Matawang Rm5 Zeti Aziz siri ke11 dikeluarkan oleh Bank Negara pada tahun 2004 dengan wang baru polymer yang dicetak di Australia. First prefixnya ialah CA dan last prefixnya masih tertanya-tanya dalam buku meramalkan last prefix adalah EG.
Walaubagaimanapun saya telah dihubungi oleh rakan bank dan menyata beliau ada satu bundle 100 keping running number prefix EJ. Dengan keluarnya matawang polimer baru yang dilancarkan baru-baru ini maka keluaran polimer lama diberhentikan sehingga prefix EJ. Saya masih ragu-ragu kerana tidak dapat membuat rujukan untuk menentukan kesahihannya prefix EJ adalah last prefix.
Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan hajat dengan memilik prefix EJ 4858201 - EJ 4858300. Jika keluaran matawang Rm5 polimer ini tamat dengan prefix ini maka EJ ini akan jadi last prefix dan bolehlah kita berkongsi. Sesiapa yang berminat last prefix EJ ini kerana saya ada 100 keping running number.