KELAB WARISAN NUMISMATIK [ Malaysia ]
No. 3A ,Kedai 20 Unit , Nadikota,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur
09 - 4664270
019-9185858
RAKAMAN UCAPAN TAHNIAH KEATAS MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN.
YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz
Menteri
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
YB Datuk Joseph Salang Anak Gandum
Timbalan Menteri
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan
Diatas lantikan tersebut Pihak kami Kelab Warisan Numismatik dan semua warga Numismatik mengucapkan Tahniah diatas lantikan bagi menerajui Di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan . Kami amat menyanjung tinggi diatas wibawa YB Datuk - Datuk untuk menerajui Kementerian ini agar dapat dilihat sebagai suatu produk Negara yang dapat menyumbangkan kearah mencapai wawasan 2020 .
Kami Kelab Warisan Numismatik adalah suatu Badan NGO yang bernaung dibawah kementerian Pelanconga Dan Kebudayaan akan sentiasa menyokong dan mendukung setiap dasar dan aktiviti yang akan dijalankan oleh kementerian nanti. Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan kunjung hormat untuk menemui YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz Selaku Menteri Di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menyampaikan hasrat Ahli dan Rakan Kelab , Kelab Warisan Numismatik bagi menrapatkan hubungan dan mendapat pandangan YB Menteri dan seterusnya mendapatkan restu untuk melantik YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz sebagai PENAUNG Kelab Warisan Numismatik kami .
Dengan jalinan keakraban Bandan NGO dan Kementerian diharap pihak kami sedikit sebanyak akan dapat menyumbangkan kepada pihak Kemententerian untuk meletakkan NUMISMATIK ini sebagai suatu Warisan Negara yang perlu diwarisi dan diketengahkan di Persada Negara .
Hasrat dan cita-cita semua Ahli Numismatik amatlah tinggi dan berharap Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dibawah kepimpinan YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz akan dapat menaungi kami semua Ahli Numismatik agar dapat aktif dan dapat menyumbangkan kepada pembagunan Numismatik Negara Malaysia.
Hormat dan Salam
Dari Kelab Warisan Numismatik &
Warga Numismatik Malaysia .
Dari
Dato' Haji Sharuddin Bin Haji Yusof
Presiden
Kelab Warisan Numismatik [ Malaysia ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan