Diawal tahun ini Galeri Sha Banknote telah pun berjaya mengumpul 3 keping duit siling pertama James Brooke Sarawak Satu Keping 1942. Sememangnya dari awal lagi Galeri Sha Banknote memang tercari-cari untuk menyimpan duit ini dalam simpanan Galeri Sha Banknote. Galeri Sha Banknote mendapatkan ketiga-tiga duit ini daripada simpanan keluarga seorang sahabat yang sudi menyerahkannya untuk simpanan koleksi Galeri Sha Banknote kerana duit ini milik ayahnya dan ayahnya sudah meninggal dunia.
Menyingkap sejarah Duit James Brooke ini Galeri Sha Banknote telah mengutip beberapa refrensi daripada beberapa sumber yang tercatat dalam buku sejarah tentang kenapa James Brooke menjadikan maskot binatang Badge @ Musang Tengalong @ Musang Luak sebagai potret duit pertamanya.

Muka depan ditempa dengan gambar Badge @ Musang Tengalong @ Musang Luak iaitu binatang kesayangan James Brooke . Dicatatkan James Brooke setiasa membawa Badge @ Musang Tengalong @ Musang Luak kemana sahaja beliau berada ( Badge @ Musang Tengalong @ Musang Luak ini adalah musang yang makan buah kopi dan biji kopi tadi akan keluar bersama dengan najisnya. Di Sumatera biji kopi yang bersama najis musang ini diproses semula untuk dijadikan kopi luak yang amat terkenal dan harga secawan kopi luak mencecah harga USD 50.00 ) Badge @ Musang Tengalong @ Musang Luak ini akan sentiasa bersamanya berada diatas bahu kiri tangannya. Diatas sifat keakraban James Brooke dan musang badge ini yang menyebabkan James Brooke mengarahkan pencetak wang ketika itu untuk mempatenkan potret musang badge dalam matawang pertamanya dan tidak mengabdikan wajahnya sendiri seperti pemerintah lain terutamanya untuk matawang pertamanya ini. Selepas matawang pertama ini barulah gambar potret James Brooke dipatenkan semula di dalam siri duit James Brooke Sarawak ini.
Dimuka depan duit ini sebagai mercu tanda James Brooke juga memasukkan huruf J.B didalam rekabentuk duit ini dengan hadirnya J.B yang bermaksud James Brooke di bawah gambar musang Badge. Tertera juga pengabdian tarikh "SEPT 24 1941" Iaitu Tarikh Raja Putih James Brooke ini mula menjadi Raja Sarawak 1841.
Sementara mukabelakang duit ini tertera tulisan jawi "satu keping" dan tarikh hijrah Islam tahun 1267 Hijrah bersamaan tahun 1842 dan rekabentuknya menggunakan acuan yang sama dengan duit ayam Singapore Merchant Token.Dan duit James Brooke ini dikatakan ditempa di Mint Singapore.
Dibawah ini dipaparkan gambar ketiga-tiga duit James Brooke ini berserta dengan spesifikasinya sekali.
GAMBAR DUIT NO 1
Muka depan
Muka Belakang
Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 1.743 gram
Diameter : 21.5 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain
GAMBAR DUIT NO 2
Muka depan
Muka belakang
Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 2.25 gram
Diameter : 21.8 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain
GAMBAR DUIT NO 3
Muka depan
Muka belakang
Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 2.25 gram
Diameter : 21.8 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain
Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan beberapa koleksi lagi duit Sarawak yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote untuk paparan semua seperti siling Serawak 1/4 Cent, half Cent, Ten Cent, 20 Cent, 50 Cent.