Namun pada tahun 2012 seperti patah tumbuh hilang berganti Duit RM20 kembali didalam pangkuan keluarga matawang Negara . Dan kini dengan pelancaran Duit Baru Malaysia pada 26.12.2012 Bank Negara telah memperkenalkan semula Duit RM20 baru Polymer Zeti Aziz Siri Ketiga 2012 dalam pasaran Matawang Malaysia.
Galeri Sha Banknote merasakan perlu dirakam peristiwa ini didalam koleksi yang tidak seberapa ini dengan mencari dan berjaya mengumpulkan kesemua keluarga RM20 Siri Pertama Aziz Taha, Siri Kedua Jaafar Hussein dan Siri Ketiga Zeti Aziz dengan sempurnanya dimulai dengan susunan yang teratur First Prefix, Middle Prefix, Last Prefix and Replacement untuk kesemua siri yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
Didalam mencari koleksi Duit RM20 ini Koleksi note Replacement UZ Siri Kedua adalah amat getir dan payah sekali untuk menjumpainya. Rekod Bank Negara note replacement ini dikeluarkan sedikit sahaja sebagai mengantikan duit rosak yang dikembalikan kepada Bank Negara dan Bank Negara mencetak semula dalam dalam gantian prefix UZ, kemudian duit RM20 ini pada tahun 1997 ditarik balik dan dimusnahkan oleh Bank Negara. Sememangnya note replacemen ini hanya sedikit sahaja yang dapat diselamatkan difahamkan tidak melebihi 1000 kpg sahaja yang ada dalam simpanan collector.
Gelari Sha Banknote amat merasa bertuah kerana mampu mengumpulkan koleksi Rm20 ini dengan seadanya walaupun terpaksa meruangkan masa dan perbelanjaan untuk mendapatkannya, Galeri Sha Banknote selalu memberi pandang kepada Sahabat semua bahawa sebenarnya hobi kita bukan sahaja sebagai " pelaburan" tetapi sebagai pengumpul dan penyelamat kepada perjalanan koleksi keluarga matawang negara bahkan lebih jauh dari itu sebagai Wira " Pengantara Zaman" The Numismatic Player.
RM20 SIRI PERTAMA AZIZ TAHA 1982
FIRST PREFIX TA
Issued : 1st September 1982
Signed : Tan Sri Aziz Taha
saiz : 133mmx64mm
printed ; Bradbury
kondisi : UNC
EV : rm360
MIDDLE PREFIX TB
Kondisi : UNC
EV : rm 230
LAST PREFIX TE
Item : LAST PREFIX TE 8841651
Status : UNC
EV : rm300
RM20 SIRI KEDUA JAAFAR HUSSEIN
FIRST PREFIX TF
Signed : Tan Sri Jaafar bin Hussein
Issued : 1986
saiz : 133mmx74mm
kondisi : VF
EV : rm 150
MIDDLE PREFIX TG
Kondisi : UNC
EV : rm 100
LAST PREFIX TH
Item : LAST PREFIX TH 1609744
Kondisi : UNC
EV : rm 150
REPLACEMENT UZ
Kondisi : EF
Status : RRR
EV : rm 800
RM SIRI KETIGA ZETI AZIZ 2012
FIRTS PREFIX AA
Item : FIRST PREFIX AA 0055000
Issued : 2012
Signed : Zeti Aziz
Saiz : 145mmx65mm
Kondisi : UNC with Folder
EV : rm 50
Maka dengan tamatnya artikal ini sempurnalah buat sementara waktu pencarian Matawang malaysia RM20 dengan seadanya di dalam koleksi Galeri Sha Banknote.