Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan 50 sen. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan 50 sen. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Jumaat, 25 Oktober 2013

50SEN 1967 MILLED EDGE

50SEN 1967 MILLED EDGE
No Security Edge
Variety Milled Edge sisi pinggir bergerigi
Ditempa di Kilang Royal Mint United Kingdom
Kandungan Copper nickle
Berat 9.33 gram
Bentuk bulat garispusat 23.5mm
Mint Mark GC
Mintage  Milled edge unknown
Grader NGC Numismatic Guaranty Corporation
Condition AU58
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value RM1800.00
Owner Galeri SHA banknote 1964
Kod SHA50/ME67
Koleksi berusia 46 tahun .


Rujukan Istilah

ME adalah Milled Edge iaitu Sisi Pinggir Bergerigi variety ini amat rare
SE  adalah Security Edge iaitu Sisi Pinggir ada Lurah Keselamatan variety ini biasa sahaja
NS  adalah No Security merujuk kepada Milled Edge  [ NS adalah sama ME ]

Ini adalah gambar Edge yang membezakan antara
Milled Edge [ME] dan Security Edge [SE]


50SEN 1967 MILLED EDGE
Syiling Pertama Malysia
Berusia 46 tahun

REVERSE
Ini adalah Syiling 50sen 1967 Variety Milled Edge
yang telah digred oleh NGC dengan skala AU58
Syiling ini amat susah ditemui dan amat rare sekali
kerana ianya tidak mempunyai ciri-ciri Security Edge
dan ianya ditempa dengan variety Milled Edge.
Kesilapan tempaan variety Milled Edge ini tidak dapat
diketahui berapa jumlah tempaan sebenarnya tetapi
ianya amat susah ditemui dan syiling yang amat rare.
AWAS
Menyedari bahawa Syiling ini amat rare dan susah untuk
mendapatkan . Banyak dipasaran sekarang ini syiling yang
dipalsukan Edge dengan mengubahsuai syiling original
 security edge  menjadi Milled Edge dan ada yang separuh
security edge dan separuh milled edge.
Langkah selamat syiling ini  hendaklah ditimbang
 beratnya mesti menepati berat 9.33 gram.
Atau yang paling selamat dan terbaik ialah belilah syiling
50sen Milled Edge 1967 ini yang sudah digred
oleh International Grader seperti NGC dan sebagainya.
Apabila koleksi ini sudah digred sudah pasti ketulinan
dan kondisi syiling tersebut telah direkod dan disahkan original.
Kita tidak lagi risau tentang status koleksi ini samada
original ataupun tiruan dan polemik kondisinya .

REVERSE
REVERSE
Inilah permukaan sebelah belakang syiling  Malaysia 50sen 1967
Variety Milled Edge  yang amat rare
Milled Edge ialah sisi pinggirnya bergerigi


OBVERSE
OBVERSE
Inillah Syiling Malaysia 50sen 1967
Syiling ini adalah merupakan Variety Milled Edge
50sen 1967 No Security Edge  NGC AU58
Syiling Pertama Malaysia dikeluarkan pada tahun 1967
 Syiling ini amatlah rare dan menjadi idaman setiap kolektor
Kelebihannya adalah kerana Variety Milled Edge ME amat rare .
Kolektor semua perlu berhati-hati membeli 50sen 1967 ME ini
kerana Variety ME banyak sangat yang palsu dipasaran .


OBVERSE
Permukaan mukahadapan Syiling 50sen 1967
Variety Milled Edge atau no Security Edge
apa itu ME dan SE
ME ialah Milled Edge iaitu sisi pinggir bergerigi
SE ialah Security Edge iaitu sisi pinggir  ada lurah keselamatan
Istilah No Security adalah sama Milled Edge

NGC
OBVERSE
Inilah pengesahan daripada Numismatic Guaranty
Guaranty USA untuk Syiling
50 sen 1967 Malaysia
No Security Edge
Milled Edge
NGC AU 58
About Uncirculated skala 58

REVERSE
Grader NCG
50sen 1967 ME Malaysia
Estimate Value RM1800



Kenapa Syiling 50sen 1967 amat rare berskala Extremely Rare RRR 
Variety Milled Edge or No Security Edge

1.   Variety Milled Edge
2.    Kesilapan  tempa dikilang  sepatutnya Security Edge   
3.    Mintage nya tidak diketahui tetapi amat sedikit dijumpai
4.    Ditempa di Kilang Royal Mint United Kingdom London
5.    Syiling 50sen Milled Edge 1967 telah digred dan di Sahkan
       Tulin dan kondisinya  oleh Numismatic Guaranty Corporation USA
6.    Koleksi ini berusia 46 tahun
7.    Koleksi ini memduduki Rarity Extremely Rare RRR

**********************
50 SEN 1967 MILLED EDGE
No. Security Edge
Galeri SHA Banknote 1964
Kod SHA50/ME67
Koleksi 46 tahun

Khamis, 24 Mei 2012

DUIT SILING ERROR [ SIRI KE 2 ] Mendekati dan Mengenali Duit Siling Error.



      

  Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan  koleksi duit Siling Error siri ke 2  yang dikira agak Rare yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote untuk tatapan peminat semua. Galeri Sha Banknote  masih belum mengenalpasti ketegori  kesilapan tempaan duit error ini kerana tidak kesempatan masa .



DUIT ERROR 5 SEN 1941


Muka Depan

Muka Belakang




DUIT ERROR  50 SEN 1982


Muka Depan 


Muka Belakang


Galeri Sha Banknote akan memaparkan koleksi duit error di episod akan datang kerana terlalu banyak duit siling error dalam simpanan koleksi Galeri Sha Banknote. Tunggu episod ke 3 nanti.

Jumaat, 3 Januari 2014

50SEN 1969 EXTRA DOT


50 SEN 1969 EXTRA DOT
SIRI PARLIMEN
Oleh
Galeri Sha banknote 1964
Jengka Pahang
30 Saffar 1435 Hijrah
Gelosori
Syiling 50sen 1969  siri Parlimen ini adalah syiling yang menjadi hot item bagi kondisi UNC . Kesukaran menjumpai syiling ini dalam kondisi UNC meyebabkan harga untuk syiling 50sen 1969 UNC mencecah harga sehingga RM2,800.00 . Bagi syiling 50sen 1969 siri Parlimen  terdapat juga penemuan baru bagi Error & variety yang perlu diberi perhatian oleh kolektor semua .
Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964 akan menarik perhatian Kolektor semua kepada koleksi 50sen 1969 siri Parlimen  Extra Dot yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote untuk dikongsikan bersama dengan kolektor  dan peminat  semua  . 
Syiling 50sen 1969 Extra Dot ini tidak dapat diketahui jumlahnya tetapi yang pasti Syiling Extra Dot ini amat jarang dan  sedikit sahaja  ditemui dan menjadi buruan kepada peminat  dan kolektor syiling Error & Variety yang ada di negara kita terutama bagi syiling 50sen 1969 .
Estimate value bagi syiling extra dot ini adalah RM180.00 dan rarity adalah Very Rare RR dengan kondisi Very Fine VF.

Penutup
Memiliki syiling 50sen 1959 siri Parlimen Extra Dot ini adalah seumpama mengutip kuntuman bunga kasturi di Taman Syurga . Beruntunglah kepada sesiapa yang dapat menjumpai dan memilikinya .


SYILING 50SEN 1969 EXTRA DOT
SIRI PARLIMEN
REVERSE
Terdapat Extra Dot pada Syiling 50sen 1969 ini.
Extra Dot ini amat jarang ditemui


EXTRA DOT on REVERSE
REVERSE
Lihat tanda bulat terdapt Extra Dot pada permukaan
syiling 50sen 1969 ini .

OBVERSE
OBVERSE
Syiling 50sen 1969 siri Parlimen Extra Dot


**********************************
Syiling 50sen 1969 Extra Dot
Galeri Sha Banknote 1964


Rabu, 11 Julai 2012

DUIT TIMAH AYAM JANTAN KEDAH. SULTAN MUHAMMAD JIWA ZAINAL AZILIN MUADZAM SHAH II [ 1710 - 1773 ]








Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan Duit Timah Ayam Negeri Kedah smasa Pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ] yang ada dalam koleksi esklusif Galeri Sha Banknote.

Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah ini mula ditempa dan digunakan sebagai matawang di Negeri Kedah semasa era Pemerintahan Kebawah Duli As Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ]. Duit ini ditempa mengunakan Timah yang berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek diatas beberapa bulatan ring . Matawang Timah berbentuk Ayam Jantan ini mula diperkenalkan dan digunapakai sebagai matawang di Negeri Kedah dalam urusan transaksi perdagangan jualbeli muamalat dan urusan pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah pada abad itu diantara sekitar tahun 1710-1773 dizaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah II dan Matawang ini terus digunakan sehingga Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah III [ 1854 - 1879 ].

Nilaian Pertukaran Matawang Duit Timah Ayam Negeri Kedah mengikut Nilaian Semasa 1710 - 1854 berbanding dengan DOLLAR SEPANYOL.

 SATU AYAM JANTAN        =  5sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =  50 keping Token Singapore
                                             

SATU RING BULATAN        =  1 sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =   10 keping Token Singapore
                                             

Dibawah ini dipaparkan Gambar-gambar Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah yang ada dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.



                                Duit Ayam Jantan Negeri Kedah.

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ 6 ring ]

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ 4 ring ]

Gambar  Duit  Ayam Jantan Negeri Kedah [ seekor ]

Gambar Duit Ayam Jantan Negeri Kedah [ seekor ]

Gambar Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 2 ring ]

Gamabar Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 2 ring  ]

Gambar  Ring Duit Ayam Negeri Kedah [ 1 ring ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...