Sabtu, 29 September 2012

SILING 1sen 1976 COPPER betul ke ada hanya 100 keping???

SILING 1sen 1976 COPPER , Betul ke ada hanya 100 keping sahaja.


             Semua  kolektor  bertanya betul ke?  Siling 1sen 1976 Copper hanya ada 100 keping sahaja. Dan kenapa hanya ada 100 kpg sahaja dan pengesahan ini bersumberkan daripada mana?.. . Dan semuanya  ini telah menjadi  tandatanya yang perlu dirungkaikan oleh ahli numismatik yang betul-betul ikhlas bagi pemahaman  dan info yang tidak dimanipulasikan oleh golongan tertentu.
             Bank Negara malaysia  telahpun mengeluartkan siling 1sen copper bermula daripada tahun 1967 Jumlah keluaran 45,000,000 kpg  , dan tahun  1968 jumlah keluaran 10,500,000 kpg dan tahun 1970  jumlah keluaran 2,535,000 kpg  dan semua duit ini ditempa dikilang Royal Mint, Germany yang kandongan komposisi Siling ini adalah daripada Copper .  Kemudian pada tahun  1971 Kilang Wang Shah Alam Memulakan operasi dengan menempa Siling 1sen  1971 Copper sendiri dengan jumlah keluaran 47,861,539 kpg.
            Pada tahun 1973 Bank Negara Malaysia telah mengambil pendekatan untuk menukar  kandungan siling ini daripada copper kepada copper clad steel bagi tujuan kos penjimatan. Bank Negara Malaysia telah membuat cubaan dengan mengeluarkan 2 variety siling tahun  1973  iaitu siling 1sen copper dan siling 1sen copper clad steel. Siling 1sen copper clad steel ini dikeluarkan lebih awal  sebagai percubaan  kerana bertujuan untuk menguji ketahan, kekemasan dan kualiti . Difahamkan bahawa kilang Wang Shah Alam pada tahun 1973 telah menempa sebanyak  21,410,000 kpg  Planchet Copper kosong untuk tempaan duit siling 1sen 1973, Namun difahamkan hanya 21,405,000 kpg telah ditempa dan 5,000 kpg baki Planchet kosong tidak ditempa. Jumlah Siling Error dan tidak menepati piawai tahun1973  berjumlah 4,615 kpg telah dilupuskan. Jadi kuantiti sebenar keluaran tahun 1973 ialah   21,400,385 kpg dan Planchet Copper kosong jumlah 5,000 kpg. Bagi 1sen 1973 Copper clad Steel Planchet percubaan ditempa berjumlah 540,000 kpg sahaja.
           Pada tahun 1976 Kilang Wang Shah Alam telah mendapat arahan agar semua duit siling 1sen 1976 hendaklah mengunakan Planchet kandungan baru iaitu Copper Clad Steel Planchet . Kuantiti keluaran 1sen tahun 1976 Copper Clad  Steel Planchet  adalah berjumlah  27,406,103 kpg . Namun Pihak Kilang Wang Shah Alam tanpa mendapat arahan dalam masa yang sama telah menggunakan  Copper Planchet kosong baki lebihan tahun 1973 yang tidak dilupuskan dan digunapakai semula untuk tempaan duit siling 1sen 1976 COPPER berjumlah 5,000kpg . Inilah duit 1sen 1976 Copper yang hangat dibincangkan oleh semua kolektor.
          Dari maklumat dan angka yang diberikan ini bolehlah dihujahkan bahawa siling 1sen 1976 Copper sebenarnya bukanlah hanya sekadar 100 kpg sahaja seperti yang didakwakan dan malahan duit siling 1sen ini sepatutnya  masih banyak melebihi 100 kpg dan  kita masih boleh mencari sendiri dari tabung simpanan  dirumah  atau dari rakan yang ada menyimpan duit siling 1sen lama  dengan tanpa kita  membeli dengan harga RM4500 kerana jumlah kuantiti sebenarnya duit 1sen COPPER ini adalah dikeluarkan  dalam jumlah 5,000 kpg.
     
           Kenapa duit ini bergitu tinggi nilai harganya ?. dan harganya naik mengejut hanya dalam  tahun  ini sahaja dan masa  dahulu ianya tidak diberi perhatian dan harganya murah sahaja. Fenomena 1sen Copper ini telah menjadi kelam kabut dan saya berani katakan bahawa ada dikalangan ahli Numismatik yang Senior cuba memanipulasikan siling  1sen Copper ini agar harganya melonjak melebihi  paras harga sebenarnya dengan menghantar bedaan lelongan di Singapore. Harga siling 1sen Copper ini dibeda  ' dengan harga lambongan ' paling tinggi hingga mencecah harga RM4500 dan harga ini terpaksa diterima dan diikut serta  digunapakai sebagai perbandingan harga ditempat lain .  Kumpulan ini sebenarnya telah bersiap sedia awal dengan  mempunyai koleksi  kuantiti stock yang banyak untuk dijual kepada kolektor dengan mengaut keuntungan yang berlipat kaliganda.

           Ramai juga kolektor yang keliru tentang kandungan duit siling ini samada duit 1sen  1976 Copper ini kandungannya Copper atau Bronze seperti yang tercatat dalam buku panduan. Bank Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa duit siling 1sen siri Malaysia hanya mengunakan 2 variety kandungan sahaja iaitu Copper dan Copper clad steel dan tiada variety kandungan Bronze.  Duit Siling 1sen 1976 Copper ini ditempa mengunakan Copper Planchet lebihan tahun 1973 dan kandungannya adalah Copper.

           Galeri Sha Banknote dikesempatan ini juga ingin  memohon maaf jika kedapatan tulisan ini terdapat kesilapan dan  menyentuh mana-mana pihak tetapi percayalah hasrat sebenar Galeri Sha Banknote adalah ingin menjadikan Numismatik ini  berjalan dengan ikhlas , tidak ada penindasan dan mengambil kesempatan kepada kolektor yang dijadikan mangsa oleh kumpulan tertentu. Salam perjuangan untuk kolektor semua.
         
 ***Sumber rekod Kilang Wang Shah Alam ***.      

36 ulasan:

  1. Salam dan terima kasih banyak2 Dato',
    Menarik sekali rencana yg penuh berinformasi ini.Walaupun depankanta belum berpeluang memiliki syiling bertuah ini,bila baca artikel ini rasa terpanggil untuk turut berkongsi.

    Depankanta berpendapat asal angka "100 keping" adalah merujuk kepada"dipercayai wujud ditangan pengumpul"bukan mintage atau jumlah tempaan.Angka ini terbawa2 oleh beberapa penulis katalog dan akhirnya ditulis dalam jadual katalog sebagai "mintage sebanyak 100 keping",dan angka ini diwar-warkan pula para pengumpul secara lisan atau tulisan.

    Sekiranya betul angka 100 adalah sebagai"dipercayai wujud ditangan pengumpul"tentu ianya boleh bertambah bila2 masa.Depankanta berpendapat dgn tersiarnya artikel Dato' ini,Ungkapan yang betul adalah"JUMLAH TEMPAAN SYILING 1 SEN COPPER 1976 ADALAH 5,000 KEPING DAN HANYA 100 KEPING DIPERCAYAI TELAH DIJUMPAI/DIMILIKI OLEH PENGUMPUL"(jumlah ini tentu telah berubah).

    Semoga artikel Dato'ini akan dijadikan rujukan dikalangan pakar2 numismatik Malaysia untuk kebaikan dan kemajuan Numismatik...

    Terima kasih banyak2 Dato'.....

    BalasPadam
  2. Terima kasih depankanta.
    Saya bersetuju dengan pembetulan dan cadang daripada Tuan itu. Saya berharap semoga hubungan dan transaksi yang berlaku antara kolektor dan Saller dapat berlaku dengan seadil-adilnya dengan tanpa mengambil kesempatan menganayai sesiapa barulah Numismatik Negara kita dapat berkembang dengan sihat dan harmoni.

    BalasPadam
  3. Salam Dato'
    Terima kasih atas artikel ini. Nampaknya kalau ada rezeki masih ada peluang lagilah untuk saya mencari syiling tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih usdcoins.
      Kami kat sini dah mula pakat-pakat cari sendiri pada sahabat yang ada simpan siling 1sen. Dan sudah ada seorang yang dah jumpa sendiri tapi dengarnya dia dah jual. Cubalah tuan . terima kasih

      Padam
    2. salam semua...saya ade skeping. 1 sen 1976..cooper clad steel..berminat email saya yea...laniazs@hotmail.com

      Padam
  4. salam ,saya ada 4 keping1 1 sen 1970 (copper)dan 4 keping 1 sen (copper clad steel),1 sen 79 (cooper cald steel)berminat e-mail rehancute_may@yahoo.com.

    BalasPadam
  5. salam ,saya ada 4 keping1 1 sen 1970 (copper)dan 4 keping 1 sen 1976 (copper clad steel),1 keping 1 sen 79 (cooper cald steel)berminat e-mail rehancute_may@yahoo.com.

    BalasPadam
  6. Salam rehancute
    terima kasih kerana sudi melawati blog saya. bagi 1sen 1970 dan 1sen 1979 masih banyak ditemui . Hanya yang rare adalah 1sen 1976 copper [ tidak melekat pada mengnet ] itu sahaja yang rare dan mahal harga . bagi kolektor senior duit ini sahaja yang dicari dan bagus disimpan .
    terima kasih

    BalasPadam
  7. Terima kasih di atas artikel y dato' tulis. Terasa sedikit ilmu berkaitan dengan 1 sen 1976 nih bertambah di dada. Sebagai kolektor yang baru (newbie) dalam dunia numismatik nih, artikel2 dan juga pendapat daripada pengumpul senior sgt penting sebagai sumber rujukan bagi newbie alam numis nih. Terima kasih dan berasa kagum dengan setiap koleksiyang dato' ada.

    BalasPadam
  8. Salam sekaisetengahinci
    Terima kasih kerana sudi melawati blog saya . Sayapun masih baru juga lagi dan masih banyak yang perlu dipelajari dan berinteraksi dengan sahabat-sahabat Numismatik semua . Berilah komen dan pendapat dalam blog saya untuk kemajuan berterusan warisan Numismatik Negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada cerita mngatakan bhawa duit syiling 50sen ada kisah sjarah brdarah di mana pada taun trsebut brlaku kes kmalangan maut mlibatkn pkerja di kilang wang shah alam ketika mngndalikan mesin untuk kluaran syiling 50 sen ini.adakah crita ini benar..

      Padam
    2. Teraima kasih
      Maaf setakat ini saya tak pernah dengar lagi cerita tersebut. Sayapun tak dapat pasti kesahihan cerita ini.

      Padam
  9. Maaf dato.... Saya masih baru dlm pengumpulan syiling lama nie... saya ada syiling satu sen yg x melekat magnet tapi tahun 1967? Ada harga ke untuk syiling nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. duit 1sen mula ditempa mengunakan logam tembaga iaitu tak melekat mengnet mula pada tahun 1967 hingga 1973 kemudian tahun selepasnya logam yang digunakan ialah besi bersalut tembaga iaitu lekat magnet . jadi duit tahun 1967 adalah logam tembaga tak lekat magnet adalah duit biasa . harga dalam Rm1 sahaja.

      Padam
  10. Saya ade 1 sen thn 1976 tp melekat megnet...ade harga x...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. saya ada duit syiling 1sen 1976 4 keping
    .... call saya... 0179994810...ema...

    BalasPadam
  12. Salam Dato, saya ada 1 blank planchet 1 sen yg lekat magnet.. berminat tak?

    BalasPadam
  13. Salam Dato Sha, boleh beri email Dato? Terima Kasih

    BalasPadam
  14. Sy ada syiling 1 sen 1976(lekat magnet) ,syiling 5 sen 1995,1 sen britih borneo n malaya 1962 dan sapuloh ringgit sekeping dan seringgit sekeping. Call 0128874564 klu minat.

    BalasPadam
  15. Salam,
    saya ingin bertanya,
    tentang duit syiling lama
    1sen 1971 yang tak lekat magnet. dan 1sen 1979.1987. Yang ni lekat magnet. ada harga tak?.
    dan coin lama. Malaya and birtish borneo queen elizabeth the second 1961.
    Dan juga coin lama.
    Australia penny 1943.
    Ada harga tak. Kalau ada harga.
    Call saya.no016 3725359. tq.


    BalasPadam
  16. saye ade syiling thu 1976 yg melekat pade magnet 2keping..wassap 0129503105

    BalasPadam
  17. ULASAN YANG MENARIK. TAHNIAH DATO, DAN SY JUGA BERSEPENDAPAT DENGAN TULISAN DEPANKANTA.

    -Gsk Coinnotes

    BalasPadam
  18. Assalam Dato'. Sy nak bertanya. Saya ada sekeping syiling 1 sen parlimen tahun 1988. Adakah ianya dari jenis copper clad steel? Jika benar, adakah ianya berharga sekarang?

    BalasPadam
  19. maaf Dato saya ada 1 sent 1970/HP01114191408

    BalasPadam
  20. maaf Dato saya ada 1 sent 1970/HP01114191408

    BalasPadam
  21. Mungkin rezeki aya.. Jumpa 1sen tahun 1976.. Kalau rare Alhamdulillah.. @ unikkarya@gmail.com

    BalasPadam
  22. Saya ada sebiji syilling 1 sen 1976. Jika berminat wasap untuk gambar

    BalasPadam
  23. Assallamualaikum dato.. D mana nak jual 1sen 1970 cooper ? Brapa harga sebiji syiling ? 1sen 1970 cooper saya ada 14keping ..

    BalasPadam
  24. Sy Ada syiling 1 sen 1976 lekat magnet

    BalasPadam
  25. Salam! semua sahabat.. sy ada 3keping 1sen 1967 cooper 2kpg.
    1sen 1971 cooper 1kpg.
    Ada yang brminat pm 01111029234.

    BalasPadam
  26. Maaf mencelah sikit...harga/nilai patut di byr (berbaloi) 1 sen 1976 yg melekat pd magnet angaran berape RM minima pembeli /pencari masakini..pasti ada pembelinya atau hanya gempar sj...maaf kerana teruja jg dgn nilai di iklan2..
    .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...