Sabtu, 18 Oktober 2014

MONOLOG PENGALAMAN MELAWATI KILANG WANG ROYAL MINT MALAYSIA

 BERADA DI ROYAL MINT MALAYSIA
PENGALAMAN MONOLOG
GALERI SHA BANKNOTE 1964



Peluang untuk  aku  melawat ke Kilang Wang Syiling Royal Mint Malaysia di Batu Tiga Shah Alam Selangor amat mengembirakan dan dinanti-nantikan . Meluncur laju dengan Pajero berlambangkan Kerajaan Malaysia bertulis UNIT NUMISMATIK  terus meluncur laju daripada Muzium Sasana Kijang BNM ke Royal Mint Shah Alam  . Cuaca pagi ini agak hujan rentik-rentik jalan sesak dan membosankan sebelum tiba mengambil masa 50 minit perjalanan .

Setiba diperkarangan Kilang Royal Mint batu tiga Shah Alam ianya agak kaku hanya Post Pengawal bersenjata dan seakan -akan penjara rupanya . Ia dikelilingi tembok batu bata, ia paling tidak 10 kaki tingginya dengan pagari kerawat berduri 2 lapis diatasnya . Semasa aku masuk sahaja kedalam secara outomatik pintu tertutup dan aku merasakan aku berada ditengah-tengah dua pagar besi semementara menunggu  Pegawai Keselamatan memeriksa surat-surat kebenaran aku . Dan menyerahkan Pas Pelawat yang tetera nama dan gambar .

Dipintu masuk  kawalan keselamatan amatlah ketat sekali, Pekerja berbaju biru muda dan berseluar biru tua. Mereka dilihat menaggalkan kasut dan memakai selipar masuk ke pekarangan kawasan bekerja. Disitu mereka akan memakai kasut khas  yang disediakan . Apabila mereka hendak keluar , mereka terlebih dahulu diperiksa  dengan alat pengesan .Rutin yang sentiasa dipantau demi keselamatan Negara

Kini aku sedah berada ditempat tempaan syiling dan melihat bagaimana syiling kosong [  blank coin ] kupral nikel  dimasukan kedalam mesin tempaan melalaui proses hentaman acuan Die bawah dan acuan Die Atas dan diapit dengan kolar Die disisinya .Dan duit syiling tersebut keluar melimpah kedalam bekas merah yang diletakan di bawahnya . Dan syiling diangkut ketempat pengasing bagi tujuan edaran.

Syiling kosong [ blank coin ] adalah di import daripada beberapa negara dari Korea , Jepun , USA dan German .. Kebanyakan duit syiling mengandungi 75% tembaga dan 25% nikel . Duit 1sen yang dulu dibuat daripada besi keluli bersadur tembaga 95% besi dan 5% tembaga . Dan syiling ini  melekat pada magnet .

Bahagian yang paling peting dikilang Royal Mint ini ialah Bahagian Pengeluaran.  Disinilah Acuan Die utama dan Acuan Die Kerja dibuat . Acuan Die Utama disimpan didalam Peti Besi dan Acuan Die Kerja digunakan dalam proses tempaan selanjutnya .Proses dimulakan dengan mengukir Plaster Paris . Kemudian dituang kan getah tiruan lepas itu dimasukan araldite dan acuan tersebut menjadi amat keras. Daripada sini pelukis logam megukir rekabentuknya dan sekaligus mengecilkan saiznya menjadi kecil 5 kali kecil mengikut saiz sebenarnya.  Jika proses  ini diluluskan maka proses tempaan akan dimulakan .

Dalam satu tahun Kilang Royal Mint mengunakan 800 tan metrik Syiling Kosong [ blank coin ] . Kini aku lebih dekat melihat bagaimana syiling 10sen  ditempa.. Tiap-tiap Syiling Kosong ini akan masuk berada diatas  Acuan Die bawah dan Acuan Die atas akan datang menghentak Syiling kosong tersebut yang berada diatas Die bawah .   Maka terbentuklah tempaan Syiling dibawah gambar Parlimen [ muka hadapan] dan diatas gambar 10sen . Acuan Die muka hadapan dengan gambar Parlimen tidak begerak dan Acuan Die gambar 10sen muka belakang begerak menhentak syiling kosong . Dan apitan Die tepi membentuk edge syiling tersebut .

Semua duit syiling sudah ditempa akan diperiksa dan seterusnya dibilang dengan mengunakan mesin pembilang . kemudian duit dimasukkan kedalam bag untuk diedarkan . Bagi syiling yang rosak (  error ) dan ditolak pada kadar 1/1000 . Pada kadar purata tiap-tiap bulan Kilang Wang Royal Mint akan mengeluarkan duit syiling  purata antara 8 hingga 10 juta sebulan .

Percayakah anda bergitu banyak duit syiling yang telah  kita dikeluarkan tetapi duit syiling ini hilang tak kembali ke Bank Negara Malaysia . Entah kemana duit syiling kita ini perginya kalau dikatakan diambil untuk dileburkan semula syiling yang kita ada adalah lebih rendah nilaimukanya jika dileburkan.. Tetapi yang pasti syiling kita hilang kerana ianya disimpan oleh rakyat kita sendiri., Sememangnya  luar biasa kerana rakyat kita suka menyimpan duit syiling dirumah .  Bayangkan kalau satu rumah ada menyimpan 10 keping setiap bulan maka  kalau ada 1,000,000 isirumah , sudah pasti 10 juta keping akan hilang daripada pasaran disimpan dirumah atau dalam kereta .

Akan bersambung .



Catatan ini tanpa gambar dan lakaran demi keselamatan
Adaptasi 25 Tahun Bank Negara
Supriya S



Khamis, 16 Oktober 2014

KOLEKS SYILINGI SELADANG DAN BURUNG ENGGANG

WOLD WILDLIFE CONSERVATION

ENGGANG DAN SELADANG
HIDUPAN LIAR DUNIA

PENDAHULUAN

Sempena Koleksi Syiling Konservasi tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia sebanyak 24 negara telah menyertai program ini .Setiap duit syiling memaparkan haiwan-haiwan terancam dari negara masing-masing . Malaysia telah milih 2 haiwan yang terancam dan dilindungi sepenuhnya iaitu Seladang dan Burung Enggang  diabadikan dalam syiling Konsevasi Haiwan Liar Sedunia.


SPESIFIKASI SET PROOF  15 & 25 RINGGIT

SELADANG Denominasi 15 Ringgit
Berat 28.30gram
Garis Pusat 38.60 mm
Kandungan Logam Perak 0.925 ASW 0.8411 OZ
Tempaan Royal Mint United Kingdom, London
Tarikh 10hb Januari  1976
Jumlah Tempaan 7500 set

BURUNG ENGGANG Denominasi 25 Ringgit
Berat 35.00gram
Garispusat  42.00 mm
Kandungan logam Perak 0.925 ASW 0.841 OZ
Tempaan Royal Mint United Kingdom, London
Tarikh 10hb. Januari 1976
Lumlah tempaan 7,500 set

Harga Set Proof 2 in 1  RM 1,200.00


SET PROOF 2 IN 1
15 RINGGIT SELADANG & 25 RINGGIT ENGGANG


2 SET PROOF 2 in 1
Seladang & Enggang



2 set Proof 2 in 1
Seladang & Enggang


Koleksi 15 Seladang dan 25 Enggang  ini dikira amat rare dan susah untuk mendapatkanya dipasaran terutama koleksi Proof .




Galeri Sha Banknote 1964
15102014
Jengka

Rabu, 24 September 2014

CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA


PROFESSIONAL CERTERFICATE IN NUMISMATIC STUDY [  ProCINS  ]
KENDALIAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP 
[  IPTA  MALAYSIA ]
kerjasama
KELAB WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA





Pihak Universiti Malaysia Pahang UMP adalah merupakan sebuah Universiti Awan Malaysia IPTA menawarkan  Pengajian diperingkat Sijil dalam Bidang Numismatik  - CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA Kepada semua rakyat Malaysia dan peminat Numismatik ,

Kursus        : CERTIFICATE IN PROFESIONAL NUMISMATIC MALAYSIA
Kendalian sepenuhnya oleh  : Universiti Malaysia Pahang UMP

Kelayakan  :  Lulusan SPM
Tempoh      :  4 Bulan /setiap hari Sabtu Hujung Minggu
Masa          :  30 jam Credit Hours
Tempat      :   Muzium BNM Sasana Kijang Kuala Lumpur
Yuran         : RM 1900.00 sahaja [ boleh bayar 2 kali  ]
Jumlah Pengambilan Pertama : 30 orang Pelajar sahaja
Pengambilan Pelajar mulai Januari 2015
Pensyarah :  1. Pensyarah UMP
                    2.  Mr Dicson Niew MNS
                    3. Alphanumis
                    4. Pegawai Muzium BNM
                    5. Haji Azmi KWNM

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Pengajian ini hendaklah menghantar nama
sebagai Pendaftaran kepada urusetia talipon no 013-9227750 Tuan Haji Azmi  atau 0199185858
Pendaftaran adalah Terhad 30 orang pelajar untuk pengambilan pertama .


Kerjasama
Universiti Malaysia Pahang UMP dan 
Kelab Warisan Numismatik Malaysia .
Muzium BNM                                                            

Khamis, 11 September 2014

SYILING PERINGATAN PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM


SYILING PERINGATAN
PENGISYTIHARAN BANDARAYA SHAH ALAM
DIKELUARKAN PADA 10.10.2000


Dulu dikenali sebagai Batu 3 Sungai Renggam merupakan  kawasan  Ladang kelapa sawit .  Kemudian pada 7hb.Disember 1978 atas Perkenan KDYMM Sultan Selangor telah  menukar nama kepada Shah Alam dan menjadikan Shah Alam Ibu Negeri Selangor dan pada 10.10.200 diisytiharkan sebagai Bandaraya  Shah Al;am .
Sempena Pengisytiharan Shah Alam  sebagai Bandaraya pada 10.10.2000 
Royal Mint Bank Negara Malaysia telahpun mengeluarkan  2 jenis syilng peringatan.

SYILING PERINGATAN 1 RINGGIT BUKAN PROOF
Berat 8.15gram
Garis Pusat 26.50mm
Tebal 2.3mm 
Kandungan dwi logam kupro-nikel dan emas nordic
Jumlah tempaan 10000pcs
Tempaan Royal Mint Malaysia
Tarikh dikeluarkan  8.11.2000
Harga keluaran RM5.00
Harga semasa RM600
Rarity Very Rare RR

SYILING PERINGATAN 10 RINGGIT BUKAN PROOF
Berat 21.70gm
Garis Pusat 35.70mm
Tebal 2.70mm
Kandungan Logam Perak
Jumlah Keluaran 1,000pcs
Tempaan Royal Mint malaysia
Tarikh Keluaran 8.11.200
Harga Keluaran RM120
Harga semasa RM 1800
rarerity Very Rare RR

BAGI KELUARAN KHAS  SET 1 & 10 RINGGIT DALAM 1 
Bukan Proof
Jumlah Keluaran tidak diketahui
Harga RM3500
Rarity Very rare RR



SET KELUARAN KHAS
1 & 10 rINGGIT BUKAN PROOF


Set 1 & 10 Ringgit bukan Proof
Dalam kotak baldu biru



Mukahadapan
 Syiling Peringatan
Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam



Mukabelakang
Syiling Peringatan
Pengisytiharan Bandaraya Shah Alam 


Mukadepan
Syiling 10 Ringgit Bukan Proof


Mukabelakang
Syiling 10 Ringgit bukan Proof


Mukandepan
Syiling 1 Ringgit bukan Proof


Mukabelakang 
Syiling1 Ringgit bukan Proof


Data Teknikal


Untuk makluman kepada kolektor semua bahawa duit ini amat mahal berbanding dengan harga keluarannya pada tahun 2000 dengan kadar kenaikan sampai 15 kali gandaan bersamaa 1500% kenaikan [  harga asal Rm120 kini  Rm 1800  ]  . Keadaan ini bekemungkinan koleksi ini amat susah dijumpai dimana-manapun kerana ianya telah disimpan oleh koleketor yang ada . Koleksi ini menjadi kegilaan kepada peminat syiling peringatan dan ianya adalah salah satu koleksi yang amat baik disimpan dan ianya sentiasa diburu oleh kolektor .




Galeri Sha Banknote 1964
10.09.2014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...