ini akan memulakan Pembinaan Baru Bangunan   Warisan Numismatik Galeri Sha Banknote bagi menempatkan semua koleksi dan Artifak Matawang Negara yang ada dalam Galeri Sha Banknote .

Ada juga beberapa rakan dalam Numismatik berpandangan apa perlunya koleksi-koleksi peribadi dipamerkan didalam blog dan ini merupakan suatu yang menunjuk-nunjuk kepada umum . Berkemungkinan juga keselamatan Artifak serta  pemilik koleksi tersebut dalam bahaya  kerana ianya akan mendapat fokus daripada penjenayah .

Sememangnya perkara ini ada benarnya juga tetapi Galeri Sha Banknote lebih mengambil pendekatan lebih besar dan jauh agar Numismatik ini bukan hanya sebagai hobi peribadi sahaja  tetapi ianya adalah suatu Warisan Negara yang harus dijaga dan harus dikongsi bersama tanpa batasan bangsa atau lingkung kenegaraan . 

Dengan pelawat yang telah melebihi 100000 pengujung blog dan  ini adalah merupakan  satu pengiktirafan dari peminat Numismatik kepada Galeri Sha Banknote . Terima kasih kepada pengunjung semua dan sokongan dari peminat Numismatik saya amat hargai dan ucapan terima kasih . Ucapan terima kasih juga  kepada beberapa individu yang terlibat bagi membantu saya serta  Kelab Warisan Numismati dan khusus pembantu khas Feteh  kerana membatu saya dari segi teknikal dalam menjayakan blog Galeri Sha Banknote . Terima kasih semua .

Isnin, 22 April 2013

PENUNDAAN TARIKH SEMINAR DUIT SYILING DAN ERROR COIN MALAYSIA.

PENUNDAAN TARIKH SEMINAR DUIT SYILING DAN ERROR CION MALAYSIA

TARIKH BARU : 15.06.2013
MASA: 2.00 PTG - 5PTG
TEMPAT : HOTEL SHAHZAN INN , KUANTAN

Adalah dimaklumkan bahawa SEMINAR DUIT SYILING DAN ERROR COIN MALAYASIA yang akan diadakan pada 27.04.2013  bertempat di Shahzan Inn Kuantan akan ditunda kepada 15. 06. 2013 oleh sebab tarikh asal adalah bertembung dengan hari berkempen dalam Pilihanraya PRU13 . Urusetia memohon maaf atas penundaan ini .   Para Peserta Seminar diharap ambil maklum diatas penundaan ini dan sebarang pertanyaan diharap dapat menghubungi Pihak Urusetia .

Peserta Seminar

1  . Dato Sharuddin Bin Yusof
2. . Mr Dickson Niew
3   Tuan Haji Azmi bin Abd. Malik
4.  Ahmad Nasyaruddin bin Ismail
5.  Hamdan bin Abd. Ghani
6.  Silmon Loo Yaw Wen
7.  Faizal Izwa bin Nawi
8.  Mohd Noor Fadzly bin Abd. Johar
9   Ab. Rahim bin Mohd Said
10. Abdul Rahim bin Othman
11. Danny Yong
12. Mohamad Zaim bin Khairuddin
13. Saidan Naziri bin Mohd Yusof
14. Mohd Badrul Risham
15. Mohd Syihan bin Mustan Shir
16. Lee Chin Lung
17. En Chew Kim Peng
18. Tan Kong Seng
19. Chin Chee Wei
20. Mohamad Hakimi bin Mohamad
21. Zainol Rizal Zainal
22.Daud bin Md Dawi
23. Pannirselvam Ramasamy
24.Vishnu Damloo
25. Padzimah bte Tajul
26 .Nurain biti Mohd Hussein
27. Sarihati Awang Akhbar
28. Salleh bin Mat Tahar
29. Khairuddin bin Yusof
30. Husni bin Yusof

Peserta seminar masih lagi dibuka ..

Urusetia Seminar
Kelab Warisan Numismatik ,
No 3A Kedai 20unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka 
Pahang
0199185858
0139227750
0139397888


Isnin, 4 Februari 2013

PANTUN SELOKA NUMISMATIK .


Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin merakamkan beberapa Pantun Seloka Numismatik yang sempat dinukilkan dalam beberapa bait terapi minda setelah seminggu ini sedikit tegang dengan beberapa aktiviti yang agak padat .  Kerehatan minda amat penting dan sesekali kita kena lari sedikit bagi menghiburkan hati tetapi masih dalam bicara Numismatik yang indah ini .

Pantun Seloka Siri 1
subuh 04022013

Ali, Tong Seng dan  Ramasamy adalah sahabat ,
Selalu bersama berjoging Di Taman Tasik ,
Kalau Tuan mencari hobi yang hebat ,
Sertailah kami di hobi Numismatik ,

Daun mengkudu pucuk betik ,
Mari dipetik di kebun bunga ,
Ramai bertanya apakah itu Numismatik ,
Numismatik adalah mengumpul duit lama ,

Itek sekawan berjalan pulang ,
Terbenam matahari pulang ke rebannya ,
Sekeping kertas dinamakan Wang ,
Menyimpan sejarah dalan eranya

Pagi-pagi pergi ke kedai ,
Bagi membeli buah pelaga ,
Yang lama itu antik dan bernilai .
Warisan bangsa yang perlu dijaga ,

Pergi ke Jambi menaiki sampan
Membawa barangan untuk dijual ,
Kalau adik lama hobi menyimpan ,
Marilah cuba hobi menjual ,

Kalau bertandang kerumah Jiran ,
Jangan lupa bawa bingkisan ,
Bila keliru dan buntu fikiran ,
Kelab Warisan tempat rujukan ,

Musim tengkujuh cuacanya lembab ,
Guruh berdentum bunyinya panjang ,
marilah sertai ahli Kelab ,
Kelab Warisan Numismatik yang bersedia berjuang ,

Pokok lalang tumbuh di padang ,
Tumbuh subur ditanah lembab ,
Melawat Kilang sudah berseminar mendatang ,
Usaha berterusan membela ahli Kelab .


nota ***
 Tawaran kepada Kolektor untuk  menambah  ilmu dalam error coin sertai Seminar Error Coins Malaysia pada  27.04.2013 di Hotel Shahzan Inn Kuantan  untuk penyertaan sms ke talipon   0199185858 .

Jumaat, 1 Februari 2013

NUMISMATIK MALAYSIA

 NUMISMATIK MALAYSIA

Semalam Galeri Sha Banknote paling banyak mendapat call dan sms daripada sahabat-sahabat Numismatik Negara kita . Ini berikutan dengan Seminar yang akan diadakan pada 27.04.2013 di hotel Shahzan Inn Kuantan , Pahang  anjuran Kelab Warisan Numismatik . Dan tidak ketinggalan juga disepanjang Seminar tersebut akan diadakan Jualan duit-duit lama . Ramai sahabat yang bertanya untuk menyertai jualan tersebut  .  Dan Galeri Sha Banknote juga akan cuba  membawa  koleksi-koleksi Syiling -syiling Error  Malaysia yang ada dalam koleksi untuk dipamerkan kepada sahabat semua .
Kepada semua ahli Numismatik Malaysia yang berminat untuk menyertai Seminar ini Kelab Warisan Numismatik mengucapkan Selamat Datang ke Seminar ini dan ahli dari Luar Pahang Selamat datang sambil menikmati keindahan Bandar Kuantan .
           Seminar ini lebih memberikan penekanan  kepada kolektor baru dalam kaedah asas bagi mengenali , menilai dan menjaga koleksi  wang yang ada pada kolektor semua  .  Dan satu cabang sain Numismatik yang diiktiraf oleh International Numismatic dunia  iaitu  bidang Error Coins . Semua isu dan tajuk-tajuk ini akan dikupas oleh pakar Numismatik kita Mr. Dickson Niew , beliau adalah merupakan Penasihat kepada Kelab Warisan Numismatik .

           Secara keseluruhan beberapa data angka  telah diambil oleh Kelab Warisan Numismatik untuk rujukan  dan telah mendapati dan  mempunyai angka keseluruhan player dalam hobi Industri Numismatik  Malaysia ini pada tahun 2012  iaitu telah mencecah jumlah  seramai  16,692 orang Numismatik Tegar  dan  lebih daripada  23 outlet premis Numismatik yang  khas bagi menjual duit lama dan angka ini tidak termasuk perniaga dijualan mingguan di AmCorp Mall  , Pasar karat ,  Pasar Seni dan lain-lain lagi diseluruh negara kita .
           Numismatik Malaysia juga mempunyai Persatuan Induk Malaysia Numismatic Society MNS dan beberapa Kelab yang berdaftar  sebanyak 4 kelab termasuk Kelab Warisan Numismatik dan  Kelab tidak berdaftar seperti Kelab Admin Facebook ada sebanyak  8  kelab Facebook .
           Di Malaysia hanya terdapat 1 Auction House yang kini dikendalikan oleh MNS dan IsyaAllah Kelab Warisan Numismatik sedang merangka untuk mengadakan Auction House yang kedua bagi merancakkan lagi aktiviti Numismatik Negara kita .
     
           Daripad Fakta Numismatik Malaysia yang ada sekarang ini kolektor yang ada sekarang ini adalah seramai 16,692 dan purata  perbelanjaan  tahunan setiap kolektor ialah dalam jumlah  RM1000/setahun   dan anggaran unjuran perbelanjaan sektor Numismatik Malaysia 2012 adalah lebih kurang 16juta setahun  . Dan dijangka untuk tahun 2013 pertumbuhan unjuran perbelanjaan sektor Numismatik ini akan meningkat sebanyak 15% kepada angka RM20 juta  . Dari angka ini sebenarnya peluang yang diwujudkan oleh sektor Numismatik ini  ini amat besar  dan  hobi ini adalah salah satu pelaburan yang boleh  memberikan pulangan yang baik berbanding dengan hobi-hobi yang lain . Bagi adik-adik kolektor baru  hobi ini boleh dijadikan kerja samping yang boleh memberikan pendapatan sampingan dengan menyertai jualan di internet atau di  Facebook  .

           Selamat datang kepada semua ahli Numismatik Negara ke Seminar ini dan anda boleh enjoy dengan aktiviti ini .






Rabu, 30 Januari 2013

SEMINAR BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA

SEMINAR  BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA     


Mesyuarat Pengurusan Warisan Numismatik  yang telah diadakan pada 29.01.2013 telah bersetuju untuk mengadakan  :-

SEMINAR BERKAITAN ERROR COINS MALAYSIA
Pada      :    27hb.  April 2013
Masa     :    2.00 ptg sehingga 5 ptg
Tempat :   Hotel Shahzan Inn
                    Kuantan Pahang
            



ATURCARA MAJLIS SEMINAR BERKAITAN ERROR COIN MALAYSIA
TARIKH    :   27hb  April  2013 
TEMPAT  : HOTEL SAHZAN INN KUANTAN PAHANG



2.00ptg        -    pendaftaran

2.15ptg        -   KERTAS PERTAMA
                          KAEDAH ASAS MENGENALI , MENILAI DAN MENJAGA
                          SYILING MALAYSIA    
                                                                                                           
                    -    Penceramah 
                         Mr. Dickson Niew
                         Penasihat Kelab Warisan Numismatik 
                          Pemudahcara
                          Dato Hj Sharuddin bin Hj Yusof
                          Presiden Kelab Warisan Numismatik 
                     
 3.00ptg     -   pertanyaan dan soal jawab

3.50ptg    -    KERTAS KEDUA
                        MENGENALI  ERROR COINS MALAYSIA
                 -      Penceramah 
                        Mr. Dickson Niew
                       Penasihat Kelab Warisan Numismatik 
                -     Pemudahcara
                      Tuan Haji Azmi bin Abd. Malik
                      Timbalan Presiden Kelab Warisan Numismatik

4.20 ptg  -    Pertanyaan dan soal jawab   

4.50ptg  -    Penyampaian Sijil Seminar Kepada Peserta
                     Oleh  Dato' Haji Sharuddin bin Haji Yusof
                      Presiden Kelab Warisan Numismatik

5.00ptg -    Jamuan minum petang.

** Pesta Jualan Duit lama akan diadakan disepanjang Seminar **

Peserta terbuka kepada semua ahli numismatik seluruh negara .

Bayaran  : RM70.00
                   RM 50.00  ahli & rakan Kelab Warisan Numismatik

Penyertaan  :  40 peserta sahaja

Daftar peserta sms   019 9185858
                                     013 9227750
                                     013 9397888


disediakan oleh urusetia
Kelab Warisan Numismatik 
siaran 29012013

Ahad, 29 April 2012


No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270
Website : Sharuddin58.blogspot.com
Email : Sharuddin58@yahoo.com

Kepada semua sahabat Numismatik adalah dijemput untuk menjadi Ahli Kelab Warisan Numismatik. Sahabat yang berminat boleh mencetak semula borang di bawah ini atau sms ke No.Tel : 019-9185858 Sharuddin bin Yusof (Presiden) @ No. Tel : 013-9227750 Tuan Haji Azmi bin Abd. Malik (Tim. Presiden) @ No.Tel : 013-9397888 Hamdan bin Abd Ghani (Setiausaha) untuk mendapatkan borang dan keterangan lebih lanjut.



Borang yang telah diisi dengan lengkap berserta gambar dan yuran keahlian hendaklah di hantar kepada :

KELAB WARISAN NUMISMATIK
No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.











Ahad, 22 April 2012

MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK


No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270


MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK 
TARIKH : 22.4.2012
MASA : 2.30PM-6.00PM
TEMPAT : VISTANA HOTEL, KUANTAN


SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB WARISAN NUMISMATIK


PRESIDEN : DATO’ SHARUDDIN BIN YUSOF DIMP AMP
TIMBALAN PRESIDEN  :  TUAN HAJI AZMI BIN ABD. MALIK
SETIAUSAHA  :    HAMDAN BIN ABD. GHANI
BENDAHARI   :  TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN OTHMAN
SETIAUSAHA KERJA  : FURQAN RABBANI BIN SHARUDDIN
AHLI JAWATANKUASA  :

1) ABDUL RAHIM BIN MOHAMMED SAID
2) MANSOR BIN JUSOH
3) SAIDAN NAZRI BIN YUSOF
4) MD. RADZAIMI BIN AB. RAHMAN
5) EFFENDY BIN HARUN
6) SALLEH BIN MAT TAHAR
7) FAIZAL IZWA BIN NAWI
8) HUSNI BIN YUSOF
9) ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
10) SILMON LOO
11)DANNY YONG YEW CHAN
12)HARUN BIN OTHMAN


1) Matlamat Kelab Warisan Numismatik

1.  Memperkenalkan dan mempromosikan nama NUMISMATIK kepada umum seluruh negara.
2.  Mengumpul dan menyatukan ahli Numismatik yang berada di merata tempat Secara persendirian agar sudi berteduh di premis Kelab Warisan Numismatik.
3.   Membimbing ahli bagi aktiviti mengumpul, menjual dan membeli duit-duit lama. 
4.   Memberi Ilmu pengetahuan melalui seminar dan latihan bagi mendalami ilmu numismatik.
5.   Mengadakan pameran dan karnival jualan duit-duit lama.
6.   Membantu membuat pengredan dan menilai sesuatu duit yang ditemui oleh ahli Numismatik.
7.   Menjalin kerjasama dan kunjung hormat kepada jabatan-jabatan,  NGO,  dan individu yang berkaitan dengan Numismatik.


2) Aktiviti Kelab Warisan Numismatik 

  1. Kelab Warisan Numismatik akan mengeluarkan kad keahlian dan sijil keahlian kepada setiap ahli kelab
  2. Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan pameran, menjual dan membeli duit-duit lama: 
  •     Setiap hari sabtu 2 minggu sekali bertempat di Teluk Chempedak Kuantan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Pahang.
  •     Setiap hari ahad setiap minggu bertempat di Taman Kerang Kuantan Pahang 

  1. Kelab Warisan Numismatik sedang merancang untuk mengadakan aktivit kunjunghormat ke Jabatan Kerajaan dan lawatan 
  • Pada 26.4.2012 ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Negeri Pahang Kuantan.
  • Cadangan lawatan sambil belajar ke Kilang Duit Kertas pada bulan Jun 2012
Giesecke @ Devrient Malaysia Sdn Bhd ,
Off Jalan Delima 1/1 Batu 3,
40150 Shah Alam Selangor.

  1. Kelab Warisan Numismatik bercadang mengadakan Seminar Mendekati Dan Mengenali Duit Siling Malaysia Dan Duit Error pada November 2012.
  2. Mengadakan program Karnival Numismatik dan Ramah Mesra sempena genap setahun penubuhan Kelab Warisan Numismatik pada 1/4/2013
 3) Keahlian Kelab Warisan Numismatik

  •        Keahlian terbuka pada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti mengumpul duit lama
  •        Yuran keahlian seperti berikut :


Yuran Keahlian           : RM20.00
Sijil Keahlian               : RM10.00
Kad Keahlian              : RM30.00
Jumlah                         RM60.00

Semua ahli Numismatik dijemput untuk menjadi ahli Kelab Warisan Numismatik.Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut untuk menjadi ahli boleh menghubungi No. Tel 019-9985858 (Presiden) dan 013-9397888 (Setiausaha) atau pos ke alamat

KELAB WARISAN NUMISMATIK
No. 3A Kedai 20 Unit Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 609-4664270
Fax : 609-4664270


GAMBAR SEPANJANG MESYUARAT PERTAMA KELAB WARISAN NUMISMATIK PADA 22/4/2012 DI VISTANA HOTEL KUANTAN, PAHANG.

Presiden, setiausaha, dan bendahari bincang di lobby vistana hotel sebelum memulakan mesyuarat.

Presiden bersama jawatankuasa Kelab Warisan Numismatik di lobby Vistana Hotel

Mr. Danny Yong Yew Chan sedang mengisi borang kehadiran.

Tn Haji Azmi bin Abd Malik selaku Timbalan Presiden mengisi borang kehadiran.

Presiden, Timbalan Presiden, dan Setiausaha memulakan mesyuarat.

Presiden dan Ajk Kelab Warisan Numismatik sedang bermesyuarat.

Presiden memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Mesyuarat sedang meneliti contoh Sijil keahlian.

Pengundian terpaksa dibuat untuk menentukan sesuatu secara demokrasi

Mesyuarat berjalan selama 2 jam untuk menyelesaikan hala tuju kelab

Mesyuarat sedang berjalan di Vistana Hotel Kuantan

Setiausaha sedang mencatatkan minit kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ajk

Timbalan Presiden memberi cadangan kepada isu yuran keahlian.

Presiden berbaju putih dan Timbalan Presiden satu gandingan yang mantap menerajui Kelab Warisan Numisamatik.


Presiden menekankan kesungguhan setiap Ajk untuk memberi komitmen kepada setiap aktiviti yang dijalan oleh Kelab Warisan Numismatik.

Mesyuarat pertama Kelab Warisan Numismatik berakhir pukul 6pm.

Inilah Barisan Ajk Kelab Warisan Numismatik Pertama 2012 terpahat dalam lipatan sejarah Numismatik negara.Gambar ini menjadi saksi bermulanya dengan rasminya perjalanan Kelab Warisan Numismatik.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...