Isnin, 29 Oktober 2012

TANGKAL PELURU @ RAJA BESI

TANGKAL PELURU @ RAJA BESI










Gambar Tangkal Peluru @ Raja Besi
Kandungan Logam Besi
Berat 25.75gram
Diameter 15mm
Bercorak dan berukiran dibahagian luar
Digunakan sebagai Tangkal dan Azimat

***nota***

Tangkal Peluru ini adalah berasal dari Selatan Siam dan ia juga dikenali sebagi Raja Besi . Tangkal Peluru ini adalah merupakan koleksi mistik dizaman dahulu kala yang digunakan oleh pendekar dan hulubalang serta juga kepala  lanun dan perompak yang bekuasa  sebagai Tangkal azimat pelindung diri. Tangkal ini ditempa mengunakan logam besi kuning  bersaiz garispusat 15mm berbentuk sebesar peluru senapang dengan diukir mentera dalam bahasa siam dan beratnya 25.75gram. Difahamkan Tangkal peluru ini adalah sebagai medium mistik yang diasap dengan setanggi bagi  tujuan penjelmaan kuasa ghaib bagi menjadikan seseorang itu kebal dari sebarang kecederaan  oleh senjata yang dibuat dari logam besi. Tangkal Peluru ini juga dikenali sebagai Raja Besi  yang kononnya dapat menundukkan kekuatan sebarang logam  besi  lain yang ada. Tangkal  ini dikatakan sebagai suatu yang hebat untuk dimiliki oleh kebanyakan orang tetapi yang lazimnya adalah digunakan oleh kepala lanun dan perompak disekitar tahun 1820 -1900.

Sabtu, 27 Oktober 2012

SATU BUNGKUSAN WANG KERTAS JEPUN ONE DOLLAR.1942.

SATU BUNGKUSAN WANG KERTAS JEPUN ONE DOLLAR 1942


                         BUNGKUSAN WANG KERTAS JEPUN




















Gambar Satu Bungkusan  Wang Kertas Jepun
Tahun 1942
Dikeluarkan Oleh Pemerintahan Tentera Jepun Di Malaya.
Nilaian One Dollar Jepun
Prefix MO
1000 keping prefix MO
Rarity Extremly Rare RRR
Owner Galeri Sha Banknote.

****nota****

                   Koleksi  ini memang betul-betul paling rare dan amat jarang sekali  Kolektor yang berpeluang dapat memiliki koleksi ini.  Pada tahun 1942 Pihak Pentadbiran Tentera Jepun  telah melancar Matawang Penjajahan mereka sendiri di Tanah Melayu dengan nilaian yang sama dengan matawang Negeri-Negeri Selat yang sediada di Tanah Melayu pada ketika itu. Dan Pihak Pentadbiran Tentera Jepun telah mencetak Wang kertasnya secara banyak tanpa bersandarkan kepada Perbendaharaan. Wang Kertas ini dihantar ke Tanah Melayu bagi membayar gaji dan  perbelanjan Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu.  Diantara bungkusan-bungkusan wang kertas yang dihantar ke Tanah Melayu tersebut itu  salah satunya adalah  koleksi yang diselamatkan dan kini  berada dalam pangkuan koleksi  Galeri Sha Banknote ini. Bungkusan Wang Kertas Jepun  ini dikeluarkan pada tahun 1942 namun Bungkusan  ini masih lagi utuh dan baik sekali seperti asalnya masih tidak terbuka . Diantara catatan tulisan Jepun yang terdapat pada bungkusan wang kertas ini ialah Wang Kertas nilaian One Dollar bejumlah 1000 keping dengan prefix MO dan berberapa sel chop Pemerintahan Tentera Jepun disetiap lipatan bungkusan tersebut.
                    Pada masa kini Galeri  Sha Banknote telahpun menempah Bingkai Khas untuk di letakkan Bungkusan mengandungi 1000 keping Wang Kertas Jepun ini  untuk tatapan umum dan dijangkakan Galeri Sha Banknote akan mempamerkan Koleksi Bungkusan Wang Kertas Jepun ini pada Pameran Warisan Numismatik di Muzium Seni di Kuantan Pahang pada Januari tahun depan.


Selasa, 23 Oktober 2012

WANG KERTAS MALAYSIA $100 SIRI 5 ,SIRI 6 DAN SIRI 7.

WANG KERTAS MALAYSIA $100 SIRI 5, SIRI 6, DAN SIRI 7.
Tandatanga Tan Sri Aziz Taha siri 5,
Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussain siri 6,
Tandatangan Tan Sri Ahmad Don siri 7.

*************************************************************

                     $100 SIRI 5 TAN SRI AZIZ TAHA
                     FIRST PREFIX ZA 0096882
Gambar $100 siri 5 Tan Sri Aziz Taha
First Prefix ZA 0096882
Blindman six Diamond
very rare RR

                  $100 SIRI 5  TAN SRI AZIZ TAHA
                   PREFIX ZB 8670036
Gambar $100 siri 5 Tan Sri Aziz Taha
Prefix ZB 8670063
Blindman six Diamond

                $100 SIRI 5  TAN SRI AZIZ TAHA
                LAST PREFIX ZC 0215988
Gambar $100 siri 5 Tan Sri Aziz Taha
Prefix ZC 0215988
Blindman Six Diamond.
very rare RR

               $100 SIRI 5  TAN SRI AZIZ TAHA
               REPLACEMENT ZZ 0285987

Gambar $100 Siri 5 Tan Sri  Aziz Taha
Replacement  ZZ 0285978
Blindman Six Diamond
extremely rare RRR

*********************************************

             $100 SIRI 6 TAN SRI JAAFAR HUSSEIN
             THOMAS DE LA RUE
                                     
Gambar FIRST PREFIX ZD
Thomas De La Rue 1322033
very rare RR

Gambar Prefix ZE 1322033
TDLR

Gambar Prefix ZF 8873090
TDLR

Gambar Prefix ZG 5711069
TDLR
Gambar Prefix ZH 1134281
TDLR

Gambar Prefix ZK 6024432
TDLR

Gambar Prefix ZL 1743613
TDLR

Gambar Prefix ZM 7689967
TDLR

Gambar Prefix ZN 8048994
TDLR

Gambar Prefix  ZP 4232105
TDLR

Gambar Prefix ZQ 8496398
TDLR

Gambar Prefix ZR 2266621
TDL

Gambar Prefix ZS 4938574
TDLR

Gambar LAST PREFIX ZT 0824651
TDLR
very rare RR

Gambar REPLACEMENT ZU 0219592
TDLR
extremely rare RRR

*************************************************************
              $100  SIRI 6 TAN SRI JAAFAR HUSSEIN
              CETAKAN US BANKNOTE

Gambar FIRST PREFIX  ZT 5073188
US Banknote
very rare RR

Gambar Prefix ZV 7704535
US Banknote


Gambar Prefix ZW 8677778
US Banknote

Gambar Prefix ZX 3897953
US Banknote
*************************************************************

               $100 SIRI 6 TAN SRI JAAFAR HUSSEIN
               THOMAS DE LA RUE
                PREFIX ZX 0090433
Gambar PREFIX  ZX 0090433
Thomas DE La Rue
Highest State of Rarity RRRR

*************************************************************

               $100 SIRI 6 TAN SRI JAAFAR HUSSEIN
               US Banknote
               PREFIX  ZY 2207989
Gambar LAST PREFIX ZY 2207989
US Banknote
very  rare RR
*************************************************************

              $100 SIRI 6 TAN SRI JAAFAR HUSSEIN
              THOMAS DE LA RUE

                                     

Gambar FIRST PREFIX  ZY 8533063
TDLR
very rare RR

Gambar  Prefix ZZ 0785045
TDLR

Gambar Prefix AA 8544706
TDLR

Gambar Prefix AB 9489520
TDLR

Gambar Prefix AC 8687447
TDLR

Gambar  Prefix AD 9432998
TDLR

Gambar Prefix AE 8935958
TDLR

Gambar Prefix AF 8980828
TDLR

*************************************************************

                        $100 SIRI 7 TAN SRI AHMAD DON
                        CETAKAN THOMAS DE LA RUE

Gambar FIRST PREFIX AG 5453376
TDLR
very rare RR

Gambar Prefix  AH 5652424
TDLR

Gambar Prefix AJ 6232968
TDLR

Gambar Prefix AK 1986862
TDLR

Gambar Prefix AL 5003960
TDLR

Gambar LAST PREFIX AM 0626808
TDLR
very rare RR
Gambar REPLACEMENT ZU 0452421
TDLR
extremely rare RRR
*************************************************************

                    $100 SIRI 7 TAN SRI AHMAD DON
                    CETAKAN HARRISON & SON

Gambar FIRST PREFIX AN 7770669
Harisson & Son
very rare RR
Gambar LAST PREFIX  AP 2781170
Harrison & Son
very rare RR
Gambar REPLACEMENT ZU 0479315
Harrison & Son
extremely rare RRR
*************************************************************
Nota

            Secara keseluruhan himpunan Koleksi ini adalah Koleksi Lengkap untuk $100 siri 5 Aziz Taha Cetakan Thomas De La Rue  -  [ ZA first prefix] , AB  & [AC last prefix] & [ ZZ replacement ]  cetakan Thomas De La Rue,
          Dan  $100 siri 6 Jaafar Hussein  cetakan Thomas De La Rue -  [ ZD first prefix], ZE, ZF, ZG, ZH , ZJ, ZK, ZL, ZM, ZN, ZP , ZQ, ZR,  ZS, &[ ZT last prefix]  & [  ZX Highest State of  Rarity RRRR ]  & [ ZU Replaceman] dan sambungan  bagi cetakan US Banknote  [ ZT first prefix ] ,  ZV, ZW, ZX, &  [ ZY last prefix] &  [  ZU replacement Highest State of Rarity RRRR ] dan seterusnya bagi cetakan Thomas De La Rue  , [ ZY first prefix ], ZZ, AA, AB, AC, AD, AE, AF, & [ AG last prefix.]
           Dan $100  siri 7 Ahmad Don cetakan Thomas De La Rue - [ AG  first prefix ] , AH, AJ, AL & [ AM last prefix]  &  [ ZU replacement ]   Dan sambungan cetakan  Harrison & Son - [ AN first prefix]  &  [ AP last prefix ].    
           Inilah Koleksi Galeri Sha Banknote untuk Wang Kertas $100 siri 5, 6 dan 7 lengkap kecuali   $100 Jaafar Hussein  Replacement ZU  cetakan US Banknote  masih belum lengkap dan usaha masih terus dijalankan untuk mendapatkannya .
           Pengalaman  untuk mengumpul koleksi $100 siri 5, 6 & 7 ini  adalah suatu yang agak lama dan memerlukan sedikit ketekunan untuk mencari setiap prefix yang ada. Dan yang paling teramat sukar untuk mendapatkanya ialah prefix ZX Jaafar Hussein Cetakan Thomas De La Rue dan prefix ZU Replacement US Banknote Jaafar Hussein. Difahamkan bahawa ZU US Banknote adalah yang teramat sukar untuk memilikinya  oleh kerana ZU Replacement  ini ada hanya 27 keping sahaja ditangan kolektor yang bernombor siri ZU 0000001 hingga ZU 0000027 .  Walaubagaimanapun Galeri Sha Banknote sedang berusaha  melalui seorang sahabat  untuk mendapatkan ZU 0000017  daripada seorang kolektor lama di Kuala Lumpur dan Galeri Sha Banknote juga agak beruntung kerana telahpun memiliki lebih awal  prefix ZX 0090433 TDLR $100 Jaafar Hussein yang diketogerikan antara prefix yang teramat sukar dimiliki yang tidak dicatatkan didalam buku.
          Secara keseluruhanya Galeri Sha Banknote amat berpuashati kerana berjaya mengumpul  kesemua koleksi ini dan ianya akan  dipamerkan di Pameran Wang Lama Warisan Numismati di Muzium Seni Kuantan Pahang pada Januari 2013.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...