Rabu, 18 Jun 2014

POHON PITIS REPRODUCTION BY SELANGOR PEWTER

POHON PITIS REPRODUCTION BY SELANGOR PEWTER



PRAKATA

Pohon Pitih Negeri Kelantan ini adalah Pohon Pitis Reproduction yang dikeluarkan oleh Selangor Pewter Malaysia bagi menzahirkan semula kewujudan Matawang  berbentuk sepohon Pitis yang dilengkapi dengan 15 keping pitih timah yang merupakan matawang pemakaian Negeri Kelantan suatu masa dahulu pada tahun  1321 Hijrah bersamaan 1904 masihi . Pitis Timah ini ditempa semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV ( 1900-1920) yang digunakan di Negeri Kelantan .

Spsifikasi Pitis Kelantan

Mukadepan     : in Jawi Belanjaan Kerajaan Kelantan
Mukabelakang : in Arabic Duriba Fi Dhul Hijja sanad 1321H
Kandngan Logam : Timah
Berat : 2.65 gram - 52 gram
Diamter : 20mm - 22mm
Rarity : R
Nilaian Warisan : RM 80.00 EF sekeping

LOGO BANK SIMPANAN NASIONAL

Bentuk Pohon Pitis ini telahpun menjadi inspirasi dan diabadikan oleh Bank Simpanan Nasional sebagai Lambang Korporatnya . Menghargainya sebagai Matawang yang pernah digunakan di Tanah Melayu khususnya di Negeri Kelantan .



POHON PITIS KELANTAN
TAHUN 1321H/1904
SULTAN MOHAMMAD 1V

POHON PITIS KELANTAN [reprodtion ]
by Selangor Pewter
[ Limitd Edition ]
Rarity very rare RR
Estimate Warisan RM800.00 sepohon 

AUTHENTIC REPRODUCTION BY SELANGOR PEWTER CO..MALYSIA
Pitis Kelantan  1904
Driba Fi Dzul Hijjah 1321 H


POHON PITIS KELANTAN 1904
Reproduction
Chop Selangor Pewter


POHON PITIS KELANTAN 1904
Walaupun Repro tetapi ianya agak rare
kerana ianya dikeluarkan oleh
Selangor Pewter sekitar tahun 1990an


Selasa, 10 Jun 2014

MATAWANG DUIT TIMAH KEDAH YANG BERBENTUK AYAM JANTAN.

MATAWANG  DUIT TIMAH AYAM
NEGERI KEDAH
SULTAN MOHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN
MU'ADZAM SHAH II [  1710- 1773 ]
oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
Sanat 11 syaaban 1435


PRAKATA

Duit Timah berbentuk Ayam Jantan mula diperkenalkan di Negeri Kedah pada Zaman Pemrintahan Sultan Muhamad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II ( 1710 - 1773 ) . Duit ini berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek diatas beberapa bulatan Ring . Bahan logam yang digunakan untuk tempaan duit ayam ini adalah daripada logam timah . Ayam Jantan sabung tersebut adalah bernilai 5cents Dollar Sepanyol  manakala bulatan ring dibawahnya menambah nilai sebanyak 1cent dollar Sepanyol setiap satu ring . Dan satu ring juga bernilai 10 keping Token Saudagar Singapore pada ketika itu . 

Galeri Sha Banknot 1964 telah dapat mengumpul beberapa koleksi Matawang Duit Timah Negeri Kedah berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek pada ring bulatan yang masih lagi belum dipatahkan dan masih sempurna . Kesemua koleksi ini akan dikongsikan bersama seperti di bawah ini dan akan di Pamerkan Di Muzium Negeri Kelantan  mulai 15.08.2014 shingga 15.09.2014


DUIT TIMAH AYAM 4 RING


Duit Ayam Timah 4 Ring
Ayam Jantan Sabung bertenggek
diatas 4 Ring Bulatan
Rarity RRR
Nilaian  RM1100.00


DUIT TIMAH AYAM 6 RIM


DUIT TIMAH AYAM 6 RING BULATAN
Ayam Jantang sabung bertenggek 
diatas 6 ring bulatan
Rarity RRR
Nilaian RM 1800.00


DUIT TIMAH AYAM 10 RING

DUIT TIMAH AYAM 10 RING
Ayam Jantan Sabung bertenggek
diatas 10 ring bulatan
Rarity RRRR
RM 2500.00



KOLEKSI DUIT TIMAH AYAM
4 RING & 6 RING & 10 RING

SET
KOLEKSI DUIT TIMAH AYAM
4 Ring & 6 Ring & 6 Ring
Rarity RRRR
Nilaian RM 6000.00
Galeri Sha Banknote 1964



Ahad, 1 Jun 2014

MERAIKAN PELAWAT YANG KE 300,000 BLOG GALERI SHA BANKNOTE 1964 . .

MERAIKAN PELAWAT YANG KE 300,000


Blog Galeri Sha Banknote 1964 mula ditulis pada 17hb Januari 2012 sehinggalah sekarang dan sehingga kini sebanyak 393 buah artikel telah ditulis didalam Blog Galeri Sha Banknote 1964 ini . Semua tajuk perbicangan yang diutarakan adalah merupakan berkaitan dengan Numismatik Negara .
Kini dalam tempoh tersebut Galeri Sha Banknote amat meraikan pengunjung yang ke 300,000 yang hadir bersama Galeri Sha Banknote

Buat masa ini pada 1hb Jun 2014 Pengunjung blog Galeri Sha Banknote adalah 300,700. 
Terima kasih semua .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...