NUMISMATIK - bahasa Yunani bermaksud mengunakan kesesuaian hukum
Apakah itu NUMISMATIK
-------------------------
Istialah pemakaian NUMISMATIK adalah sesuatu kegiatan aktiviti hobi atau study dalam kegiatan mencari , mengumpul , menjual dan membeli sebagai barangan Koleksi yang berkaitan dengan Matawang yang pernah dikeluarkan dan digunakan oleh masyarakat pada masa itu dari dahulu sehinggalah sekarang .
Koleksi NUMISMATIK adalah terdiri daripada bahan-bahan lama seperti matawang pra sejarah berupa siput gerus , manik dan bahan logam dari tembaga atau timah tampang , silver dan emas , wang kertas , syiling , token , coupon dan perkara-perkara yang berkaitan dengan matawang yang pernah beredar dan pernah diguna dalam masyarakat setempat pada ketika itu . Koleksi-koleksi ini perlu dikumpul dan disimpan serta direkodkan bagi setiap penemuan agar ianya menjadi warisan
sejarah menandakan kewujudan bagi sesuatu tamaddun berasakan sistem ekonomi yang diamalkan bagi pada ketika itu . Koleksi-koleksi NUMISMATIK ini amat bernilai tinggi dari aspek sejarah dan amalan ekonomi yang perlu diangkat sebagi Warisan Negara .
NUMISMATIK juga mempunyai beberapa cabang disiplin ilmu yang boleh dikaji sebagai suatu study dipelbagai bidang secara Ilmiah melibatkan antara lainnya ialah sejarah matawang itu sendiri , pengaruh penjajahan dan kekuasaan yang mendominasi iklim perdagangan dan ekonomi dirantau tersebut serta secara ilmiah memahami kaedah cara pembuatan matawang , ciri-cirinya , variasi yang ditemukan , pemalsuannya dan kehadiran matawang yang kesilapan cetak semasa proses pembuatanya yang terus menerus mendapat perhatian dan perbahasan ilmiah diperingkat tempatan dan peringkat global antarabangsa . NUMISMATIK telah mendapat pengiktirafan sebagai suatu aktiviti ekslusif dan telah diiktiraf oleh dunia antarabangsa .
Galeri Sha Banknote 1964
Kod Ilmiah 01
22052013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan