Ahad, 14 Disember 2014

TOKEN IDRIS HYDRAULIC TIN LIMITED

TOKEN
 IDRIS HYDRAULIC TIN LIMITED
Oleh Galeri Sha Banknote 1964
Fi saraf Jengka Pahang
Sanat 12.12.14

PENDAHULUAN

Idris Hydraulic Tin Limited adalah merupakan Syarikat Pelombongan Bijih Timah yang beroperasi di Negeri Perak dan didaftarkan pada 07.11.1913  pendaftaran  NO 00132043  . Syarikat ini adalah Syarikat British yang beribu Pejabat di 185 Queen Victoria Street , London EC4V 4DD , United Kingdom . Syarikat Idris Hydaulic Tin Limited  ini ada mengeluar Token Pekerja seperti yang  ada dalam koleksi Galeri sha banknote.


SPESIFIKASI

Jenis            : Token
Syarikat       : Idris Hydraulic Tin Limited
Tahun          : 1949
Metal          :  Tembaga
Berat          :  12gram
Tebal          :  2 mm
Diameter     :  30.5mm
Tempaan     : London
Obverse      : Idris Hydraulic Tin Limited no 178
Reverse      :  blank
Rarity         : Rare R
Condition    : VF verry Fine
Estimate Value : EV RM120


GAMBAR TOKEN
Dibawah ini dipaparkan Token Idris Hydaulic Tin Limited yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote .


TOKEN IDRIS HYDAULIC TIN LIMITED
                              

Mukahadapan
IDRIS HYDAULIC TIN LTD
178

IDRIS HYDRAULIC TIN LTD
178

Mukabelakang blank

Diameter 35mm
iDRIS HYDRAULIC TIN LTD
178
PENUTUP

Token Idris Hydraulic Tin Limited ini adalah merupakan Token yang digunakan sebagai token pendaftaran pekerja mereka dengan nombor pendaftaran 178 .  Token ini adalah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah dalam pengurusan Idris Hydraulic Tin Limited salah sebuah syarikat British yang mendapat lesen kebenaran menjalankan aktiviti melomboh Bijih Timah di Negeri Perak .  Token ini  adalah merupakan koleksi rare yang perlu ada bagi peminat kolektor  token .

Ahad, 7 Disember 2014

PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED



PAHANG COSOLIDATED COMPANY LIMITED     (  PCCL ) 1906-1984
SUNGAI LEMBING PAHANG

TOKEN PEKERJA PCCL
Galeris Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
Sanat 28.11.2014


PENGENALAN

PCCL  singkatan daripada Pahang Consolidated Company Limited adalah merupakan  Syarikat British yang menjalankan aktiviti melombong bijih timah di Sungai Lembing Pahang. Syarikat ini terkenal pada ketika itu kerana ianya kepunyaan British yang berpengkalan di London  dengan teknik perlombongan mengorek terowong bawah tanah  yang terpanjang  di Malaysia.

Pada tahun 1888 semasa Pemerintahan KDYMM Sultan Ahmad Muazam Shah 1  telah berkenan memajakkan kawasan tanah bagi tujuan perlombongan bijih timah di Sungai Lembing kepada Pihak British . Pihak British telah menubuhkan Syarkat Pertama iaitu Pahang Corporation Limited PCL tahun  ( 1888 - 1906 )  untuk melombong Bijih Timah di Sungai Lembing dengan keluasan 2,500 ekar dalam tempuh 100 tahun.
Pada tahun 1906 Pihak British telah menukar nama syarikat dari PCL Pahang Corporation Limited kepada PCCL iaitu Pahang Cosolidated Company Limited ( 1906 - 1984 ) . Dan sekali lagi pada tahun 1984 ianya ditukar nama kepada PIPLC iaitu Pahang Investment Public Limited  Company ..
Pada tahun 1986 berlaku kejatuhan Ekonomi Dunia dan ianya telah memberi kesan kepada PIPLC yang beroperasi  di Sungai Lembing . Lombong PIPCL ini terpaksa ditutup kerana kos operasinya yang tinggi dan harga Bijih Timah dunia  pada ketika itu jatuh bergitu teruk sekali. Pada tahun 1986 Lombong secara resmi telah ditutup .

TOKEN PERKERJA
Sepanjang operasi Lombong ini PCCL Pahang Consolidated Company Limited ada mengeluarkan beberapa Token untuk pekerja di  Syarikat PCCL  tersebut . Di fahamkan Pihak PCCL juga ada menyediakan kedai khas bebas cukai bagi pekerja mereka untuk membelibelah barangan import berjenama dengan harga yang  murah di Premis Syarikat PCCL seperti barangan pakaian baju Arrow , Van Housen, seluar Amco , Kasut Clarks dan Bally  serta Minyak wangi Brutt dengan harga yang murah berbanding diluar. Pihak PCCL juga telah membina sebuah Panggung wayang khas untuk pekerjanya untuk menonton filem  dari barat dan hollywood terus ke Sungai Lembing untuk pekerja PCCL .Pengunaan Token PCCL pada ketika itu amat popular digunakan bagi mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Pihak PCCL untuk pekerjanya .


SPESIFIKASI TOKEN PCCL

Jenis                  : Token Pekerja
Dikeluarkan oleh : Pahang Consolidated Company Limited PCCL
Tahun                  1906 - 1984
Tempaan            : Di London
Meterial             : Tembaga
Berat                 : 10gram
Diameter            : 30.3mm
Tebal                 : 2mm
Obverse             : PCCL Pahang Consolidated Company Limited
Reverse             : Regd. No
Rarity               : Rare R
Estimate Value  : EV RM120 /unit


GAMBAR
Didalam Koleksi Galeri Sha Banknote terdapat 5 keping Token Pekerja yang akan di paparkan kepada peminat koleksi Token Tanah air . Koleksi ini dapat daripada beberapa individu di Sg Lembing yang ada menyimpan koleksi ini .

TOKEN PCCL
PAHANG CONSOLIDATED COMPANY LIMITED

Koleksi  5 keping Token PCCL
Gambar mukahadapan Token PCCL

Koleksi 5 Keping Token PCCL
Gambar Mukabelakang Token PCCL


TOKEN PCCL NO.1
Gambar Mukahadapan Koleksi Token Lamp PCCL
LAMP NO. 63 [ M ]

Gambar Mukabelakang Token Lamp PCCL


TOKEN PCCL NO.2
Gambar mukahadapan Token PCCL

                                           
Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. No 87


TOKEN PCCL N0.3
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar Mukabelang Token PCCL
Regd. No 235



TOKEN PCCL NO.4
Gambar mukahadapan Token PCCL

Gambar mukabelakang Token PCCL
Regd. NO . 1022


TOKEN PCCL NO .5
Gambar mukahadapan PCCL

Gambar mukabelakang PCCL
Regd . NO 1068


                               
PENUTUP
Token PCCL adalah merupakan suatu warisan sejarah yang dapat membuktikan akan kewujudan dan kegemilangan sebuah syarikat perlombongan yang dipunyai oleh British yang beroperasi di Sg Lembing , Pahang . Token ini adalah merupakan suatu sistem yang popular digunakan oleh Syarikat pelombongan PCCL dalam mentadbirurus pejalanan syarikat mereka.


Rabu, 26 November 2014

KEPALA DUIT

KEPALA DUIT
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka ,Pahang
Sanat  25.11.2014


MUKADDIMAH

APAKAH ITU KEPALA DUIT ?
Ramai dikalangan Numismatik agak keliru dan belum pernah melihat Kepala Duit . Kepala Duit ialah kertas leveling / penandaan yang dikeluarkan oleh Pengilang Cetakan duit bagi Tandaan Jenis Matawang , Jumlah , Denominasi  serta no siri  dalam jumlah seribu keping dalam satu bungkusan yang dikeluarkan oleh kilang yang mencetak duit tersebut . KEPALA DUIT ialah kertas penanda yang dikeluarkan oleh pencetakan Duit bagi tandaan duit dalam bungkusan 1000 keping.


SPESIFIKASI KEPALA DUIT

Jenis Matawang : MALAYA CURRENCY NOTES
Jumlah              : 1000 keping
Denominasi       :  $1  Malayan Currency
                           One Dollar Kapal Layar
Cetakan             : Thomas De La Rue & Company Limited , London
Tahun                : 1959
Nombor Siri      : B/49 288001  -   B/49 269001
Reqn                 : Various
Examaned by
Inserted by
1st  Count by
2nd Count by
Specifikasi kertas : Kertas tebal 20mm keras
saiz kertas            :  63mm x 121mm
Warna                  : Putih kelabu
Warna Tulisan      : Biru
Belakang              : blank
Rarity                  : Rare R
Estimate Value     : EV RM 220.00


GAMBAR

Ini adalah merupakan gambar koleksi Galeri Sha Banknote 1964 yang dapat di paparkan kepada peminat semua .


KEPALA DUIT
Inilah Gambar KEPALA DUIT 
One Dollar Kapal Layar
                                        
Mukahadapan Kepala Duit
Malaya Currency Notes
$1 One Dollar Kapal Layar
1000 Keping
No Siri B/49 288001 - B/49 289000
Printed Thomas De La Rue Company Limited London


Mukabelakang  kosong
Kertas keras

Mukahadapan Kepala Duit


Kepala Duit
One Dollar Kapal Layar


Kepala Duit
Koleksi One Dollar Kapal Layar
Siri No. B/49288001 - B/49 29000


Kepala Duit
Koleksi  One Dollar Kapal Layar


Kepala Duit
Koleksi One Dollar Kapal Layar



Kepala Duit
One Dollar Kapal Layar



Inilah gambar yang dikatakan Kepala Duit


PENUTUP

Sememangnya koleksi ini tidaklah bergitu rare berbanding dengan koleksi duit sebenar tetapi koleksi Kepala Duit ini amat sukar dijumpai dan setakat ini saya rasa saya belum pernah  lagi lihat Kepala Duit ini .  Yang Uniknya kepala duit ini adalah merupakan  Kepala Duit zaman British yang dicetak oleh Thamos De La Rue di London tahun 1959 merupakan Kepala Duit One Dollar kapal Layar .

Diruangan ini juga Galeri Sha Banknote memohon kerjasama jika ada rakan-rakan yang mempunyai wang kertas One Dollar Kapal Layar yang mempunyai no siri B/49 288001 sehingga B/49 289000 dapat menghubungi saya diemeil sharuddin58@yahoo.com untuk saya beli bagi melengkapi koleksi kepala Duit  ini .
                                                 


Khamis, 20 November 2014

SYILING PERINGATAN 10 RINGGIT PIALA THOMAS-UBER 2000



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS -UBER 2000
10 RINGGIT SILVER
Galeri Sha banknote 1964
Bandar Jengka , Pahang
19.11.2014



PENDAHULUAN
Syiling Peringatan 10Ringgit  Piala Thomas-Uber 2000 ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2000 sempena Sukan Badminton Piala Thomas-Uber yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2000 .Syiling Peringatan ini ditempa di Kilang Mariwangsa Kraftangan Sdn .Bhd.
Syiling Peringatan 10Ringgit Silver Proof Piala Thomas - Uber ini adalah merupakan diantara koleksi yang terbaik dan sukar diperolehi .


REKABENTUK
Mukahadapan Gambar Piala Thomas-Uber Kuala Lumpur 2000
Mukabelakang Gambar BNM,Manara KL, KLCC,Stesyen Keretapi 10Ringgit
Mengunakan logam Silver dengan tempaan PROOF


SPESIFIKASI
10 Ringgit Silver PROOF
Logam Silver 0.999 ASW 0.8039oz
Berat 25.00gm
Garispusat 35.00mm
Tebal  2mm
Kondisi  PROOF
Ditempa Kilang Mariwangsa Kraftangan Sdn Bhd
Tahun 2000
Rarity Very Rare RR
Harga hari Pelancaran  02.05.2000 issue price RM120
Estimate value EV RM 1800.00 [ tiada kotak ]
                           RM  2000.00 [ ada kotak ]
                           RM  2200.00 [ greding  ]


GAMBAR
Dibawah ini dipaparkan gambar Syiling Peringatan 10Ringgit Silver Proof . Semua gambar ini adalah merupakan koleksi Peribadi Galeri Sha Banknote 1964 .



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
 PIALA THOMAS - UBER 2000
10Ringgit PROOF
Mukahadapan Syiling Peringatan Malaysia
Piala Thomas - Uber 
Kuala Lumpur 2000
Gambar Thomas Cup




SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS -UBER
10Ringgit PROOF
Mukabelakang Syiling Peringatan Melaysia
10Ringgit Bank Negara Malaysia
Gambar Parlimen, Menara KL, PWTC
Tabung Haji dan Stesyen Keretapi .



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS
10Ringgit PROOF
2 Keping Koleksi Galeri Sha Banknote 1964
Mukahadapan
Syiling Peringatan Piala Thomas Uber 2000
10Ringgit PROOF



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS - UBER 2000
10 Ringgit PROOF
2 keping koleksi Galeri Sha Banknote 1964
Mukabelakang
Syiling Peringatan Piala Thomas - Uber 2000
10Ringgit PROOF



PENUTUP
Syiling Peringatan Malaysia Piala Thomas -Uber 2000 10Ringgit Proof ini adalah merupakan diantara koleksi Syiling Peringatan yang terbaik dan amat digilai oleh peminat dan kolektor Numismatik Malaysia . Syiling Peringatan ini juga terkenal kerana harganya adalah melonjak tinggi dengan harga pasaran RM 2000.00 berbanding dengan  harga pelancaran tahun 2000 dengan harga RM120.00 sahaja dengan kadar kenaikan 1666% . Adakah faktor kenaikan harga ini adalah kerana jumlah tempaan sedikit tidak diketahui jumlahnya  atau adakah  faktor-faktor lain yang membuatkan harganya diatara yang tidak munasabah tingginya.
Untuk mendapatkan harga yang semaksimun mungkin Galeri Sha Banknote bercadang  Koleksi Syiling Peringatan ini dihantar greding  kepada Penggredan Numismatik Malaysia PNM untuk digredkan .

Ahad, 16 November 2014

SYILING PERINGATAN PIALA THOMAS -UBER KUALA LUMPUR 2000

SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS -UBER 2000
1 Ringgit Bukan Proof
Galeri Sha  Banknote 1964
Bandar Jengka Pahang
15.11.2014



PENDAHULUAN
Syiling Peringatan 1 Ringgit bukan proof ini telah dikeluarkan  oleh Bank Negara Malaysia pada 02.05.2000 sempena sukan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber yang diadakan di Kuala Lumpur. Syiling Peringatan ini dicetak oleh Mariwangsa Kraftangan Sdn Bhd. Jumlah tempaan Syiling Peringatan ini tidak dapat diketahui jumlah sebenarnya dan syiling ini diantara yang susah dijumpai dipasaran biasa numismatik  . Syiling Pringatan 1Ringgit bukan Proof  ini dikeluarkan pada 02.05.2000 dengan harga issue price RM5.00

REKABENTUK
Syiling Peringatan 1 Ringgit ini mempunyai  Rekabentuk Ring 2 tone commposit dwi logam              ( lingkaran luar logam emas nordic dan didalam logam kupro-nikel ) . Mukahadapan gambar Piala Thomas - Uber Kuala Lumpur 2000 . Dimukbelakang gambar Bangunan Tabung Haji, KLCC, BNM, Menara Kuala Lumpur dan Stysen Keretapi Malaysia . 1 Ringgit Bank Negara Malaysia .

SPESIFIKASI
1RINGGIT RING
Tahun 2000
Berat 8.15gram
Garis Pusat  26.50mm
Tebal 2.33mm
Kandungan dwi logam : Kupro-Nikel ring dalam
                                   Emas Nordic ring luar
Mintage :  Tidak diketahui sebenarnya.
Estimate Value EV RM   80.00   [ tanpa  card ] Rare
                             RM  150.00  [ dalam card ] Rare
                             RM  400.00  [   grading   ] Very rare
                             RM5,500.00 [    Roll       ] Extremely Rare  
GAMBAR
Dibawah ini dipaparkan gambar Syiling Peringatan  Piala Thomas - Uber 2000 1Ringgit Ring Dwi Logam tersebut untuk tatapan semua .  Semua gambar  ini adalah kepunyaan Koleksi Galeri Sha Banknote 1964 .
                           


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1 RINGGIT RING DWI LOGAM

Mukahadapan Piala Thomas-Uber 
Kuala Lumpur 2000
Gambar Piala Thomas Cup



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER
1 RINGGIT RING DWI LOGAM
Mukabelakang 1Ringgit Bank Negara Malaysia
Gambar BNM ,Menara KL, KLCC ,Tabung Haji
Stesyen Keretapi.


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING TWO TONE
Sedozen
Syiling Peringatan Piala Thomas - Uber 2000
Mukahadapan  


SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING TWO TONE
SEDOZEN
Syiling Peringatan Piala Thomas -Uber 2000
Mukabelakang



SYILING PERINGATAN MALAYSIA
PIALA THOMAS-UBER 2000
1RINGGIT RING DWI LOGAM
EXTREMELY RARE RRR
Satu Roll 50 pcs
Syiling Peringatan Malaysia
Piala Thomas - Uber 2000
1Ringgit Ring Dwi logam




PENUTUP
Syiling Peringatan 1Ringgit Piala Thomas-Uber ini adalah memang sukar untuk mendapatkanya .  Dan Syiling Peringatan ini adalah dikira diantara Syiling Peringatan yang Rare untuk koleksi  Syiling Peringatan  Malaysia . Terutama dalam koleksi 1 Roll original .

Ahad, 26 Oktober 2014

50SEN ME [ MILLED EDGE ]

50SEN MILLED EDGE
1967 , 1968 , 1969
RARITY  EXTREMELY RARE  RRR


PENGENALAN

Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan duit syiling sendiri bermula pada tahu 1967 . dengan denominasi 1sen, 5sen,10sen,20sen dan 50sen . Ditempa di kilang Royal Mint London. dengan garis pusat 23.50mm , berat 5.70gram , logam kupro-nikel dan ada tanda mint mark GC. Dengan 2 type Tempaan .

TYPE SECURITY EDGE
Jumlah tempaan 1967 =  15juta keping
Jumlah tempaan 1968 =  12juta keping
Jumlah tempaan 1969 =    2juta keping

TYPE MILLED EDGE
Jumlah tempaan 1967 = tidak diketahui
Jumlah tempaan 1967 = tidak diketahui
Jumlah tempaan 1969 = tidak diketahui



MILLED EDGE  /   SECURITY EDGE

                                                

APA ITU SECURITY EDGE DAN APA ITU MILLED EDGE

SCURITY EDGE ialah Tempaan Keselamatan yang ditempa  berbentuk berparit disisi tepi syiling tersebut .Type SE adalah tempaan sebenar untuk syiling 50sen ini 
MILLED EDGE ialah tempaan berbentuk bergerigi ditepi sisi syiling tersebut  dan ianya adalah tersilap tempaan untuk sisi siling 50sen ini.

Untuk makluman 2 type ini untuk type Security Edge adalah type yang sepatutnya ditempa untuk syiling ini namun terdapat kesilapan tempaan berlaku  tempaan type  Milled Edge tetapi ianya amat kurang . Dari nilai Numismatiknya maka sudah tentu  tempaan yang sedikit ini menyebabkan koleksi tersebut amat jarang dijumpai dan harganya menjadi lebih mahal .  

50SEN MILLED EDGE
MILLED EDGE

Berapakah Anggaran  harga Untuk Koleksi Milled Edge sekarang ini .. Kalau ikutkan Pasaran harga Milled Edge yang saya beli sekitar awal 2014 adalah seperti berikut .

Milled Edge Tahun 1967   -  RM1800
Milled Edge Tahun 1968   -  RM2200
Milled Edge Tahun 1969   -  RM5500
Set Milled Edge 1967, 1968, 1969  RM8,500


50SEN MILLED EDGE 

MILLED EDGE


50SEN MILLED EDGE
50SEN  1967  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM 1800 / keping
Extremely Fine


MILLED EDGE
50SEN  1968  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM2200 / keping
Extremely Fine


50SEN  1969  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM5500 / keping
Extremely Fine



Memang agak sukar untuk memberikan alasan mengapa syiling ini bergitu tinggi harganya dan ianya mendapat permintaan yang bergitu baik daripada kolektor . Namun faktor kekurangan type Milled Edge  dan tidak tahu sebenarnya mintage yang telah dikeluarkan oleh kilang Royal Mint London pada ketika itu menyebab kan Syiling Milled Edge ini terus dicari oleh collector ..
Rekod harga lelong untuk Syiling Milled Edge tahun 1969 NGC Grading MS65 dengan harga  RM 81,646.00  di Auction Singapore  . RM 81,846.00 adalah harga yang paling tertinggi untuk syiling 50 Milled Edge ini yang pernah dicatatkan sehingga kini .


50sen Milled Edge
Galeri Sha Banknote 1964
1 Muharram 1436


Selasa, 21 Oktober 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...