Rabu, 19 September 2012

KOLEKSI TIKET LOTERI.

                          Galeri Sha  Banknote pada kali ini akan memaparkan beberapa Koleksi Tiket Loteri bermula dari tahun 1955 sehinggalah tahun 1991 dan satu keping Tiket Loteri  yang agak rare iaitu Tiket Sunan Loteri syoilar Shoker Japan tahun 1942.
                         Paparan  Koleksi ini  hanyalah bertujuan bagi  mengumpulkan koleksi yang mengandungi catatan sejarah yang berkaitan dengan perjalanan aktiviti ekonomi masyarakat pada ketika itu.  Aktiviti berjudi dan cabutan Loteri ini adalah Hukumnya HARAM bagi masyarakat Muslim dan ianya tergolong daripada 7 Dosa Besar yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Namun aktiviti Loteri ini telah dijalankan semenjak sebelum merdeka lagi untuk masyarakat bukan Islam.
                         Loteri ini dikenali sebagai Loteri Kebajikan Masyarakat yang dijalankan oleh kerajaan sendiri pada ketika itu yang dikendalikan oleh Social and Walfare  Services Lotteries Board.  Diakhir tahun 90an barulah Loteri ditamatkan oleh kerajaan setelah  mendapat pandangan dan nasihat dari Masjis Fatwa kebangsaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan dan mewartakan  bahawa aktiviti cabutan Loteri ini adalah Haram dan Loteri ini hanya dikhaskan untuk orang bukan Islam sahaja dan aktiviti ini hanya dijalankan oleh badan NGO dan premis yang berlesen sahaja.
                         
SUNAN LOTERI SYOILAR SHOKER one dollar 1942.

Sunan Loteri ini dikeluarkan Pemerintah Tentera  Japan di Tanah Melayu pada tahun 1942 yang berpusat Di Singapore. Sunan Loteri ini adalah First issued yang dikeluarkan oleh Kerajaan Tentera Japan dengan nilaian tiket $1  dan cabutan penentuan telah  dibuat  pada 10hb .Ogos 1942 di Syonan Gekijo . Hadiah  pertama $100,000,  kedua $50,000, ketiga $10,000 dan keempat $1000.  Pada 11hb.Ogos 1942 keratan  akhbar Inggeris di Singapore telah menyiarkan keputusan cabutan Sunan Loteri ini ialah pemenang pertama bernombor   607940  dan pemenang kedua  bernombor  448303.

                             SUNAN LOTERI 1942


Gambar Sunan Loteri Pertama Pemerintahan Tentera Japan 1942.
Status first Issued Sunan Soken $1
No. 155854
Public draw 10hb Ogos 1942
Rarity very rare  [ RR ]



LOTERI KEBAJIKAN MASYARAKAT



Gambar Loteri 1955.
No 1322765
Drawn di Klang 2.30ptg 26 feb 1955
Hadiah 1st  $350,000, 2nd $125,000 3rd $50,000
Rarity Rare [ R ]




Gambar Loteri 1957.
No 1334051
Drawn at Kluang Johore on Fri 29.March 1957
Hadiah sama diatas
Rarity Rare [ R ]



Gambar Loteri 1958
No 3053323
Drawn at Johore  Bharu on Fri 7 Nov 1958
Hadiah sama diatas
Rarity Rare [ R ]



Gambar Loteri 1959.
No 1954844
Drawn at Lumut on Sat 26.Sept 1959
Hadiah sama diatas
rarity Rare [ R ]



Gambar Loteri  1961
No 3617198
Hadiah 1st $375,000 2nd $125,000 3rd $60,000
Drawn at Kuala Lipis on Sat 30 Sept 1961
Rarity Rare [ R ]



Gambar Loteri 1962
No 3690833
Hadiah sama diatas
Drawn at Pangkor Island on Sat 31.Mar 1962
Rarity Rare [ R ]



Gambar  Dwi Loteri 18/89
$2
No 6937980
Hadiah 1st $6,000.000
Drawn at Johore Bharu at 29 Dis 1989
Rarity Rare [ R ]

LOTERI BERLESEN & NGO.




Gambar Loteri 1986
No 1442553
Hadiah  1st $500,000  2nd $2000,000  3rd $150,000
Drawn at Pulau Pinang 25.12.1986




Gambar Big Sweep   1991
Kelab Lumba Kuda
No 4743375
Hadiah  1st $2,000,000  2nd $1,000,000 3rd $200,000
Drawn at Selangor on 9.3.1991




3 ulasan:

  1. Sy ade tiket 60an,70an...ade hrge ke dato'?

    BalasPadam
  2. ANGKA JITU DAN AKURAT HASIL RITUAL YANG BISA ANDA MENANGKAN HARI INI HUB NO =082=348=154=218 AKI KALI JAGA DENGAN KEMANPUAN SUPRANATURAL YANG DIMILIKINYA BISA MENEMBUS ALAM GHOIB DAN AKAN MEMBERIKAN KEMENANGAN ANDA HARI INI KARNA BELIAU AKAN SELALU MEMBANTU ANDA DENGAN ANGKA RITUALNYA YANG DI JAMIN 100% TEMBUS DAN MEMANTAU ANDA SELAMA PEMASANGAN ANGKA (SGP/HKG/MALAYSIA/ )SAMPAI AKHIR PUTARAN ANGKA TOGEL SELESAI DI PUTAR,
    Anda cukup mendaftar dengan biaya 100 ribu
    Contoh format nama dan kirim pulsa 500=000 RP ribu ke nomor =082=348=154=218 sebagai biaya ritual untuk di belikan peralatan sesajen seperti :
    KEMBANG,KEMENYANG,PISANG DAN TELUR AYAM KAMPUNG. Setelah biaya di kirim maka AKI KALI JAGA akan membantu anda dengan ritual ghoib. Biaya yang anda keluarkan tidak sebanding dengan angka hasil ritual yang di berikan kepada anda semua.tapi ingat setelah tembus sisihkan sedikit buat yang memerlukan biar berkah. DAPATKAN SEKARANG JUGA ANGKA TEMBUS AKI KALI JAGA Call / Sms =082=348=154=218
    .GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia 4D/6D/8D/
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos 4D/6D/8D
    angka GHOIB; thailan
    angka GHOIB; macau
    angka ghoib; sidney
    Angka Giab = Damacai
    Angka Gaib =Magnum

    BalasPadam
  3. Abang saya ada Dwi loteri 5 Disember 1989

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...