Sabtu, 22 Jun 2013

50SEN 1976 LUAR BIASA

50sen 1976
Tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia
Tempaan Palsu di Thailand
Berat 7.54gram
Saiz  25.5mm diameter
Tebal 3mm
Milled Edge
Kandungan logam Aloy
Kondisi masih elok
Kejarangan jumpa amat susah
Nilaian Numismati tidak berharga
Harga semasa  Rm300
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHAp50

50SEN 1976 LUARBIASA
V1 dan  V2

REVERSE

Reverse
2 keping Syiling 50se 1976
Syiling Luarbiasa
V1 dan V2

Reverse
Syiling 50sen 1976
Versi 1 Kiri  &  Versi 2 kanan

Reverse
Sebagai perbandingan
Atas syiling 50sen 1976 Palsu V1 & V2
Dan bawah Syiling BNM 1987


VERSI 1
50SEN 1976
Reverse
VERSI 1
Die angka 1976 agak halus
Berlaku juga Die Crack seperti tandaan anak panah


Reverse V1
Tempaan dari Die angka 1976 yang halus

VERSI 2
Reverse
VERSI 2
Tempaan Die angka 1976 gemuk
Terdapat Die Crack tandaan anak panah


Reverse V2
Tempaan Die angka 1976 gemuk

OBVERSE
Obverse
50sen 1976
V1  &  V2


Obverse
Sebagai Perbandingan
Atas 50sen 1976 Palsu V1 & V2
Bawah 50sen 1987 BNM

 EGDE
Milled Egde
50sen 1976
V1 & V2

EDGE
Sebagai Perbandingan Edge
2 keping atas 50sen 1976 Palsu V1 &V2
bawah 50sen 1987 BNM


Nota***
UNTUK KAJIAN DAN PERBANDINGAN
Oleh Galeri Sha Banknote 1964


50SEN 1976 LUARBIASA

Memang luar biasa ramai dikalangan kolektor Numismatik muda di Negara kita amat tercari-cari syiling 50sen 1976 yang merupakan syiling tahun yang tidak dikeluarkan syiling oleh BNM  ataupun sekurang-kurangnya dapat melihatpun jadilah .  Seperti yang semua maklum bahawa Syiling 50sen 1976 ini tidak pernah pun dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 1976 . Namun Syiling 50sen 1976 memang wujud dan ianya didapati ditempa palsu di Thailand . Syiling 50sen 1976 ini amat dicari oleh kumpulan mistik bagi kegunaan mistik berkaitan amalan syirik menarik duit  alam ghaib ,

Secara fazikal kalau kita lihat duit 50sen 1976 memang amat mudah dikesan palsu berbanding Syiling yang 50sen yang dikeluarkan oleh BNM . Dari segi bentuknya agak kecil  25.5mm  berbanding syiling asli 27.7mm diameter manakala syiling palsu ini agak ringan 7.54gram berbanding syiling asli  9.33gram . 
Sekali pandang Syiling 50sen 1976 serupa sahaja dengan syiling keluaran BNM tetapi sebenarnya ia  serupa tapi tak sama . Kemasan tempaannya amat teruk terutama di Obverse bangunan Parlimen kerana Die yang digunakan tidak berkualiti . Bergitu juga rekaan Reverse bagi angka tahun 1976 tidak standard  seperti rekabentuk angka tahun syiling BNM .  Planchet yang digunakan adalah logam aloy yang bermutu rendah dan ianya mudah terkopek berbanding syiling BNM mengunakan planchet logam copper nikel bekualiti tinggi .

Setelah menemui Syiling 50sen 1976 ini maka Galeri Sha Banknote dapat menjangkakan bahwa banyak lagi syiling yang tahunnya  tidak dikeluarkan oleh BNM tetapi Syiling tahun tersebut ada dipasaran yang sengaja dikeluarkan oleh sendikit dari Thailand . Kita juga hairan apakah tujuan Syiling  ini dikeluarkan kerana ianya dikeluarkan disebabkan bagi syiling palsu untuk edaran dipasaran agak sukar kerana bentuknya berbanding syiling BNM amat ketara dan boleh dikesani dengan melihat bentuknya saja oleh penguna . Dan kenapa sendikit ini memilih tahun yang tidak dikeluarkan oleh BNM yang secara  mudahnya  ianya adalah syiling palsu  kerana tahun 1976 BNM tak keluar duit tahun tu ..

Untuk membuat syiling palsu ianya memerlukan kos tinggi kerana sendiket ini perlu menempah Die khas dan harganya adalah agak tinggi ,  sedangkan syiling palsu tersebut ditempat tahun yang tidak dikeluarkan oleh BNM dan ini amat senang dikesan kepalsuanya oleh penguna . Difahamkan juga syiling ini tidak banyak dikeluarkan dan kuantitinya amat terhad . Hanya yang memang jelas tujuan kegunaan syiling ini hanyalah bagi kegunaan kumpulan mistik yang mencarinya bagi kegunaan khurafat menarik duit di alam ghaib. Dan tidak lebih dari  itu sahaja kegunaannya  yang dapat dikesan buat setakat ini . Memang tidak dapat dinafikan syiling 50sen 1976 ini amat limited dan bergitu sukar sekali ditemui pada ketika ini . Bagi kumpulan mistik nialian syiling 50sen 1976 boleh mencapai harga RM3000 malah ada yang lebih tinggi daripada itu .

Galeri Sha Banknote berkesempatan mendapatkan syiling 50sen 1976 ini dari seorang Bomoh di Taman Kerang Kuantan , Pahang selepas Seminar Error Coin Malaysia Peringkat Kebangsaan di Hotel Shahzan Inn Kuantan  yang kebetulan lokasi Taman Kerang ini berhampiran dengan Hotel Shahzaan Inn tersebut. Taman Kerang ini adalah tempat penjual ubat tradisional , barang antik dan duit lama dan ianya dibuka setiap hari dari 8.00pagp sampai pukul 12.00 tengahari dan hari Ahad adalah hari yang besar ramai peniaga duit lama berkumpul .

Minta maaflah kepada sahabat Encik Ahmad Nasyaruddin , TMC Truna Malaya dan Street Numis yang sebetulnya lebih awal melihat syiling 50sen 1976 ini tetapi Pak Chik Bomoh tersebut menawarkan harga RM2000 sekeping . Galeri Sha Banknote melihatnya keesokan harinya dan Pak Chik Bomoh tersebut bersedia menjualkannya dengan harga RM600   2 keping versi 1 dan versi 2 seperti yang ditunjukan didalam gambar diatas sebagai untuk kajian perbandingan Numismatik Negara .  Setelah dapat memiliki Syiling 50sen 1976 dalam versi 1 dan versi 2 ini sejujurnya Galeri Sha Banknote merasakan koleksi ini MEMANG LUARBIASA

********************
50SEN 1976 LUARBIASA
Syiling  Palsu
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHAp50


9 ulasan:

  1. Salam Dato,
    2 keping tiruan yang pelik tapi menarik! Mungkin sifu2 dapat mengulas tentang kaedah pembuatan tiruan ini untuk manfaat para pengumpul.

    Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Nucoin
      kami masih menunggu sambungan artikel tentang error coin dalam blog tuan .
      Terima kasih bos.

      Padam
  2. Salam Dato'..

    Selepas Dato' keluarkan artikel 50 sen 1976 ini, saya bergegas memeriksa koleksi 50 sen Parlimen yang berada di dalam tong simpanan saya...kot-kot terlepas pandang ada yang bertahun 1976...tetapi tiada..hahaha.

    Dato'..untuk kajian ilmiah, bagaimanakah kaedah untuk mengenalpasti ciri-ciri duit syiling palsu 50 sen yang banyak berada di edaran, terutamanya 50 sen Bunga Raya tahun 2005 dan lain-lain tahun yang dipalsukan. Harap dapat Dato' memberi panduan ciri-ciri syiling palsu tersebut serta kaedah mengenalpastinya.

    Terima Kasih.

    Syed Ahmad, Putrajaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Syed Ahmad
      Saya juga ada menyimpan beberapa keping syiling palsu siri Bunga Raya mulai 1998 sehingga 2006 sebagai perbandingan dan menilai dari segi kaedah tempaan dan bahan yang digunakan oleh pembuat syiling palsu ini . Perlu dingat bahawa syiling-syiling palsu ini memang dibuat atau ditempa bagi meraih keuntungan dengan menipu bagi kegunaan urusan harian jualabeli . Tidak untuk syiling palsu untuk tahun yang tiada pengeluaran BNM seperti 50sen 1976 diatas . ianya hanya suka-suka dan untuk tujuan mistik sahaja .
      Untuk mengesan duit palsu ini pertama pendekatan dengan cara menimbang duit tersebut , kebiasanya yang palsu beratnya lebih daripada Syiling BNM kerana biasanya planchet yang digunakan untuk syiling palsu tidak konsisten beratnya dan bahan logam planchetnya tidak sama dengan syiling BNM . Kebiasaan palchet palsu geng ini buat sama saiz dengan syiling BNM tetapi telah terlajak berat jika dibandingkan dengan normal syiling BNM.
      .
      Kedua logam yang digunakan kebiasaannya adalah berkualiti rendah melibatkan logam besi atau aloy menyebabkan kemasan syiling tersebut tidak kemas dan planchet mudah merekah dan terkopek dibahagian sisinya . kualiti asal plenchet tidak berkualiti kerana geng palsu ni nak jimatkan kos .

      Ketiga cuba guna magnet untuk menangkap syiling palsu ini . Kebanyakan syiling palsu ini bahan logam untuk planchet adalah mengunakan material murah campuran besi yang mana mudah syiling palsu ini melekat pada magnet .

      Keempat kebiasaanya syiling akan melalui proses celupan bahan asid bagi mendapatkan permukaan yang berkilat dan sempurna tetapi syiling palsu akan dicelup dengan bahan pengilat dan kebiasaanya saduran ini mudah terkopek apabila ianya lama digunakan . Di bahagian sisi mudah serpih dan saya pernah jumpa ia peroi macam biskut .

      Tahukah kita berapa kos untuk membuat syiling palsu . kos yang tinggi adalah untuk membuat set Die harga dalam RM3000 dan kos untuk planchet adalah dalam 5sen sahaja dan upah tempaan bergantung kuantiti keluaran mintage . Difahamkan nilai keseluruhan produk syiling palsu ini adalah dalam 35sen sahaja . tak bebaloi kecik sangat keuntungannya itupun kalau dapat keluarkan banyak ,kalau hanya sedikit keluaran dan yang dapat diedarkan rugi lagi . Belum lagi resiko kena tanggap dibawah kanun keseksaan BNM .

      Terima kasih Tuan Syed nanti kalau di izinkan saya akan postkan syiling-syiling palsu ini dalam blog saya dengan sedikit makluman perbandingan untuk ilmiah numismatik semua .

      Padam
    2. Terima Kasih Dato' atas penerangan yang panjang lebar ini..yang akan dijadikan panduan bagi mengenalpasti mana yang tulen dan mana yang palsu. Lepas ni saya akan dapatkan magnet..hehe

      Tak lupa juga tahniah kepada Dato' dan Kelab Warisan Numismatik yang telah berjaya menganjurkan seminar di Kuantan baru-baru ini. Cumanya adakah cadangan Dato' dimasa hadapan untuk menganjurkan sebarang seminar Numismatik ini di luar Kuantan@Pahang pula...contohnya di Kuala Lumpur atau Shah Alam, kerana saya percaya ramai peminat Numismatik disekitar Lembah Kelang yang berminat untuk turut menyertainya.

      Syed Ahmad, Putrajaya.

      Padam
  3. salaam saya mencari 50 sen 1976 segera saya hanafi 0126699298

    BalasPadam
  4. Dato. Sy ada duit 50sen bunga raya 1998. Warna tembga duit keemasan. Bukan fake cuma mungkin salutan perak mengelupas dan keluar warna tembga. Berat 10g n xlekat magnet. 0179090548

    BalasPadam
  5. Assalamualaikm,mencari duit syiling 50 sen 1976

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...