Padang Awam Kuantan MPK1 2012
Padang Awam Kuantan 1913
Tarikh mula : 13/2/2012
Tarikh siap : 4/6/2012
Kos projek : Rm 1,715,546.00
Sukan SUKMA Malaysia kali ini akan diadakan di Negeri Pahang pada awal Julai 2012 ini. Sebagai persiapan tempat untuk acara bolasepak, Projek ini telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada Parent Company Galeri Sha Banknote untuk menjalankan kerja menaik taraf padang awam . Tapak padang tersebut terletak berhadapan dengan Mahkamah dan bersebelahan dengan Masjid Besar Sultan Ahmad Shah Kuantan.
Pada 30/3/2012 Galeri Sha Banknote telah menerima panggilan daripada Site agent di tapak bina mengatakan telah menjumpai duit syiling lama semasa kerja pengorekan untuk SubSoil drainage. Buruh Indonesia tersebut telah menjumpai 4 keping duit siling lama. Galeri Sha Banknote telah bergegas ke tapak bina dan mendapati 4 keping duit siling lama telah dijumpai tertanam di dalam tanah. 1 keping duit tembaga half cent Sarawak dan 2 keping Silver tulisan jawi (tidak dapat dikenali), 1 keping duit silver Belanda 1785 ( tidak dapat dikenali).
Galeri Sha Banknote juga ada menyimpan gambar-gambar lama bandar Kuantan dan telah menemui gambar asal pembinaan padang tersebut pada tahun 1913.
Di bawah ini dipaparkan gambar pembinaan awal padang awam tersebut 1913 dan gambar terkini padang awam 2012.
Gambar Pembinaan Awal Padang Awam Kuantan pada tahun 1913
Gambar Terkini Padang Awam Kuantan MPK1 2012
Dibawah ini dipaparkan Gambar duit siling lama yang ditemui dipadang awam MPK1 Kuantan.
Gambar Muka Depan 4 keping Duit Lama
Gambar Muka Belakang 4 keping Duit Lama
GAMBAR DUIT NO 1
Gambar hadapan
Gambar belakang
Gambar mild edge
Item : Tidak diketahui
Tahun : Tidak diketahui
Berat : 7.75gm
Tebal : 2.5mm
Komposisi : Silver
Diameter : 22mm diameter
Edge : Mild Edge
Status : RRR
GAMBAR DUIT NO 2
Gambar hadapan
Gambar belakang
Item : Tidak diketahui
Tahun : Tidak diketahui
Berat : 6.17gm
Tebal : 3.0mm
Komposisi : Silver
Diameter : 20mm diameter
Edge : Plain
Status : RRR
GAMBAR DUIT LAMA NO3
Gambar hadapan James Brooke
Gambar belakang Half Cent 1870
Item : Half Cent Sarawak J.Brooke
Tahun : 1870
Berat : 4.61gm
Tebal : 1mm
Komposisi : Copper
Diameter : 22,5mm diameter
Edge : Plain
Status : R
Gambar hadapan crowned Sheild of West Friesland
Gambar belakang " WEST FRI SIAE 1785"
Item : Duit Belanda
Tahun : 1785
Berat : 1.05gm
Tebal : 0.5mm
Komposisi : Silver
Diameter : 18mm diameter
Edge : Plain
Status : RR
salam dato'.kalau dah main duit ni.ade je jumpe yerk...tahniah kerana dpt projek tu..minat sy tgk gambo lama padang mpk tu.
BalasPadamlupa nak tanye.medal tu ape cite?boleh ke pindoh kat saye pulok?
BalasPadamTerima kasih Faizal. Kita jumpa kat Taman Kerang Kuantan nanti.
BalasPadamSalam Dato' Duit No.1 & 2 adalah duit India, No. 4 duit Stiver Indonesia-Belanda.
BalasPadamTerima kasih Tuan master Ishar kerana membantu saya.
BalasPadamDato,
BalasPadamDuit no 1 & no 2 adalah duit di zaman era Sultan Mughal India, Aurangzeb Alamgir. Beliau adalah Sultan Mughal yang ke 6 adalah anak kepada the famous Shah Jehan dan Mumtaz Mahal. Inscription kat duit tu kurang jelas tetapi apa yang saya boleh lihat tahun pada syiling pertama jelas 1117 Hijrah ( 1705AD) adalah tahun di era Aurangzeb Alamgir ( 1658-1707AD). Di bawah ini apa yang tertulis di atas duit ini. Mana yang tak jelas saya letak ??? jea. Duit ini adalah common kerana pemerintahan Alamgair yang lama 49 tahun. Beliau adalah Sultan Mughal pertama yang menghapuskan kalimah Allah & Syahadah daripada duit Mughal. Harap penjelasan ini berguna dan mana yang silap tu sila betulkan.
Duit no 1 :
Depan : Shah Aurangzeb Alamgir Sikkah Zad Dar Jihan Cho Badr Munir ( Shah Aurangzeb Alamgir duit tempa di dunia bagai bulan yang bersinar, 1117 )
Belakang : Sanat 49??? Julus Maimanat Manus Zarb ???? ( Di tempa di tahun 49??? pemerintahan ditempa di ?????)
Duit no 2 :
Depan : Shah Aurangzeb Alamgir Sikkah Zad Dar Jihan Cho Badr Munir ( Shah Aurangzeb Alamgir duit tempa di dunia bagai bulan yang bersinar)
Belakang : Sanat ??? Julus Maimanat Manus Zarb ???? ( Di tempa di tahun ??? pemerintahan ditempa di ?????)
Salam Tuan Abu Dervish
BalasPadamTerima kasih diatas maklumat yang dikongsikan bersama diblog ini. maklumat yang Tuan berikan amat membantu saya . Terima kasih sahabatku.