KOBAN MANEN GOLD TOKUGAWA JAPAN
Mulai 1601 Melalui Pembaharaun Kewangan Japan , Koban telah menjadi Unit Pusat Matawang Emas Japan. Koban Gold adalah Siling emas yang dikeluarkan dan digunakan pada pertengahan Tokugawa. Koban Gold adalah Siling Emas berbentuk bujur didalam Zaman Edo Feudal Japan. Nilaian Koban Gold ini sama dengan pengunaan satu Siling Emas Ryo pra Meiji. Pengunaan Siling Koban Emas ini mulai digunakan pada tahun 1601 sehinggalah tahun 1867 dihentikan penggunaanya dengan diganti dengan siling baru berdasarkan matawang Eropah. Di era evolusi Koban Gold ini terdapat sepuluh [10] siri Koban Gold yang dikeluarkan semasa tempuh Tokugawa.
1. Koban KEICO 1601-1695 berat 17.9gram
2. Koban GENROKU 1695-1710 berat 17.9gram
3. Koban HOEI 1710-1714 berat 9.4gram
4. Koban SHOTOKU 1714 berat 17.9gram
5. Koban KYOHO 1714-1736 berat 17.9gram
6. Koban GEBUN 1736-1818 berat 13.1gram
7. Koban BUNSEI 1819-1828
8. Koban TERAPO 1835-1858
9. Koban ANSEI 1859
10. Koban MANEN 1860-1867 berat 3.3gram
KOBAN MANEN GOLD KOTUGAWA JAPAN 1860-1867.
Galeri Sha Banknote telah berjaya memiliki koleksi yang yang bergitu istimewa Koban MANEN Gold Kotugawa Japan 1860-1867. Koban Manen Gold yang dimiliki oleh Galeri Sha Banknote ini telah diperolehi daripada Aktivis Pencari Harta Lama yang menemui Koban Manen ini tertanam didalam tanah dalam Pasu poselin Jepun Lama [ bersama-sama berberapa artifak lain yang masih berada dalam simpannya] di satu kawasan tinggalan penempatan lama markas Tentera Japan di Negeri Johor. Dan disahkan bahawa Koban Manen Gold ini dikeluarkan dan digunakan oleh Kerajaan Japan dalam tempuh pemerintahan Tokugawa 1860-1867 dan Pihak Tentera Japan semasa penaklukan keatas tanah Melayu pada tahun 1941-1945 telah membawa masuk sekali Matawang Koban Manen Gold dan ditemui semula tertanam di Negeri Johor.
Setelah membuat beberapa semakan dan penelitian dengan beberapa pakar kajian Peninggalan Sejarah Tentera Japan di Tanah Melayu dan Pakar Matawang Lama Japan bahawa Koleksi Milik Galeri Sha Banknote ini adalah KOBAN MANEN GOLD TOKUGAWA JAPAN 1860-1867 adalah milik Pemerintah Tentera Japan yang berpengkalan Di Johor dipercayai ditanam didalam tanah oleh tentera Japan dan ditemui semula baru-baru ini.
Spesifikasi KOBAN MANEN GOLD.
Tahun Keluaran = 1860-1867
Bentuk Bujur saiz = 31.7mm x 21mm
Ketebalan = 1mm
Berat = 3.3gram
Kandongan = Gold
Rarity = Extremly Rare RRR
Estimate Value = RM12,000.00
KOBAN MANEN GOLD
OBVERSE
KOBAN MANEN GOLD TOKUGAWA JAPAN 1860-1867
Beberapa gambar mukahadapan
REVERSE
KOBAN MANEN GOLD TOKUGAWA JAPAN 1860-1867
Gambar mukabelakang
GAMBAR KOBAN MANEN GOLD
Koleksi Galeri Sha Banknote
Koleksi Galeri Sha Banknote
****************************
KOBAN MANEN GOLD
Tokugawa Japan 1860-1867
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/KMG
Koleksi berusia 213 Tahun
Dato,
BalasPadamComposisi emas untuk Koban ini bukan 100%. Komposisinya 57.4% emas dan 42.6% perak. Duit Koban Manen ini sangat popular di era 1850's terutamanya oleh pedagang-pedagang asing. Ini kerana di era itu, tukaran emas dan perak adalah 10 ounce perak untuk 1 ounce emas. Sedangkan tukaran emas/perak di luar Jepun adalah 15 ounce perak untuk 1 ounce emas. Oleh itu apabila pedagang2 Amerika singgah di Jepun sekitar 1850an, mereka berlumba2 untuk membeli duit koban ini dengan kuantiti yang banyak untuk memberi pulangan keuntungan 50%. Dilaporkan sekitar tahun 1860an, sekurang2nya 4 juta Koban telah dibawa keluar dari Jepun. Ini mengakibatkan standard emas Jepun jatuh dan pihak bank telah menamatkan edisi Koban dan mengantikannya dengan edisi yang kurang komposisi emas untuk melaraskan dengan piawaian emas/perak antarabangsa.
Saya percaya Koban yang dijumpai di Malaysia itu adalah untuk tujuan yang sama iaitu untuk ditukarkan kepada wang dan saya kurang pasti apakah nisbah atau nilai tukaran emas kepada wang di zaman penaklukan Jepun. Saya juga mempunyai beberapa wang Jepun di zaman Meiji tetapi bukan Koban ini. Tahniah Dato.
salam Mr.Abu Dervish.
PadamTerima kasih diatas info tuan sebagai tambahan maklumat yang saya ada.
terima kasih. saya juga sedang mencari duit meiji kalau tuan ada lebih bolehlah kita bertukar sebagai tambahan koleksi saya.
Maaf Dato, belum ada lebih lagi. Insyallah kalau ada rezeki, saya kasi tahu. :))
BalasPadamAssalamualaikum Dato',
BalasPadamSaya ada juga mempunyai gold "Manen" ini cuma beza nya ianya berbentuk petak panjang dan bukannya bujur seperti dalam gambar ini. Bagaimana saya mendapatkannya tak perlu saya ceritakan disini.
Dato', adakah memang ada variasi petak dan bujur?
Terima kasih Dato'.