Memaparkan catatan dengan label Note Proof Trial colour. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Note Proof Trial colour. Papar semua catatan

Jumaat, 7 September 2012

COLOUR TRIAL SPECIMEN UNCUT .

                Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan koleksi COLOUR TRIAL SPECIMEN UNCUT RM50 Siri Kedua tahun 1972. Specimen Uncut  Colour Trial ini  adalah contoh proses cetakan layer pertama duit RM50  dengan hanya tetera " Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai LIMA PULUH RINGGIT dan  ditandatangani oleh Gabenur Bank Negara  Tun Ismail Mohd Ali serta Potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Pertama Tuanku Abdul Rahman "  .  Specimen Uncut ini dicetak oleh Thomas De La Rue  diatas kertas khas warna putih merupakan  Trial Colour pertama  sebagai contoh untuk kelulusan Rekabentuk oleh Bank Negara Malaysia. Keindahan Trial Colour Specimen ini ianya ditemui masih lagi UNC dan dalam keadaan tidak dipotong  [ uncut ].






Gambar Colour Trial Specimen RM50 siri kedua 1972.
Saiz  88mm x 190mm.[ uncut ]



Gambar belakang kosong.


Rabu, 18 Januari 2012

DUIT UNISSUED PROOF COLOUR TRIAL SPECIMEN




Duit ini adalah dalam kategori duit proof colour trial specimen untuk Rm1 siri ke3 dikeluarkan pada tahun 1976 tandatangan Tun Ismail Mohd Ali printed by Bradbury Wilkinson dengan ciri keselamatan imej pendam bersaiz 121mm x 63mm. Duit ini adalah draft awal di dalam sesuatu proses kelulusan pencetakan duit Rm1 siri ke3 oleh Bank Negara.

Setakat ini masih kurang maklumat dan buku-buku yang ada menerangkan tentang kategori duit proof colour trial specimen ini. Ini mungkin disebabkan kategori duit ini amat berkurangan dalam simpanan individu kerana bilangan duit ini amat terhad dan sukar ditemui.

Duit Proof Colour Trial Specimen ini diperolehi daripada Mr. Tan Coin Penang yang diperolehi dari Auction di Singapura.Buat masa ini koleksi Sha Banknote telah berjaya mengumpul 4 keping duit proof colour trial specimen Rm1 siri ke3 untuk simpanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...