Rabu, 24 September 2014

CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA


PROFESSIONAL CERTERFICATE IN NUMISMATIC STUDY [  ProCINS  ]
KENDALIAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP 
[  IPTA  MALAYSIA ]
kerjasama
KELAB WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA





Pihak Universiti Malaysia Pahang UMP adalah merupakan sebuah Universiti Awan Malaysia IPTA menawarkan  Pengajian diperingkat Sijil dalam Bidang Numismatik  - CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA Kepada semua rakyat Malaysia dan peminat Numismatik ,

Kursus        : CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA
Kendalian sepenuhnya oleh  : Universiti Malaysia Pahang UMP

Kelayakan  :  Lulusan SPM
Tempoh      :  4 Bulan /setiap hari Sabtu Hujung Minggu
Masa          :  30 jam Credit Hours
Tempat      :   Muzium BNM Sasana Kijang Kuala Lumpur
Yuran         : RM 1900.00 sahaja [ boleh bayar 2 kali  ]
Jumlah Pengambilan Pertama : 30 orang Pelajar sahaja
Pengambilan Pelajar mulai Januari 2015
Pensyarah :  1. Pensyarah UMP
                    2.  Mr Dicson Niew MNS
                    3. Alphanumis
                    4. Pegawai Muzium BNM
                    5. Haji Azmi KWNM

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Pengajian ini hendaklah menghantar nama
sebagai Pendaftaran kepada urusetia talipon no 013-9227750 Tuan Haji Azmi  atau 0199185858
Pendaftaran adalah Terhad 30 orang pelajar untuk pengambilan pertama .


Kerjasama
Universiti Malaysia Pahang UMP dan 
Kelab Warisan Numismatik Malaysia .
Muzium BNM                                                            

Khamis, 11 September 2014

SYILING PERINGATAN PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM


SYILING PERINGATAN
PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM
DIKELUARKAN PADA 10.10.2000


Dulu dikenali sebagai Batu 3 Sungai Renggam merupakan  kawasan  Ladang kelapa sawit .  Kemudian pada 7hb.Disember 1978 atas Perkenan KDYMM Sultan Selangor telah  menukar nama kepada Shah Alam dan menjadikan Shah Alam Ibu Negeri Selangor dan pada 10.10.200 diisytiharkan sebagai Bandaraya  Shah Al;am .
Sempena Pengisytiharan Shah Alam  sebagai Bandaraya pada 10.10.2000 
Royal Mint Bank Negara Malaysia telahpun mengeluarkan  2 jenis syilng peringatan.

SYILING PERINGATAN 1 RINGGIT BUKAN PROOF
Berat 8.15gram
Garis Pusat 26.50mm
Tebal 2.3mm 
Kandungan dwi logam kupro-nikel dan emas nordic
Jumlah tempaan 10000pcs
Tempaan Royal Mint Malaysia
Tarikh dikeluarkan  8.11.2000
Harga keluaran RM5.00
Harga semasa RM600
Rarity Very Rare RR

SYILING PERINGATAN 10 RINGGIT BUKAN PROOF
Berat 21.70gm
Garis Pusat 35.70mm
Tebal 2.70mm
Kandungan Logam Perak
Jumlah Keluaran 1,000pcs
Tempaan Royal Mint malaysia
Tarikh Keluaran 8.11.200
Harga Keluaran RM120
Harga semasa RM 1800
rarerity Very Rare RR

BAGI KELUARAN KHAS  SET 1 & 10 RINGGIT DALAM 1 
Bukan Proof
Jumlah Keluaran tidak diketahui
Harga RM3500
Rarity Very rare RR



SET KELUARAN KHAS
1 & 10 rINGGIT BUKAN PROOF


Set 1 & 10 Ringgit bukan Proof
Dalam kotak baldu biru



Mukahadapan
 Syiling Peringatan
Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam



Mukabelakang
Syiling Peringatan
Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam 


Mukadepan
Syiling 10 Ringgit Bukan Proof


Mukabelakang
Syiling 10 Ringgit bukan Proof


Mukandepan
Syiling 1 Ringgit bukan Proof


Mukabelakang 
Syiling1 Ringgit bukan Proof


Data Teknikal


Untuk makluman kepada kolektor semua bahawa duit ini amat mahal berbanding dengan harga keluarannya pada tahun 2000 dengan kadar kenaikan sampai 15 kali gandaan bersamaa 1500% kenaikan [  harga asal Rm120 kini  Rm 1800  ]  . Keadaan ini bekemungkinan koleksi ini amat susah dijumpai dimana-manapun kerana ianya telah disimpan oleh koleketor yang ada . Koleksi ini menjadi kegilaan kepada peminat syiling peringatan dan ianya adalah salah satu koleksi yang amat baik disimpan dan ianya sentiasa diburu oleh kolektor .




Galeri Sha Banknote 1964
10.09.2014


Sabtu, 6 September 2014

SEMINAR DAN PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA



SIDANG AKHBAR
SEMPENA MAJLIS SEMINAR DAN PAMERAN
MATAWANG NUMISMATIK MALAYSIA
Pada  18.8.2014 hingga 19.9.2014
di Muzium Negeri Kelantan


Koleksi GambarGambar  semasa majlis tersebut

Para wartawan daripada pelbagai media mengajukan soalan

Persoalan perkembangan Numismatik Tanah air dan aktiviti
aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Warisan Numismatik Malaysia
menjadi topik utama  kenyataan yang diberikan kepada pemberita.
Agar masyarakat dapat mendekati Numismatik dan bersama-sama
menjaga  dan menghayati Warisan Kita ini

Ini Warisan dan Sejarah negara yang perlu dipelihara
Banyak badan-badang NGO yang  berkaitan dengan Numismatik
 ini yang ada dinegara kita tetapi tak begerak  untuk sama-sama
menganggkat Numismatik ini . 


Saya mewakili kerjasama bersama antara
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Kementerian Pelancongan Malaysia
Kelab Warisan Numismatik Malaysia
Persatuan Senipurba dan kraftangan Negeri Kelantan
Malaysia Book of Records
dalam menjayakan program ini


Pameran ini adalah merupakan koleksi saya semenjak dari
2004 sehingga kini  dah hampir 10 tahun . Melebihi 3800 item 
dan pada hari ini 2500 item dipamerkan disini. Nilaian semasa 
keseluruhan kolesi  sukar dianggarkan  tetapi  insuran  cover
untuk pameran ini adalah RM 2 juta


Pameran ini diharap dapat merapatkan masyarakat dengan 
Numismatik . Dan mengabungkan antara NGO-NGO numismatik 
dengan Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan Numismatik
untuk bekerjasama menganggkat Numismatik Negara

Jamuan makan tengahari selepas seminar

Tetamu VVIP sedang makan tengahhari

Dato Shah, Mr Dicson , Poknik, Ustad Rusdi Jusoh dan Haji Azmi

Inilah orang kuat yang mula merintis dan menjayakan program
seminar dan pameran ini
Poknik Newbe , Tuan haji Abd. Malik dan Haji Alwi Yusof

Gandingan orang muda dan orang lama mampu
menganggkat  Numismatik Negara

Kenagan bersama diMuzium Negeri Kelantan

Kenagan bersama dengan wakil malaysia Book of Recors
Cik Suhaila dan Pemimpin Pemimpin besar dalam
 Numismatik negara kita .


Inilah kejayaan yang diabadikan di Seminar dan Pameran
DiMuzium Negeri Kelantan

Perbincangan diantara Dato Shah dan Cik Suhaila 
Wakil daripada Malaysia Book of Records

Masih banyak keperluan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan
Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records

Semua maklumat perlu diisi dan akan dihantar bersama
 Gambar dan Vedeo kepada Malaysia Book Of Records


Keratan Akhbar Harakah pada 28hb. Ogos 2014

Keratan Akhbar Sinar Harian pada 31hg Ogos 2014

Keratan Akhbar Sinar pada 19hb. Ogos 2014


Sekianlah sebahagian daripada peristiwa dalam acara 
sidang akhbar pada prpgram  Semianar dan Pameran 
Matawang Warisan Numismatik Malaysia
pada 18.8.2014
di Muzium Negeri Kelantan


Jangan lupa ikuti sambungan koleksi gambar dalam
Pameran Solo melebihi 2000 item disiri [ 4 ] akan datang.

Salam 
dari Galeri Sha Banknote 1964
6.9.2014



Isnin, 1 September 2014

MAJLIS PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN
PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA


SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE57 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama
Kementerian Pelancongan Malaysia
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Persatuan Senipurba dan Kraftangan Negeri Kelantan
Kelab Warisan Numismatik Malaysia
telah mengadakan
PAMERAN MATAWANG WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA
Bermula 18.08.2014  sehingga 19.09.2014 [ sebulan ]
Tempat Muzium Negeri  Kelantan
Pameran ini mendapat Pengiktirafan 
Malaysia Book of Records
LARGEST NUMISMATIC COLLECTION DISPLAY BY AN INDIVIDUAL
TOTAL COLLECTION 2000 ITEM
SEMUA DIJEMPUT MELAWAT KE PAMERAN INI


Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim
Maka dengan resminya Pameran ini dibuka untuk lawatan orang ramai
oleh YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan


YB Dato Timbalan Menteri Besar menyempurnakan
pemotongan reben simbolik merasmikan Pameran ini

Bahagian laluan masuk Pameran

Koleksi Pohon Pitis Negeri Kelantan

Koleksi Pohon Pitis Kelantan inilah yang menjadi
Logo resmi Bank Simpanan Nasional



Koleksi Gold Coin
Kesultanan Melayu Negeri Kedah



Koleksi Gold Coin Acheh dan Pasai
Kesultanan Melayu Nusantara


Koleksi Syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
bermula dari tahun 1967 sehingga 2014

Pada peringkat permulaan 1967 semua duit syiling Malaysia
ditempa di Royal Mint London dan Humberg Mint Germany
Pada masa itu Negara Malaysia masih belum mempunyai kilang
duit syiling sendiri .

Pada tahun 1971 barulah negara kita membina kilang duit sendiri
Royal Mint di Shah Alam Selangor.
Bermula 1971 syiling kita mula menempa sendiri duit syiling
di Royal Mint Shah Alam sehingga kini .

Yang menjadi legenda dalam siri syiling keluaran BNM ini ialah
duit syiling 10sen 1971 yang ditempa di Royal Mint Shah Alam.
Jumlah tempaannya hanya 32,236 keping sahaja .
Tempaan 10sen 1971 ini difahamkan sedikit sahaja kerana
hanya mengunakan baki lebihan  planchet yang dipulangkan 
 dari Royal mint London.







Koleksi Syiling Emas Negeri Kelantan iaitu
Syiling Kijang Emas dan Kupang Matahari


Syiling Kijang Emas adalah syiling pertama digunakan di 
Tanah Melayu yang digunakan di Negeri Kelantan sekitar
tahun 1400 semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang .

Sebagai tanda wang pertama Kesultanan Melayu Tanah Melayu
Maka Bank Negara Malaysia telah menjadikan Kijang Emas ini
sebagai logo Bank Negara Malaysia .

Koleksi Matawang Kesultanan Melayu yang dikenali sebagai 
Tampang yang dibuat daripada timah . 

Matawang Tampang ini ditempa dalam pelbagai saiz dan
dan bentuk dengan motif bunga dan tulisan Jawi dan tulisan China
Matawang Tampang ini digunakan di Negeri Perak , Selangor 
 dan Pahang yang banyak mempunyai lombong bijih timah .

Kebanyakan Matawang Tampang ini adalah besar dan berat 
dan memang agak sukar bagi urusan pembayaran jualbeli .
Namun Negeri Pahang telah mula mengunakan Tampang Topi 
yang reka bentuknya tidak padu dan kosong di bawahnya 
seperti topi dan betuknya kecil dan ringgan bagi memudahkan
urusan pembayaran jualbeli.

Ini adalah koleksi Sa-Ribu  dan seribu lengkap siri 1 hingga siri 6
lengkap dengan Replacement dari tahun 1968 - 1996

Koleksi ini adalah koleksi paling rare Uncut RM1 60pcs in 1 .
Koleksi ini difahamkan ada 2 naskah sahaja dikeluarkan setakat
ini. Koleksi ini mempunyai prefix ZC 888X888 tandatangan 
Tan Sri Zeti Aktar Aziz pada tahun 2003 dicetak oleh
Giesecke Devrient di Kilang Shah Alam

Koleksi Uncut ini diperolehi dari Dr. Micheal Vort Bekas CEO
pertama Giesecke Devreint Shah Alam [ rakyat New Zealand]
 Semasa tamat tempoh perkhimatannya dengan Giesecke beliau 
telah dihadiahkan Uncut ini oleh Giesecke kepadanya. Kolekasi
ini telah dapat diselamatkan dan ianya dibawa balik ke
Malaysia dan dipamerkan di Pameran ini.

Koleksi ini adalah wang Contoh atau Specimen RM1 no Prefix
MX 0000000 dan AA 00000000 Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
 dan Wang kertas RM1 Tandatangan Tan Sri Aziz Tahar
 Prefix No 10000000 


Terdapat juga koleksi uncut RM1 30pcs in 1 dan rm10 30pcs in 1
serta kolesi RM50 gold line dan RM50 Sukom .

Ten Dollars Kerbau Bajak dikeluarkan pada 01.03.1961 
Tandatangan Tun Tan siew Sin Menteri Kewangan
Persekutuan Tanah Melayu

Koleksi Wang Kertas Sa-Puloh Ringgit lengkap bermula 
 daripada siri pertama hingga sekarang 1967 -2014 


Ada sesuatu yang mencuit hati YB Dato Timbalan Menteri Besar
dan Dato Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia 
disaksikan oleh Tuan Haji Azmi Malik Timbalan Presiden KWNM


Detik-detik yang tidak dapat dilupakan 
penuh kemesraan  bersama dengan seorang Pemimpin


Tidak dapat hendak dilapazkan bertapa keakraban dan gurau 
senda seorang Pemimpin memperlihatkan keiklasan dan
keterbukaannya sebagi seorang ulamak dan Pemimpin .


Inilah yang dicari oleh Tok Bomoh dikatakan Duit dari Bank alam 
ghaib yang dikenali sebagai duit Aisyah yang boleh menarik duit.
Dikatakan duit Aisyah kerana tandatangannya menyamai Aisyah.
sebenarnya
Wang kertas ini adalah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
 pada penghujung tahun 2000 dengan nilai RM1 prefix CR
Tandatangan  oleh Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman .
Wang ini amat rare dan harga mencecah ribuan ringgit kerana
wang ini ada masalah kesilapan  teknikal tandatangan yang
sepatutnya tandatang Tan Sri Zeti Aziz .

Koleksi Dinar Emas set 3 in 1 Gold Coin sempena
Pertabalan DYMM Sri paduka Baginda Yang diPertuan Agong

Koleksi Dirham set 3 in 1 Silver Coin sempena
Pertabalan Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Inilah wajah Gabenur Bank Negara ke-5
Tan Sri Ali Abul hassan Sulaiman

Majlis Lawatan bersama YB Timbalan Menteri Besar dan 
VVIP berakhir disini dan di ikuti dengan sidang Akhbar .




Alhamdullilah maka berakhirlah Sessi Lawatan ke Pameran Bersama 
YB Dato Timbalan Menteri Besar dan Para Tetamu.
untuk siri akan datang akan dipaparkan gambar-gambar 
sessi sidang akhbar .
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Majlis ini
Galeri Sha Banknote 1964

Jangan lupa ikuti laporan bergambar untuk sessi sidang media pada 
siri akan datang pada laporan [ 4 ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...