Rabu, 20 Jun 2012

KOLABORASI NUMISMATIK DAN FILATELI SUATU INOVASI BARU.

Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin berkongsi pengalaman untuk melihat hobi Numismatik ini menjadi  lebih mencabar dan lebih berInovasi   agar ianya selangkah kehadapan lagi daripada apa yang ada sekarang ini.

              Konsep Kolaborasi Numismatik Filateli ini adalah mengabungkan dua hobi iaitu Numismatik dan hobi Filateli dimana koleksi duit-duit lama dipatenkan menjadi  koleksi  Setem Peringatan yang dilakukan kepada setiap koleksi Duit Lama yang ada  dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.

              Cubaan kegilaan yang akan dilakukan oleh Galeri Sha Banknote pada kali ini ialah ingin  melakukan suatu Inovasi Kolaborasi Numismatik dan Filateli agar dapat dilihat menjadi suatu tambah nilai [value added ] kepada semua item Duit Lama yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.  Koleksi Duit Lama ini dapat diarkebkan dan dipetenkan kedalam Setem Peringatan Khas untuk secara khusus dalam setiap keluaran koleksi  wang yang dapat dikumpulkan. Usaha Kolaborasi ini dilihat menyebabkab sesuatu Koleksi itu lebih tinggi nilainya kerana ada tambah nilai [ value added ] dalam bentuk Setem Peringatan Khas sebagi tambahan dokumentasi sokongan yang menjadi saksi dan mengiringi kewujudan sesuatu Koleksi Duit Lama tersebut,   di ibaratkan  kedua-duanya diantara Duit dan Stem itu adalah  Saudara Kembar.  Dan akhirnya semua koleksi ini IsyaAllah akan dikanunkan dalam bentuk Buku Koleksi Warisan Numismatik yang berinovasi baru Galeri Sha Banknote.

                Usaha pertama yang perlu dibuat iaitu berjumpa dan berbincang dengan Pihak Pos Malaysia dibawah Unit Setem dan Filateli telahpun membuahkan hasil dan Pihak Pos Malaysia bersedia untuk mencetak Setem Peringatan Khas untuk kesemua item Duit Lama yang ada dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.

                 Hasil daripada Kolaborasi Numismatik Filateli ini  sahabat-sahabat semua boleh lihat contoh Koleksi Galeri Sha Banknote yang dipamerkan ini



Setem Pringatan Duit Pohon  Pitih yang dicetak oleh Pos Malaysia
Duit Pohon Pitih Terengganu [Timah]Tahun 1800

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/KKM/0001- Duit Kerajaan Kesultanan Melayu Terengganu Pohon Pitih
Timah tahun 1800.  RRR
 -


Setem Peringatan Duit Satu Mas Khalifatul Mukmin Negeri Johor  yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Solid Gold Satu Mas Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 2

Sijil Pengesahan Oleh Mr. Saran Singh

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/KKM/0002- Duit  Kerajaan Kesultanan Melayu Negeri Johor        -One Mas [solid gold]
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 2 1571-1597. RRR




Setem Peringatan Duit VEIC Balemark Penang  yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Duit copper VEIC Balemark Penang 1786

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/VEIC/0001-One Cent uniface copper Balemark Syarikat Hindia Timur
British Pulau Pinang 1786. RRR



Setem Peringatan Duit Ten Dollars Malaya 1940 yang dicetak oleh Pos Malaysia.

                                          Duit Ten Dollar Malaya 1940

Koleksi Geleri Sha Banknote GSB/MALAYA/0001- Ten Dollars Malaya A/2 095307 tahun 1940.  RRR


Setem Peingatan Duit Satu Keping James Brooke 1841 yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Duit Satu keping James Brooke Serawak 1941

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/SRWK/0001 - Satu Keping James Brooke 1941.RRR.



Setem Peringata Duit SA-RIBU Pertama Malaysia 1968 yang dicetak oleh Pos Malaysia

Duit SA-RIBU Pertama Malaysia 1968.

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/MSIA/0001 - Sa-Ribu Malaysia Siri 1 A/1026733 1968. RRR


                        Buat masa ini hampir  100 koleksi ekslusif Galeri Sha Banknote telahpun dilakukan Kolaborasi Numismatik Filateli dan kesemua 580 item Koleksi yang ada dalam Galeri Sha Banknote akan dilakukan Kolaborasi mengikut peringkat demi peringkat.




4 ulasan:

  1. Salam Dato'

    Tahniah satu percaturan yang ada kebaikan untuk KELAB WARISAN NUMISMATIK,

    boleh dapatkan saya satu set setem keluaran ini.
    TQ

    @Sme68PG.

    BalasPadam
  2. Dato',
    Satu idea dan innovasi yang menarik!Teruskan usaha yang bagus ini, tetapi harus pastikan bahan-bahan yang dicadangkan harus yang ori.
    Selamat bernumismatik!

    BalasPadam
  3. assalam dato'
    tahniah atas usaha itu.bolehlah dijadikan bahan pameran kelab kita.he he he

    BalasPadam
  4. Tahniah Dato'

    Satu usaha yang menarik, kos membuatnya rasanya menarik juga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...