WANG KERTAS RM1
Kenapa Prefix CR ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan tidak Tan Sri Zeti Aziz ?
Kenapa Prefix CR ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan tidak Tan Sri Zeti Aziz ?
Galeri Sha Banknote telah tertarik untuk memulakan penyelidikan kepada wang kertas RM1 ini dengan melihat kedudukan prefix CA sehingga ke prefix CZ dimana diatara prefix itu berlakunya suatu yang polemik keatas wang yang dicetak pada prefix CR . Pada permulaan bagi menghimpunkan kesemua 24 prefix dari mula CA sehingga CZ ini terdapat juga beberapa prefix telah hilang ataupun tidak diedarkan oleh BNM yang menjadi tandatanya kepada kita . Dari apa yang didapati untuk Prefix CA sehingga CZ beberapa Prefix tidak dapat ditemui Prefix tersebut ialah CQ ,[ CR ] ,CS,CT,CU,CV,CW . kemana perginya Prefix-prefix ini ? , adakah ianya tidak dikeluarkan atau prefix ini telah ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia juga . Dan dari awal duit RM1 prefix CA ianya ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz tetapi amat mengejutkan bila tiba prefix CR ianya ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ??, kemudian banyak prefix hilang sehinggalah ke prefix CX ianya kembali ditandatangani semula oleh Tan Sri Zeti Aziz . Duit prefix CR ini dikeluarkan pada 08hb November 2000 sedangkan Tan Sri Ali Abul Hassan sudah bersara . Macamana dari awal lagi tandatangan Tan Sri Zeti tetapi sampai masa CR ianya ditandatangani pula oleh Tan Sri Ali Abul Hassan yang telah bersara ???.
Mari kita lihat maklumat ini .
Prefix-prefix yang ditemui dalam koleksi Galeri Sha Banknote
CA Tandatanga Tan Sri Zeti Aziz
CB Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CC Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CD Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CE Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CF Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CG Tandatangan TanSri Zeti Aziz
CH Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CJ Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CK Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CL Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CM Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CN Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CP Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CQ Tiada dikeluarkan / tarik balik }
CR Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
CS Tiada dikeluarkan / tarik balik }
CT Tiada dikeluarkan / tarik balik } prefix yang tidak ditemui .
CU Tiada dikeluarkan /tarik balik } kemungkinan semua
CV Tiada dikeluarkan / tarik balik } prefix ini Tandatangan oleh
CW Tiada dikeluarkan / tarik balik } Tan Sri Ali Abul Hassan
CX Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CY Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
CZ Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
i. Tan Sri Ali Abul Hassan Gabenur BNM ke-6 [ Sep 1998 - April 2000 ]
ii . Tan sri Zeti Akhtar Aziz Gabenur BNM ke-7 [ Mei 2000 - sekarang ]
iii. Prefix CA sehingga CZ dicetak pada 08. November .2000
iv. Prefix CR dicetak pada 08 November 2000 tetapi ditandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan dan beliau telah bersara pada April 2000 .
Kenapa Wang Kertas RM1 Prefix CR ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan dan tidak ditandatangi oleh Tan Sri Zeti Aziz sedangka dari mula prefix CA sehinggalah CZ kesemuanya telah ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz . Dan kemana pergi beberapa prefix lain yang hilang tersebut ??.
Beberapa kemungkinan telah berlaku kepada RM1 prefix CR ini yang penuh mesteri yang tidak ada fakta lengkap yang dapat merungkaikanya .
Pandangan I
1 . Francois Charles Aberthur Kilang pencetak Duit CR ini telah TERSILAP CETAK dengan mengunakan plate tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan yang sepatutnya plate tandatangan Tan Sri Zeti Aziz . .
2 . Kalau KESILAPAN CETAK Tandatangan ini benar-benar berlaku maka berkemungkinan besar bukan hanya prefix CR sahaja yang berlaku TERSALAH CETAK tetapi melibatkan beberapa prefix lain lagi seperti prefix CQ,CS,CT,CU,CV,CW kerana prefix-prefix ini juga hilang daripada edaran . Prefix ini kesemuanya tidak dapat ditemui sekarang ini dan berkemungkinan besar prefix ini ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia bersama-sama prefix CR . Namun hanya sebahagian prefix CR ini sahaja yang telepas dalam edaran awam .
3. Prefix CR yang terlepas edaran tersebut telah berlaku di Cawangan BNM , Pulau Pinang . Prefix CR yang ditemui sekarang ini dimulai denga Prefix CR 720xxxx , CR 721xxxx , CR 722xxxx , CR 723xxxx dan CR 724xxx sahaja .
4. Kesemua wang kertas yang tersilap cetak tandatangan ini telah ditarikbalik oleh BNM dan digantikan semula dengan Prefix Replacement ZB
Pandangan II
1 . Pendapat mengatakan sebenarnya duit CR ini sebenarnya telah dicetak awal lagi pada Januari 2000 semasa Tan Sri Ali Abul Hassan menjadi Gabenur BNM dengan prefix dari awal AA sehingga YZ kesemuanya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan dan BUKANNYA TERSILAP CETAK TANDATANGAN . Namun Wang RM 1 Tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini tidak sempat di edarkan kerana Tan Sri Ali Abul Hassan telah bersara mulai pada bulan April 2000 dengan digantikan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada bulan Mei 2000 .
2. Semasa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjadi Gabenur , Bank Negara Malaysia telah mengarahkan wang kertas ini DIBATALKAN dan tidak Perlu diedarkan dan ianya ditarik balik kesemuanya bermula dari Prefix Awal AA sehingga YZ. Tetapi entah bagaimana wang kertas prefix CR tandatanga Ali Abul Hassan ini telah terlepas juga diedarkan yang berlaku di cawangan BNM Pulau Pinang .
3. Bank Negara Malaysia telah mengarahkan Printer Francois Charles Oberthur untuk mencetak semula wang kertas RM1 ini bermula semula dari mula prefix AA sehinggalah ke yang ada sekarang ini yang ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz .
Pendapat ini ada beberapa kelemahan pada pandangan Galeri Sha Banknote
1 . Pertukaran Gabenur baru tidak menjadi amalan Bank Negara Malaysia membatal dan menarik balik pengedaran Wang kertas yang terdahulu . Amalan ini sudah tentu melibatkan kos dan pembaziran untuk mencetak semula wang kertas tersebut.
2. Kalau perlu dibatalkan kenapa hanya RM1 sahaja ditarik balik sedangkan dalam masa yang sama dominasi duit RM5 ,RM10,RM50 dan RM100 tandatangan Ali Abul Hassan yang di cetak awal tidak dibatalkan dan masih terus digunakan serta sah diperlakukan dan kenapa hanya wang RM1 prefix CR tandatangan oleh Ali Abul Hassasn perlu ditarik balik .
Rumusan
1. Galeri Sha Banknote berpendapat bahawa duit RM1 yang bermula dengan Prefix CQ, CR, CS, CT, CU, CV, CW adalah merupakan Wang Kertas yang tersilap cetak oleh Kilang Pencetak Francois Charles Oberthur kerana kesilapan cetak tandatangan Gabenur yang sepatutnya wang RM1 itu ditandatangani oleh Tan Sri Zeti Aziz tetapi telah Tersilap mengunakan plate tandatangan oleh Tan Sri Ali Abul Hassan .
2. Bank Negara Malaysia telah menarik balik kesemua wang kesilapan cetakan tersebut namun sebahagian dari prefix CR telah terlepas diedarkan kepada edaran awam . Wang tersebut telah menjadi rebutan kepada kolektor Numismatik Negara untuk dijadikan koleksi Wang Kertas Malaysia yang penuh mesteri buat setakat ini.
3. RM1 prefix CR adalah Wang Kertas Error kategori Kesilapan Tandatangan Gabenur .
Mari kita lihat koleksi gambar-gambar ini RM1 prefix CA sehingga CZ
RM1 Prefix CA -CC
GAMBAR PREFIX CA-CZ
CA 3413082
CB 6533212
CC 0247241
GAMBAR PREFIX CD-CF
CD 8647693
CE 1936392
CF 6352095
Tandatang Tan Sri Zeti Aziz
GAMBAR PREFIX CG-CK
CG 0253723
CH 1157150
CJ 7756282
CK 5453888
Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
GAMBAR PREFIX CL-CP
CL 8117982
CM 2403920
CN 7416820
CP 7487123
Tandatangan Tan Sri Zeti Aziz
PREFIX HILANG
Prefix yang hilang tidak dikeluarkan oleh BNM
Prefix CQ 0000001-9999999
Prefix CR 0000001-7199999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
Kemungkinan telah ditarikbalik oleh BNM
GAMBAR CR
Reverse Prefix CR 7239070
CR 720000-7209999
CR 7210000-7219999
CR 7220000-7229999
CR 7220000-7229999
CR 7230000-7239999
CR 7240000-7249999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
[ Hanya lebih kurang 50,000 keping sahaja yang
teredar kepada umum dan sempat ditarik balik
oleh BNM . Difahamkan hanya tidak sampai 500 keping
sahaja yang berada ditangan kolektor sekarang ini]
[ Hanya lebih kurang 50,000 keping sahaja yang
teredar kepada umum dan sempat ditarik balik
oleh BNM . Difahamkan hanya tidak sampai 500 keping
sahaja yang berada ditangan kolektor sekarang ini]
PREFIX HILANG
Prefix yang hilang tidak dikeluarkan oleh BNM
Prefix CR 7250000-9999999
Prefix CS 0000001-9999999
Prefix CT 0000001-9999999
Prefix CU 0000001-9999999
Prefix CV 0000001-9999999
Prefix CW 0000001-9999999
Tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
Kemungkinan telah ditarikbalik oleh BNM
CX 6864495
CY 4893666
CZ 4556517
Jika tuan-tuan ada komen atau pandangan lain yang
dapat merungkai perkara ini , sila berikan pandangan
diruangan komen dibawah ini sebagai diskusi Ilmiah Numismatik .
Jika tuan-tuan ada komen atau pandangan lain yang
dapat merungkai perkara ini , sila berikan pandangan
diruangan komen dibawah ini sebagai diskusi Ilmiah Numismatik .
*************************************
RM1 CR Error
Tan Sri Ali Abul Hassan
Galeri Sha Banknote 1964
Fuhhh...memang kajian yang menarik berkenaan RM1 CR ni.
BalasPadamDato'...saya dapat membayangkan semasa 50000 keping itu terlepas di edaran dan berlegar-legar diurusniagakan dari tangan ke tangan tanpa ada yg menyedari ia akan bernilai tinggi pada akan datang, berlegar sehinggalah sampai semula ke bank, ke bank negara semula dan akhirnya ditarik balik utk dimusnahkan juga dan akhirnya lebih kurang 500 keping saja yg tinggal ditangan kolektor pada hari ini.
Pada pandangan Dato' apakah masih ada kebarangkalian utk bertemu RM1 CR ini di pasaran macam biasa....adakah 1 dalam Sejuta atau lebih kecil lagi kebarangkaliannya.
Syed Ahmad, Putrajaya
Salam Tuan Syed
PadamDaripada koleksi yang saya ada , sememangnya CR ini kebanyakannya dijumpai oleh dealer pertamanya dulu adalah wang yang berada diedaran awam . Ini kerana kebanyakan CR ini adalah dalam condition yang lusuh yang telah berpindah dari tangan ke tangan . Bagi condition UNC agak kurang tetapi kalau ada saya rasa dealer tu dapat melalui kaki dalaman Bank di Penang pada ketika itu . Kolektor Biasa pada ketika itu tak tahu keadaan CR ini tetapi Dealer Besar dah dapat tahu dari orang dalaman BNM dari awal lagi.
Ini bermakna CR ini memang berada dalam edaran awan dan kemungkinan kita boleh jumpa jawapannya ya memang kemungkinan besar kita boleh jumpa lagi .
Terima kasih
Ulasan-ulasan beginilah yang membezakan blog Dato dengan blog2 numismatik lain.Syabas saya ucapkan,saya berharap dapat bertemu dgn RM1 prefix CR ini.
BalasPadamSalam Nerwan
PadamTerima kasih atas sokongan tuan .
Teruskan bersama hobi Numismatik ini .
Terima kasih
Good indepth explaination. great job. Thanks Dato'.
BalasPadamTerima kasih tuan kerana sudi sudi melawat ke blog saya
PadamSekurang2nya ada juga info peribadi dr seorng numis lama yg boleh dgunakn sebagai asas yg lebih mirip kepada true logic bilA bercakap pasal kenapa CR itu adalah dtandatangani oleh Gabenor BNM AAH.....Printing/Issuance ERROR...more acceptable logic drp srmua yg membincangkn secara main rambang....apapun hanya BNM yg Amat pasti apakah jawapannya....dan saya rasa Dato mmg telah serba sedikit merujuk persoalan tsbt kepada org dalaman BNM utk mdpt True Logic itu. GOOD JOB Dato. TQ
BalasPadamTerima kasih Tuan kerana sudi memberikan padangan untuk kebaikan kita bersama .
Padamsaya telah berusaha untu mendapatkan kesemua prefix untuk rm1 ini bermula AA higgalah last AGP . kesemuanya telah diperolehi dan bermulalah sedikit kajian kepada setiap prefix yang ada dalam koleksi saya untuk rm1 ini termasuklah prefix CA hingga CZ dimana terdapat prefix CR yang menjadi istimewa ini . Saya juga telah menulis surat kepada jabatan pengurusan matawang Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan CR ini . namun setakat ini Jabatan Pengurusan Matawang BNM pun tidak dapat memaklumkan perkara yang tepat kerana tiada rekod dan kebanyakan kakitangan dahulu telah tiada .
Apa yang ditulis diatas adalah pandangan saya berdasarkan rekod koleksi lengkap saya untuk koleksi RM1 ini .
Terima kasih
Salam dato,
BalasPadamklu rm1 zeti aziz prefix CR de nilai x?
RM1 Zeti Akthar Aziz Polimer Prefix CR tiada apa-apa keistemewaannya . ini wang biasa sahaja .
Padamsaya ada wang kertas prefix XP bagi RM1 (Zeti). berapa nilai sekarang di luar pasaran ? Terima kasih
BalasPadamWang ini biasa sahaja
PadamSaya pernah dapat wang kertas RM 50 CR8xxxxxx di mesin atm.saya newbies dalam numismatik..dan beranggapan wang itu tiada nilai kerana pernah baca banyak pengumpul hanya mencari CR 72xxxxx..
BalasPadamRM50 prefix CRxxxxxx ini wang biasa sahaja
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalam dato,duit rm1polimer prefix DV memang ada kesilapan cetakan ataupun tidak berkenaan cetakan yang berbentuk huruf i dibahagian tepi wau besar dimana di bahagian bulat boleh nampak logo kijang dan di bahagian petak terdapat no1 secara melintang apa bila diperhatikan secara terperinci tanpa menggunakan kanta pembesar..minta penjelasan dato..
BalasPadamDato,saya ada note Rm1 serial number XP0000001-XP0000100.boleh saya tanya kan pendapat dato anggaran sebenar untuk nilai wang ini?terima kasih dato
BalasPadamSalam dato.. RM1 polymer CU prefix (Zeti) ada nilai ke? Atau hanya duit biasa sahaja?
BalasPadamTandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan
BalasPadamRM1, prefix CR 8xxxxxx, berapa harganya?
Saya ada wang RM1 CR6xxxxxx tandatangan zeti aziz..yg ni macam mana pulak dato?
BalasPadamAssalamualaikum Dato, saya ada menyimpan wang kertas rm1 tandatangan zeti aziz yg No Prefix nya ialah : AAA9990170 ... Brapa nilai nya dato? Atau hanya Face value.. No contact 010-5049487 zam
BalasPadamSaya ada rm1 tandatangan tan sri dato jaffar
BalasPadamPrefix cr agak2 ada value x
Salam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.
BalasPadamSalam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.
BalasPadamSalam dato,nak tanye ape perbezaan siri dr CR - CZ kertas dn polimer ....mohon dato bg pencerahan.
BalasPadamSalam dato,saya ada rm1(zeti) dengan prefix CU,adakah ia merupakan duit biasa sahaja? Polimer bukan kertas
BalasPadamsaya ade cr742..rm 10..tndatngn zeti..
BalasPadamsaya ade cr742..rm 10..tndatngn zeti..
BalasPadamDato mohon pencerahan..saya ada Rm1 zetty aziz... prefit vv..
BalasPadamSalam dato' saya mempunyai rm10 prifex ZA0097970 pertanyaan adakah Wang tersebut diantara Wang yang dicari
BalasPadamAssalamualaikum Dato..saya mempunyai not seringgit reverse prefix CH 8618730.adakah ia juga item pencarian bg collector atau siri prefix CR Ali Abu Hassan sahaja yg di idamkan
BalasPadambagaimana dato dgn no siri ADA note rm1
BalasPadamKlau sy ada RM2 lama CR sain gabenor tan sri Dato,Ahmad Mohd,Don dan RM10 CZ tanda tangan Zeti aziz berapa value utk wang tersebut.......
BalasPadamSy ada wang note rm1 CR tanda tangan zeti Aziz prefix 766xxxx adakah ini tergolong wang yg di cari...
BalasPadamSaya ada RM2 dengan prefix CR tanda tangan bukan Dato Zeti. Berapa nilai untuk wang tersebut. TQ
BalasPadamSiapa yang nak jual rm1 prefix CR sign Abul Hassan(aisyah) boleh pm saya 0165521419,urusan jual beli secara cod atau tunai sahaja
BalasPadamterjumpa blog ni untuk saya dapatkan maklumat ttentang duit rm1 CQ yg saya terima samada palsu atau tak yg ukurannya kecil sikit dari saiz biasa..rupanya cuma masalah cetakan..semua pelangan yg sya tanya pun muskil pasal duit ni,,, tq tuan tanah atas informasinya
BalasPadamSaya ADA PREFIX CV
BalasPadamSaya ada CR tanda tangan Zeti aziz
BalasPadam