Memaparkan catatan dengan label Duit So Chang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit So Chang. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

1 CENT KING GEORGE VI 1943 "SO" "CHANG"


 Gambar Hadapan ada cop perkataan cina " So" "chang"

                            Gambar muka belakang

Item : 1 cent King George VI
Tahun : 1943
Vintage : 50,000,000
Berat : 4.21gram Bronze
Saiz : 20mm x 20mm
Edge : Plain

Galeri Sha Banknote ingin memaparkan duit lama 1 Cent King George VI tahun 1943 sebanyak 2 keping yang baru ditemui  kerana ianya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ada tempaan cop tulisan cina di muka hadapan kedua-dua  keping duit  ini.  Keindahan inilah yang ada pada duit ini yang ingin Galeri Sha Banknote kongsikan untuk tatapan peminat semua.

Di muka hadapan duit ini sebelah atas kanan gambar King George VI ada tempaan cop tulisan cina yang berbunyi "so" dan di sebelah kiri bawah gambar King George VI ada tempaan cop tulisan cina yang berbunyi "Chang". Perkataan "so" dan "chang" ini bermaksud "kenangan untuk koleksi".

Difahamkan oleh owner lama duit ini, Koleksi So Chang ini didapati dari kawan baiknya di Singapore. Koleksi So Chang ini dibuat begitu halus ditempa pada duit siling Malaya sebagai kenang-kenangan dan jumlahnya tidaklah banyak. Sepertilah juga berlaku kepada duit Jepun VJ sebagai Souvenir War oleh tentera British semasa kekalahan Jepun 1942.


                                         DUIT No.1
Gambar muka hadapan terdapat cop tulisan cina "so" "chang" yang bermaksud kenangan untuk koleksi.

                                    Cop Perkataan "so"

                                  Cop Perkataan "chang"

                           Gambar muka belakang


                                         DUIT No.2

Gambar muka hadapan terdapat cop tulisan cina "so" "chang" yang bermaksud kenangan untuk koleksi.

                                    Cop Perkataan "so"

                                   Cop Perkataan "chang"

                           Gambar muka belakang


Koleksi So Chang ini adalah dikira amat jarang ditemui Rare. Galeri Sha Banknote akan cuba mendapatkan beberapa koleksi So Chang yang lain lagi untuk dipaparkan kepada peminat semua pada masa akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...