Ahad, 1 Disember 2013

SERATUS RINGGIT WANG KERTAS PRINTER COPY / SALINAN PENCETAK


SERATUS RINGGIT SIRI KEENAM
TANDATANGAN TAN SRI JAFFAR BIN HUSSEIN
SALINAN PENCETAK / COPY PRINTER
XX 00000000
Cetakan US Banknote
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
23 Muharram 1435

Pendahuluan
Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964  ingin membawa satu penemuan kepada Wang Kertas Seratus Ringgit Siri ke-6 yang ditandatangani oleh Gabenur Bank Negara Tan Sri Jaafar bin Hussein cetakan oleh US Banknote pada tahun 1992 . Wang Kertas Seratus Ringgit ini memang  mempunyai beberapa perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Wang Kertas biasa . Wang Kertas ini adalah Wang Kertas SALINAN PENCETAK/ COPY PRINTER. lihat prefix  XX  00000000 dan nombor sirinya ada lapan kosong

Apa itu Wang Kertas SALINAN PENCETAK/  COPY PRINTER
Wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah Wang Kertas yang disimpan oleh Pencetak Wang US Banknote sebagai Salinan wang kertas untuk siri Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein  . Wang ini disimpan Di Percetakan United State Banknote .Co  USA . Wang ini telah dapat dibawa keluar oleh pihak tertentu daripada simpanan Pencetak US Banknote dan ianya dijual di Lelongan Awam di Singapore .

Apakah perbezaan Wang Kertas Salinan Pencetak.
Dari apa yang kita lihat dari Wang Kertas ini cuba kita lihat kepada nombor Prefixnya iaitu Prefix XX .
Kalau mengikut rekod Wang Kertas Seratus Ringgit biasa Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein dimulai dengan cetak Prefix ZD sehingga ZG dan Replacement ZX cetakan Thomas De La Rue.
Variety no siri tidak menyala dibawah lampu ultra unggu.
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan dengan Prefix ZH sehingga ZT dan Replacement ZU cetakan oleh Thomas De La Rue dengan Variety no siri menyala dibawah lampu ultra unggu .
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZT sehingga ZY dan Replacement ZU cetakan US Banknote
Cetakan tahun 1992

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZY-ZZ sehingga AA-AF dan Last Prefix AG
Cetakan tahun 1995.

Tetapi untuk wang kertas SALINAN PENCETAK ini wang kertas Seratus Ringgit ini dicetak dengan Prefix XX dan tidak ada kaitan dengan susunan huruf abjad Prefix wang kertas yang telah dicetak untuk edaran. .

Bergitu jumlah nombor siri Wang kertas ini dicetak  XX 00000000 iaitu sebanyak lapan kosong . sepatutnya jumlah nombor siri wang kertas biasa adalah sebanyak 7 kosong sahaja .

Kedudukan Rarity Wang Kertas SALINAN PENCETAK
kedudukan Status wang Kertas Simpanan Pencetak ini ada teramat Jarang dan belum pernah dijumpai oleh Kolektor sebelum ini . Rarity untuk wang ini ada UNIQUE - only one piece known to exit .

Anggaran Harga Numismatik wang Kertas SALINAN PENCETAK
Anggaran harga Numismatik untuk wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah RM25,000.00


Penutup
Sebagai penutup dengan penemuan dan paparan ini adalah dikongsi bersama Wang Kertas SALINAN PENCETAK yang mempunyai ciri yang unique :-

1. Prefix XX yang tak pernah dikeluarkan
2. Nombor siri XX 00000000 mempunyai 8 kosong yang sepatutnya cuma 7 kosong
3. Wang kertas ini bukan spesimen Error atau Variety tetapi wang kertas SALINAN PENCETAK  Keluaran US Banknote .Co USA .



WANG KERTAS SALINAN  PENCETAK/ COPY PRINTER
Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein
Lihatlah pada kedua-dua nombor siri Wang Kertas ini
XX 00000000
Merupakan Wang Kertas SALINAN PENCETAK


NO SIRI WARNA HITAM
XX 00000000
Nombor Siri Mendatar Warna Hitam
XX 00000000
Lihat ada tiga keunikan pada wang ini 
Pertama Prefix XX memang tak wujud untuk siri ini
Kedua nombor siri semua kosong 00000000
Ketiga jumlah angka kosong sampai 8 
sepatutnya kosong tak lebih dari 7 untuk duit Malaysia. 


NOMBOR SIRI WARNA MERAH
XX 00000000
No Siri menegak Warna Merah
XX 00000000
Kombinasi nombor siri ini memang tak  berapa kena
Pertama nombor kosong ada 8 sepatutnya 7 sahaja
Kedua Prefix Seratus Ringgit Jaafar ZD-ZZ dan AA-AG sahaja
Prefix XX tak ada kaitan dengan siri ini
Mengapa terjadi begini ya?
Jawapan nya ialah ini adalah Wang Salinan Pencetak 
US Banknote untuk Seratus Ringgit siri keenam .


*****************************
SALINAN PENCETAK
galeri Sha Banknote 1964

Jumaat, 29 November 2013

MAJLIS DISKUSI NUMISMATIK

MAJLIS DISKUSI NUMISMATIK
ANJURAN KELAB WARISAN NUMISMATIK MALAYSIA
TARIKH :  14HB. -15HB. DISEMBER 2013
MASA : 9.00PAGI-5.00PETANG
TEMPAT ; HOTEL SHAHZAN INN
KUANTAN PAHANG
PENYERTAAN PERSERTA ADALAH PERCUMA
Semua Ahli Numismatik seluruh Negara di Jemput Hadir.



ATUCARA HARI PERTAMA

14.12.2013

8.00 Pagi  Ketibaan Peserta
               Pameran dan Jualan barangan Numismatik

2.00 Ptg   Ucapan Alu-Aluan oleh 
               Dato Sharuddin bin Yusof
               Presiden Kelab Warisan Numismatik Malaysia
  
2.30Ptg    Majlis DISKUSI NUMISMATIK 
               Pembentangan kertas 1
               Perkembangan dan Masa Depan Numismatik Malaysia
               Oleh Dato Sharuddin bin Yusof
       
               Pembentangan Kertas II
               Kaedah Penjagaan dan Penyimpanan Koleksi Numismatik 
               Oleh Dr. Mohd Sobri bin Mohd Ghazali

               Pembentangan kertas III
               Kepentingan Bersatu dalam  Berpesatuan
               Oleh Haji Azmi bin Abd Malik
               Timbalan Presiden
               Kelab Warisan Numismatik Malaysia
  
               Fasilitator dikendalikan
               Oleh Cikgu SMG Shahrulazman bin Mohd Ghazali
               Ketua Admint Rakan Numis Pahang
              Majlis Diskusi & Dailog antara ahli Numismatik Malaysia

4.30        Majlis DISKUSI NUMISMATIK ditutup

4.40        Majlis Pertunjukan Demontrasi Metal Detactor MD

5.00        Majlis Bersurai


       
   ATURCARA HARI KEDUA  

15.12.2013

8.00   Pagi Majlis Pameran dan Jualan Barangan Numismatik

10.30 Pagi Majlis Lelongan

1.00 ptg Majlis Bersurai


Perhatian

Semua Ahli Numismatik Seluruh Negara adalah dijemput Hadir ke Majlis ini Majlis DISKUSI NUMISMATIK pada 14 &15 hb Disember 2013 Di Hotel Shahzan Inn Kuantan Pahang . KEHADIRAN UNTUK PEYERTAAN PROGRAM INI ADALAH PERCUMA . Boleh datang sekeluarga dengan  anak-anak untuk menyertai dan melihat aktiviti Pameran duit-duit lama yang belum pernah dilihat dan mengemparkan . Pesta Jualan daripada seler seluruh negara  dengan harga runtuh yang mengembirakan .dan aktiviti lelongan barangan bagi Hot item yang amat rangge .

Pada Hari Pertama Diskusi Para peserta akan berpeluang mendengar 3tajuk kertas kerja yang berkaitan dengan amalan dan masa depan Numismatik Negara kita pada masa depan . Ahli juga diberi peluang berdailog dan berdiskusi meluahkan perasan, pandangan dan pendapat tentang sebarang masalah yang berkaitan dengan isu dalam Numismatik Malaysia untuk kebaikan dan kesejahteraan kita dalam Numismatik . Berilah pandangan.

Untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan kepada Ahli Numismatik pihak urusetia akan  meyediakan peluang untuk melihat cara dan kaedah MD Metal Detactor di Padang MPK yang dilakukan oleh Pakar Koperal Hafez Nawawi .

Semua ahli Numismatik adalah dijemput Hadir ke Majlis DISKUSI NUMISMATIK ini . Penyertaan adalah Percuma . Datanglah beramah mesra bersama kami warga Numismatik sambil menikmati keindahan Bandar Kuantan dan merasai keenakan makanan Pahang seenak Roti Tampang Topi yang amat rare .


Terima kasih
Dari Urusetia Majlis Diskusi Numismatik
Kelab Warisan Numismatik Malaysia
Rakan Numis Pahang

DOUBLE DIE OBVERSE DDO

DOUBLE DIE OBVERSE
VARIETY>DOUBLE DIE>MULTIPLE - SQUEEZED HUBBLING 
Kelas III Pivoted Hub Doubling
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
21 Muharram 1435

SYILING VARIETY
Bagi Peminat dan Pengumpul Syiling Error dan Variety Malaysia disini Galeri Sha Banknote 1964 akan memaparkan Syiling Variety Double Die on Obverse DDO untuk rujukan dan paparan bersama .

DOUBLE DIE OBVERSE DDO
Syiling Malaysia 5sen 2009
Rarity Rare R
Condition VF
Estimate Value RM60
Owner Galeri Sha Banknote
Kod SHA5/DDO
Koleksi berusia 4tahun

DOUBLE DIE OBVERSE
Double Die Obverse
Permukaan mukadepan syiling 5sen 2009 terdapat
Variety Double Die
seperti yang ditandakan



REVERSE
Lihat secara jelas lagi terdapat Tempaan Berganda
iaitu Variety Double Die dipermukaan Obverse [ DDO ]
Variety >Double Die> Multiple-Squeezed Hubbing



REVERSE
Permukan belakang Syiling 5sen 2009
Lihat pada sebelah kiri Rim syiling ini seperti yang 
ditunjukan anak panah ada kedapatan teranjak kesebelah kiri
Double Die ini dikategorikan sebagai  kelas III
Pivoted Hub Doubling 
Dimana kesemua device beranjak kearah lawan jam



EDGE
Milled Edge



**********************************
DOUBLE DIE OBVERSE
5sen 2009
Galeri Sha Banknote
kod SHA5/DDO



Ahad, 24 November 2013

PLANCHET ERROR > SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE

PLANCHET ERROR
SPLIT PLANCHET  BEFORE STRIKE
Syiling terbelah separuh ketebalan
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka pahang
10 Muharam 1435

PENDAHULUAN
Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964 akan  terus membawa para kolektor semua bagi menemukan satu penemuan yang amat janggal dan teramat rare dalam Gelosori  Error Coin untuk  kategori Split Planchet Error Before Strike . Penemuan Error ini adalah disebabkan Planchetnya telah terbelah kepada dua bahagian . dan bahagian yang terbelah ini ditemui dalam keadaan yang ditempa seperti syiling biasa. Penemuan error ini amat janggal kerana ketebalan syiling ini nipis daripada syiling asal dan beratnya adalah hampir separuh  dari syiling biasa iaitu 1.41gram sahaja . 
    Galeri Sha Banknote 1964 mengangkat spesimen Split Planchet Error Before Strike sebagai  amat janggal dan teramat rare  dengan Rarity  Highest State of Rarity RRRR

PLANCHET ERROR
PLANCHET ERROR > SPLIT PLANCHET ERROR > SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE
Planchet Error ini adalah  dalam klasifikasi Split Planchet Before Strike iaitu Planchet ini telah terbelah
2 bahagian daripada awal diperingkat penyediaan Coin Blank atau peringkat penyediaan Planchet lagi           tanpa disedari oleh Pihak Pengurusan dan pekerja kilang Syiling Royal Mint London . SPLIT
PLANCHET  ini  telah bercampur dengan yang lain  dan turut ditempa bersama-sama Planchet yang lain dalam proses tempaan syiling 10sen Malaysia 196? .
Pada umum SPLIT PLANCHET ini amat luar biasa sekali kerana Planchetnya memang terpisah dan
terbelah dua . Ketebalan Split Planchetnya separuh daripada ketepalan planchet asal syiling 10sen Malaysia biasa . Dan berat bagi Split Planchet 10sen Malayasia 196? ini adalah  1.2gram iaitu separuh daripada berat syiling 10sen  Malaysia sebenar
Mint Error ini adalah berlaku di Kilang Royal Mint , London sekitar tahun 1967-1969
Walaupun syiling separuh ini Split Planchet terjadi pada syiling 10sen namun syiling masih sempurna di tempa pada mukadepan dan mukabelakang serta milled Edge . Namun secara fizikalnya syiling ini nipis dan beratnya hanya separuh sahaja 1.41 gram berbanding dengan syiling biasa 2.82gram dan ianya tebal .

SPESIFIKASI
10sen 196?
Tempaan Di Kilang Royal Mint London
Berat 1/2 x2.82gram = 1.41gram
Rarity Highest State of Rarity RRRR
Condition Very Fine VF
Estimate Value EV RM1200
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA 10 /SPBS
Koleksi berusia 45 Tahun




SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE
SYILING TERBELAH SEPARUH KETEBALAN
REVERSE
REVERSE
Mari lihat inilah hasilnya tempaan keatas Planchet nipis yang cuma
separuh ketebalan dengan tempaan yang kabur .
Terutama tempaan tahun 196_ berkemungkinan tahun 1968
 kerana tahun  ini terdapat masalah planchet yang tidak berkualiti


OBVERSE
OBVERSE
Lihat tempaan dipermukaan Obverse ini tidak berapa  berkesan
dan kabur kerana kesan tempaan tak berapa tepat keatas planchet 
kerana planchetnya nipis tebelah dua




EDGE
SPLIT PLANCHET BEFORE STRIKE
EDGE
a.
INI SPLIT PLENCHET 
 Syiling 10sen Split Planchet Error Before Strike
ketebalannya adalah separuh daripada ketebalan syiling biasa
Syiling terbelah separuh  ketebalah
Milled Edge
Syiling Separuh kejadian
berat 1/2 x 2.82 gram = 1.41gram
b. 
INI SYILING BIASA
Syiling biasa 10sen 1968
Dengan ketebalan asal dan berat 2.82gram 

************************
SPLIT PLANCHET BEFORE ERROR
10sen 196?
Galeri Sha Banknote 1964
Kod Sha 10/SPBE
Koleksi berusia 45 Tahun


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...