Ahad, 14 Disember 2014

TOKEN IDRIS HYDRAULIC TIN LIMITED

TOKEN
 IDRIS HYDRAULIC TIN LIMITED
Oleh Galeri Sha Banknote 1964
Fi saraf Jengka Pahang
Sanat 12.12.14

PENDAHULUAN

Idris Hydraulic Tin Limited adalah merupakan Syarikat Pelombongan Bijih Timah yang beroperasi di Negeri Perak dan didaftarkan pada 07.11.1913  pendaftaran  NO 00132043  . Syarikat ini adalah Syarikat British yang beribu Pejabat di 185 Queen Victoria Street , London EC4V 4DD , United Kingdom . Syarikat Idris Hydaulic Tin Limited  ini ada mengeluar Token Pekerja seperti yang  ada dalam koleksi Galeri sha banknote.


SPESIFIKASI

Jenis            : Token
Syarikat       : Idris Hydraulic Tin Limited
Tahun          : 1949
Metal          :  Tembaga
Berat          :  12gram
Tebal          :  2 mm
Diameter     :  30.5mm
Tempaan     : London
Obverse      : Idris Hydraulic Tin Limited no 178
Reverse      :  blank
Rarity         : Rare R
Condition    : VF verry Fine
Estimate Value : EV RM120


GAMBAR TOKEN
Dibawah ini dipaparkan Token Idris Hydaulic Tin Limited yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote .


TOKEN IDRIS HYDAULIC TIN LIMITED
                              

Mukahadapan
IDRIS HYDAULIC TIN LTD
178

IDRIS HYDRAULIC TIN LTD
178

Mukabelakang blank

Diameter 35mm
iDRIS HYDRAULIC TIN LTD
178
PENUTUP

Token Idris Hydraulic Tin Limited ini adalah merupakan Token yang digunakan sebagai token pendaftaran pekerja mereka dengan nombor pendaftaran 178 .  Token ini adalah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah dalam pengurusan Idris Hydraulic Tin Limited salah sebuah syarikat British yang mendapat lesen kebenaran menjalankan aktiviti melomboh Bijih Timah di Negeri Perak .  Token ini  adalah merupakan koleksi rare yang perlu ada bagi peminat kolektor  token .

Ahad, 7 Disember 2014

PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED



PAHANG COSOLIDATED COMPANY LIMITED     (  PCCL ) 1906-1984
SUNGAI LEMBING PAHANG

TOKEN PEKERJA PCCL
Galeris Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
Sanat 28.11.2014


PENGENALAN

PCCL  singkatan daripada Pahang Consolidated Company Limited adalah merupakan  Syarikat British yang menjalankan aktiviti melombong bijih timah di Sungai Lembing Pahang. Syarikat ini terkenal pada ketika itu kerana ianya kepunyaan British yang berpengkalan di London  dengan teknik perlombongan mengorek terowong bawah tanah  yang terpanjang  di Malaysia.

Pada tahun 1888 semasa Pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Muazam Shah 1  telah berkenan memajakkan kawasan tanah bagi tujuan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing kepada Pihak British . Pihak British telah menubuhkan Syarkat Pertama iaitu Pahang Corporation Limited PCL tahun  ( 1888 - 1906 )  untuk melombong Bijih Timah di Sungai Lembing dengan keluasan 2,500 ekar dalam tempuh 100 tahun.
Pada tahun 1906 Pihak British telah menukar nama syarikat dari PCL Pahang Corporation Limited kepada PCCL iaitu Pahang Cosolidated Company Limited ( 1906 - 1984 ) . Dan sekali lagi pada tahun 1984 ianya ditukar nama kepada PIPLC iaitu Pahang Investment Public Limited  Company ..
Pada tahun 1986 berlaku kejatuhan Ekonomi Dunia dan ianya telah memberi kesan kepada PIPLC yang beroperasi  di Sungai Lembing . Lombong PIPCL ini terpaksa ditutup kerana kos operasinya yang tinggi dan harga Bijih Timah dunia  pada ketika itu jatuh bergitu teruk sekali. Pada tahun 1986 Lombong secara resmi telah ditutup .

TOKEN PERKERJA
Sepanjang operasi Lombong ini PCCL Pahang Consolidated Company Limited ada mengeluarkan beberapa Token untuk pekerja di  Syarikat PCCL  tersebut . Di fahamkan Pihak PCCL juga ada menyediakan kedai khas bebas cukai bagi pekerja mereka untuk membelibelah barangan import berjenama dengan harga yang  murah di Premis Syarikat PCCL seperti barangan pakaian baju Arrow , Van Housen, seluar Amco , Kasut Clarks dan Bally  serta Minyak wangi Brutt dengan harga yang murah berbanding diluar. Pihak PCCL juga telah membina sebuah Panggung wayang khas untuk pekerjanya untuk menonton filem  dari barat dan hollywood terus ke Sungai Lembing untuk pekerja PCCL .Pengunaan Token PCCL pada ketika itu amat popular digunakan bagi mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Pihak PCCL untuk pekerjanya .


SPESIFIKASI TOKEN PCCL

Jenis                  : Token Pekerja
Dikeluarkan oleh : Pahang Consolidated Company Limited PCCL
Tahun                  1906 - 1984
Tempaan            : Di London
Meterial             : Tembaga
Berat                 : 10gram
Diameter            : 30.3mm
Tebal                 : 2mm
Obverse             : PCCL Pahang Consolidated Company Limited
Reverse             : Regd. No
Rarity               : Rare R
Estimate Value  : EV RM120 /unit


GAMBAR
Didalam Koleksi Galeri Sha Banknote terdapat 5 keping Token Pekerja yang akan di paparkan kepada peminat koleksi Token Tanah air . Koleksi ini dapat daripada beberapa individu di Sg Lembing yang ada menyimpan koleksi ini .

TOKEN PCCL
PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED

Koleksi  5 keping Token PCCL
Gambar mukahadapan Token PCCL

Koleksi 5 Keping Token PCCL
Gambar Mukabelakang Token PCCL


TOKEN PCCL NO.1
Gambar Mukahadapan Koleksi Token Lamp PCCL
LAMP NO. 63 [ M ]

Gambar Mukabelakang Token Lamp PCCL


TOKEN PCCL NO.2
Gambar mukahadapan Token PCCL

                                           
Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. No 87


TOKEN PCCL N0.3
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar Mukabelang Token PCCL
Regd. No 235



TOKEN PCCL NO.4
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. NO . 1022


TOKEN PCCL NO .5
Gambar mukahadapan PCCL

Gambar mukabelakang PCCL
Regd . NO 1068


                               
PENUTUP
Token PCCL adalah merupakan suatu warisan sejarah yang dapat membuktikan akan kewujudan dan kegemilangan sebuah syarikat perlombongan yang dipunyai oleh British yang beroperasi di Sg Lembing , Pahang . Token ini adalah merupakan suatu sistem yang popular digunakan oleh Syarikat pelombongan PCCL dalam mentadbirurus pejalanan syarikat mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...