Rabu, 17 Oktober 2012

REPLIKA DUIT SILING KIJANG BERSADUR EMAS

REPLIKA DUIT SILING KIJANG BERSADUR EMAS 24 KARAT  BANK NEGARA MALAYSIA.


        Replika Duit  Siling Kijang  bersadur Emas 24 karat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang eksklusif untuk koleksi kepada penyimpan-penyimpan Mata Wang lama. Siling Kijang Emas ini memaparkan motifkan Kijang sejenis haiwan yang dilindungi sepenuhnya yang terdapat dihutan belantara di Malaysia.
         Permaisuri al Sultan Kelantan pada masa itu iaitu Che Siti Wang Kembang amat menyayangi Kijang peliharaannya sehingga Permaisuri menitahkan duit siling emas yang ditempa hendaklah  diukirdengan  motif Kijang. Pada bahagian belakang duit siling ini ditempa dengan tulisan Arab Malik al adil bermana Raja yang adil.
         Lambang kijang ini telah digunakan sebagai lambang negeri Kelantan pada tahun 1916. Dan lambang ini juga telah dijadikan logo dan lambang rasmi Bank Negara Malaysia pada tahun 1964. Lambang Kijang ini telah tertera pada semua wang kertas Malaysia semenjak tahun 1967.

                     

                              REPLIKA DUIT SILING KIJANG EMAS












Gambar Replika Duit Siling Kijang Bersadur Emas 24 Karat
Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
Logam copper nikal bersadur Emas 24 karat
Berat 1.93 gram
Diameter   20mm
ketebalan  3.5mm

** Tip Penjagaan Replika Duit Siling bersadur Emas 24 karat yang dikeluarkan okeh Bank Negara Malaysia.

Basuh dengan mengunakan air sabuh sehingga cuci dan bilas dengan mengunakan air biasa sehingga bersih, kemudian lap dengan kain lembut sehingga kering secara perlahan-lahan untuk mengelakan sebarang kesan calar kepada permukaan duit siling ini dan lakukan setiap 6 bulan sekali.  Simpan ditempat yang kering dan bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...