Memaparkan catatan dengan label 200. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 200. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2013

GALERI SHA BANKNOTE 1964

GALERI SHA BANKNOTE 1964
200,000 Pengunjung Seluruh Dunia


Usia blog Galeri Sha Banknote 1964  ini telah menjangkau usia 2 tahun sehingga kini . Dan sebanyak 420 artikel yang berkaitan dengan penemuan dan perkembangan Numismatik di negara kita dapat disiarkan dalam blog ini  . Sebagai peminat dan Pedukung kuat Numismatik Negara maka menjadi satu tanggongjawab kepada Galeri Sha Banknote 1964 untuk terus mengkaji dan menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan Numismatik Negara untuk disiarkan dalam blog ini . Ramai sahabat-sahabat Numismatik mencadangkan agar tulisan-tulisan ini dapat dibukukan bagi memudahkan sebagai bahan rujukan kepada peminat dan pengumpul duit lama Negara . 

Galeri Sha Banknote 1964 amat berasa gembira sekali apabila melihat rekod-rekod dan catatan pada blog ini . Data pelawat yang melayari blog Galeri Sha Banknote ini telah mencecah 200,000 pelawat dari seluruh dunia . Sebanyak  81 buah negara mengikut rekod adalah diantara pelawat blog ini termasuklah USA, England, Germany, China, Singapore ,Indonesia, Thailand , Brunei , Filipina,Jepun, Belanda dan dari seluruh dunia .

Ramai juga pengunjung yang memberi komen dan pertanyaan kepada blog ini dan saya ucapkan ribuan terima kasih diatas pandangan dan teguran yang membina untuk perkembangan Numismatik Tanah Air kita .

GALERI SHA BANKNOTE 1964
sedang menunggu pelawat yang 
ke 200,000
SELAMAT MELAWAT BLOG GALERI SHA BANKNOTE 1964

Terima kasih kepada semua penyokong dan pengunjung Blog Galeri Sha Banknote 1964 . Sokongan tuan-tuan kepada blog ini menyebabkan semangat saya akan terus berjuang untuk Numismatik Negara Kita . Salam Numismatik Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...