Ahad, 16 Jun 2013

MAJLIS PERASMIAN , PAMERAN DAN JUALAN DI SEMINAR ERROR COINS MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

MAJLIS SEMINAR ERROR COINS MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh   :  15.06.2013
Masa    :  9.00 Pagi
Tempat :  Hotel Shahzan Inn
                Kuantan Pahang

Majlis Seminar Error Coin Malaysia Peringkat Kebangsaan ini telahpun selamat disempurnakan Perasmiannya oleh YB Dato Mohd Hj. Sharkar bin Hj. Shamsudin , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang pada pagi tadi.. Seramai 40 peserta daripada seluruh negara telah berkumpul untuk hadir di Seminar ini yang dianjurkan oleh Kelab warisan Numismatik  Malaysia .
Pada sebelah pagi berlangsung Majlis Perasmian dan diikuti dengan Pameran dan Jualan yang disertai oleh ahli Numismatik daripad seluruh Negara .

Gambar-gambar daripada  Majlis Seminar Error Coins Kebangsaan ini dapat dirakamkan oleh Pihak Urusetia Seminar seperti yang diabadikan dalam Sejarah Numismatik Malaysia untuk julung-julung kalinya Seminar Error Coin ini dapat diadakan .Di Malaysia ini .

MAJLIS PERASMIAN
Dari Kiri Dato Shah , YB Dato Sharkar, Mr Dickson, Hj Azmi



Dato Presiden membisikan sesuatu kepada YB Dato Sharkar

Majlis Perasmian

Para Peserta Seminar dari seluruh Negara

Haji Nasaruddin selaku Pengacara Majlis

Ucapan Alu-aluan Dato Presiden

Dato Presiden sedang menyampaikan ucapan

Komuniti Numismatik akan terus dimertabatkan 
dan Kelab Warisan NumismatikMalaysia bersedia mengalas 
tanggongjawab ini dan inilah suara Dato Presiden dalam
ucapan di Seminar Error Coins Malaysia Peringkat Kebangsaan .

YB Dato Mohd Sharkar Shamsuddin sedang menyampaikan Ucapan

Ucapan Dato Mohd Sharkar diamati oleh hadirin

Kerajaan Negeri Pahang akan mempromosikan Numismatik 
sebagai suatu Produk dibawah Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang.
Dan bersedia menjadikan Pahang sebagai Pusat Trading
 untuk Numismatik Negara . Tanda sokongan awal Kerajaan Negeri 
Pahang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3000.00 
untuk membiayai Progam Seminar ini.
Tahniah YB Dato Sharkar.

Kegembiraan Pesrta Seminar disambut dengan tepukan untuk
 YB Dato Sharkar dan Kerajaan Negeri Pahang .

Sebagai Tanda kenangan YH Dato Presiden menyampaikan
Cendehati kepada YB Dato Mohd Sharkar di Majlis Perasmian tersebut


Pada tarikh 15.06.2013 Seluruh Ahli Kelab Warisan Numismatik
 Malaysia telah besepakat melantik YB Dato Mohd Sharkar Shamsudin 
Selaku PENAUNG Kelab Warisan Numismatik Malaysia. 
Tahniah YB Dato Sharkar.

YB Dato Sharkar sedang melihat Pameran Koleksi uncut 60 keping 
RM1 Zeti item paling Rare Koleksi Dato Shah

YB Dato Sharkar diberi penerang oleh Dato Shah mengenali Koleksi 
Yang di Pamerkan


YB Dato Sharkar melihat dan bertanyakankepada
 En Rahim tentang coin digerai jualannya

Tampang Topi Pahang adalah Matawang Negeri Pahang yang 
yang menjadi perhatian YB Dato Sharkar

YB melihat gerai jualan Mr Silmon Loo

4 biji tampang topi pahang ni zaman dulu boleh beli 
seekor kerbau jaras itu penerangan Dato Shah kepada
 YB Dato Sharkar

Duit Tampang dikeluarka dizaman Tun Ali bentuk Tampang Topi 
lebih ringan dan mudah digunakan .


Peserta Seminar disediakan minum Pagi

Sidang Akhbar yang dibuat oleh Yb Dato Mohamad Sharkar bin
Haji Shamsuddin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancungan dan Kebudayaan
Negeri Pahang

Negeri Pahang akan menjadikan Numismatik sebagai Program Negeri
Sidang Akhbar

Suatu Program besar untuk Numismatik akan diadakan
di Negeri Pahang penghujung tahun ini .
Sidang Akhbar

Program 3 hari Numismatic Fair di Kuantan sebagai Pusat Trading
Numismatik Kebangsaan
Sidang Akhbar

Program ini perlu digalas oleh Dato Shah selaku Presiden Kelab Warisan
Numismatik Malaysia dan kerajaan Negeri Pahang akan menyediakan
kemudahan-kemudahan yang diperlukan..
sidang akhbar

Sidang Akhbar

Pemberita dari Utusan ,Berita Harian Sinar dan Akhbar Cina

Sidang akhbar

SESSI PETANG SEMINAR

Sessi Seminar Error Coin Malaysia Peringkat Kebangsaan dimulakan
Mr Dickson Niew sebagai Pakar membentangkan Kertas kerja I

Penerangan dengan gaya bahasa yang fasih serta penekanan sesuatu
kategori yang dibincangkan terus dihayati oleh peserta seminar

Suatu penerangan Ilmiah terhadap persediaan sebagai seorang
 ahli Numismatik . Mr .Dickson terus memandu  peserta 
untuk mengikuti kertas kerjanya .


Sessi penerang oleh Mr Dickson dalam Seminar Error Coin



Para perta semina khusuk mendengar penerangan dari Mr Dicson

Majlis penyampaian Sijil Seminar oleh Dato Shah

Gambar sebagai saksi peserta Seminar Error Coins Malaysia 
Peringkat Kebangsaan pada 15.06.2013
di Shahzan Inn Kuantan Pahang

Inilah pelapis muda yang akan meneruskan perjuangan Numismatik
Negara dimasa hadapan dibawah asuhan Mr Dickson Niew

Menyaksikan tandatangan Dato Shah untuk hak pembida Badrop Seminar untu Hafiz Malik


Mr Dickson menurunkan tandatangan di benner badrop Seminar yang 
menjadi barang saksi yang rare dibeda oleh Hafiz Malek


*********************
Kelab Warisan Numismati Malaysia
15062013

3 ulasan:

  1. Dato,
    Satu seminar yang cukup berjaya,Kelab Warisan Numismatik Malaysia Kuatan pasti akan semakin maju jaya atas bimbingan Dato.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mr. Dickson
      Dengan sokongan kawan-kawan yang mempunyai pelbagai kepakaran maka sudah tentu program yang dirancangkan dapat berjalan dengan baik dengan disambut meriah oleh ahli-ahli yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan maka kita lihat program ini memang luarbiasa sekali . seramai 40 anak didik group pertama akan lahir hasil dari tunjuk ajar daripada Mr Dickson . Kita harap dalam tempoh setahun dua ini Numismatik dalam kategori Error Coin akan dapat berkembang dan menjadi item popular bagi pengumpul Numismatik Malaysia . 40 orang anak didik Mr Dickson hasil dari Seminar Error Coin ini akan menjadi pelapis untuk
      menerajui kebangkitan Error Coin Malaysia dimasa hadapan .
      Terima kasih Mr Dicson
      Mungkin selepas ini kita kena fikir untuk menghasilkan buku rujukan kepada Numismatik Malaysia dibidang Error Coin pula . Program kita tidak berhenti setakat ini sahaja tetapi berterusan memartabat Warisan Numismatik Negara .

      Terima kasih Daun Keladi
      mengikat jerami betaut rotan
      Terima kasih bersama kami
      matlamat yang sama mencapai tujuan

      mengait betik di kebun pak manakan
      dari utara kebun berakhir di sebelah barat
      Martabat Numismatik harus diperjuangkan
      akan ku teruskan hingga ke akhir hayat

      Padam
  2. Assalamualaikum dato.saya ad note 10 dolar jepun MN MP.40 KEping. 5 dolar MK 4 keping 0199486584

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...