DUIT AYAM TIMAH
Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor. Duit Ayam Timah ini mempunyai persamaan dengan duit Ayam Timah Kedah yang dikeluarkan semasa Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa [ 1710-1773 ]. Nilaian Duit Ayam Timah ini adalah bernilai 5sen Dollar Sepanyol. dan Nilaian Bulatan Ring dibawah ayam tersebut bernilai 1sen Dollar Sepanyol setiap satu.
Beberapa pandangan tentang penemuan Duit Ayam Timah Dari Kota Tinggi Johor ini . Ada yang mengatakan Duit Ayam Timah ini adalah dari Kerajaan Kedah dibawah Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II [ 1710-1773 ]. Pandangan ini mengatakan mengikut rekod yang ada bahawa dizaman itu Pemerintahan Kesultanan Melayu Johor tidak pernah ada mengeluarkan Duit Ayam Timah.
Pandangan yang kedua pula mengatakan bahawa penemuan Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi ini adalah berasal dari Kerajaan Sriwijaya Sumatera berasaskan bentuk Duit Ayam Timah bentuknya kurus dan kecil. Manakala Pandangan terkini dengan penilaian Baru oleh Pengkaji Numismatik bahawa Duit Ayam Timah dan beberapa atifak tampang dan sebagainya yang dijumpai di Kota Tinggi tersebut adalah memang berasal dari Matawang dibawah Pemerintahan Kesultanan Melayu Temasik Johor.
Dibawah ini dipaparkan Duit Ayam Timah Yang dijumpai di Kota Tinggi Johor.
GAMBAR DUIT AYAM TIMAH NO 1
1. Gambar Duit Ayam Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor
Berat 26.85 gram
Lebar 40mm
Tinggi 40mm
Nilaian 5sen Dollar Sepanyol
GAMBAR DUIT AYAM TIMAH NO 2
2. Gambar Duit Ayam Merak Timah yang dijumpai di Kota Tinggi Johor
Berat 20.25 gram
Lebar 45 mm
Tinggi 45 mm
Nilaian 5sen Dollar Sepanyol
GAMBAR DUIT RING AYAM TIMAH N0 3
3. Gambar Duit 2 Ring Timah yang dijumpai di Kota Tinggi.
Berat 6.60 gram
Tinggi 35 mm
Nilaian 2sen Dollar Sepanyol
GAMBAR DUIT RING AYAM TIMAH NO 4
4. Gambar Duit 1 Ring Timah yang dijumpai Di Kota Tinggi Johor
Berat 1.20 gram
Tinggi 18mm
Nilaian 1sen Dollar Sepanyol