Memaparkan catatan dengan label 10sen 1971. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10sen 1971. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Januari 2012

10SEN 1971





Issued : 1971
Mintage : 32236
Diameter : 19.40mm
Weight : 2.80gm
Composition : Copper Nickel
Edge : Milled
Ditempa : Kilang Shah Alam

Kilang wang Bank Negara di Shah Alam mula mengeluarkan duit syiling edaran Malaysia1971. Sebelum ini semua duit syiling Malaysia ditempa di Royal Mint UK dan Hamburg Mint German. Buat pertama kali pada tahun 1971 kilang wang Shah Alam hanya menempa duit Syiling 10sen 1971 dalam kuantiti sedikit sahaja berjumlah 32,236 keping. Duit Syiling 10sen kuantiti sedikit sahaja kerana ianya hanya menggunakan lebihan baki duit syiling kosong yang di pulangkan oleh Royal Mint UK. Lebihan tempaan pada tahun 1967 dan 1968 yang mengeluarkan duit 10sen yang banyak pada tahun itu (rujukan buku pandua Peter Eu dan Ben Chiew m/s 14)

Bagi pengumpul duit syiling, duit syiling 10sen 1971 adalah diantara duit yang amat sukar diperolehi dan harganya agak mahal. Dijangkakan di sepanjang tahun 2012 ini harga antara Rm300 - Rm400.

Koleksi Sha Banknote telah pun mengumpul duit syiling 10sen 1971 ini semenjak tahun 2000 sehingga kini dan ada dalam simpanan sebanyak 12 keping dalam kondisi BU dan UNC.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...