Isnin, 16 April 2012

SILING PERTAMA RAJA BROOKE SARAWAK SATU KEPING 1942



Diawal tahun ini Galeri Sha Banknote telah pun berjaya mengumpul 3 keping duit siling pertama James Brooke Sarawak Satu Keping 1942. Sememangnya dari awal lagi Galeri Sha Banknote memang tercari-cari untuk menyimpan duit ini dalam simpanan Galeri Sha Banknote. Galeri Sha Banknote mendapatkan ketiga-tiga duit ini daripada simpanan keluarga seorang sahabat yang sudi menyerahkannya untuk simpanan koleksi Galeri Sha Banknote kerana duit ini milik ayahnya dan ayahnya sudah meninggal dunia.

Menyingkap sejarah Duit James Brooke ini Galeri Sha Banknote telah mengutip beberapa refrensi daripada beberapa sumber yang tercatat dalam buku sejarah tentang kenapa James Brooke menjadikan maskot binatang Badge @ Musang Tengalong  @ Musang Luak sebagai potret duit pertamanya.




Muka depan ditempa dengan gambar Badge @ Musang Tengalong  @ Musang Luak iaitu binatang kesayangan James Brooke . Dicatatkan James Brooke setiasa membawa Badge @ Musang Tengalong  @ Musang Luak kemana sahaja beliau berada   (   Badge @ Musang Tengalong  @ Musang Luak ini adalah musang yang makan buah kopi dan biji kopi tadi akan keluar bersama dengan najisnya. Di Sumatera biji kopi yang bersama najis musang ini diproses semula untuk dijadikan kopi luak yang amat terkenal dan harga secawan kopi luak mencecah harga USD 50.00  ) Badge @ Musang Tengalong  @ Musang Luak ini akan sentiasa bersamanya berada diatas bahu kiri tangannya. Diatas sifat keakraban James Brooke dan musang badge ini yang menyebabkan James Brooke mengarahkan pencetak wang ketika itu untuk mempatenkan potret musang badge dalam matawang pertamanya dan tidak mengabdikan wajahnya sendiri seperti pemerintah lain terutamanya untuk matawang pertamanya ini. Selepas matawang pertama ini barulah gambar potret James Brooke dipatenkan semula di dalam siri duit James Brooke Sarawak ini.

Dimuka depan duit ini sebagai mercu tanda James Brooke juga memasukkan huruf J.B didalam rekabentuk duit ini dengan hadirnya J.B yang bermaksud James Brooke di bawah gambar musang Badge. Tertera juga pengabdian tarikh "SEPT 24 1941" Iaitu Tarikh Raja Putih James Brooke ini mula menjadi Raja Sarawak 1841.



Sementara mukabelakang duit ini tertera tulisan jawi "satu keping" dan tarikh hijrah Islam tahun 1267 Hijrah bersamaan tahun 1842 dan rekabentuknya menggunakan acuan  yang sama dengan duit ayam Singapore Merchant Token.Dan duit James Brooke ini dikatakan ditempa di Mint Singapore.

Dibawah ini dipaparkan gambar ketiga-tiga duit James Brooke ini berserta dengan spesifikasinya sekali.

                                      GAMBAR DUIT NO 1

                                       Muka depan
                                       Muka Belakang

Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 1.743 gram
Diameter : 21.5 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain




                                      GAMBAR DUIT NO 2
                                      Muka depan

                                       Muka belakang

Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 2.25 gram
Diameter : 21.8 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain




                                      GAMBAR DUIT NO 3
                                      Muka depan

                                       Muka belakang

Item : Satu keping James Brooke
Issues : 1842
Weight : 2.25 gram
Diameter : 21.8 mm
Kandungan : Tembaga Copper
Edge : Plain


Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan beberapa koleksi lagi duit Sarawak yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote  untuk paparan semua seperti siling Serawak 1/4 Cent, half Cent, Ten Cent, 20 Cent, 50 Cent.

Jumaat, 13 April 2012

PERTUBUHAN NUMISMATIK MALAYSIA PEWTER PERINGATAN KHAS ULANGTAHUN KE10 (1968-1978)




Elegan dan berprestij itulah yang dapat diungkapkan dengan perkataan oleh Galeri Sha Banknote untuk Pewter peringatan khas ulang tahun ke 10 ( 1968-1978 ) penubuhan Malaysia Numismatic Society. Dan Pewter khas ini dikeluarkan oleh Malaysia Numismatic Society pada tahun 1978 dalam keluaran yang amat terhad limited edition ( difahamkan hanya 300 unit sahaja ) dan ianya telah ditempa oleh Selangor Pewter dan diperbuat daripada kandungan timah 97% pure tin limited edition.

Malaysia Numismatic Society telah ditubuhkan pada tahun 1968 ( pada ketika itu Galeri Sha Banknote baru berusia 4 tahun dan baru belajar berjalan ) dan sehingga kini tahun 2012 Malaysia Numismatic Society telah berusia 44 tahun.

Menyingkap kembali Malaysia Numismatic Society dalam seusia 44 tahun dalam memberi khidmat kepada ahlinya, memang tidak boleh dinafikan banyak aktiviti-aktiviti telah dijalankan. Namun masih ada ruang lagi yang perlu dibuat oleh MNS untuk memperjuangkan selaku ketua keluarga Numismatik Malaysia. Ahli semua selaku player numismatik amat menunggu dan mengalu-alukan agar diperbanyakkan aktiviti untuk ahli dan perkembangan numismatik tanah air.

Dibidang penulisan buku banyak nama besar yang dilahirkan dari MNS diantaranya K.N.Boon, Peter Eu, Ben Chiew, Steven Tan, Saran Singh, Mr. Dickson, dan banyak lagi nama besar yang tidak disebutkan diharap mampu terus menyemarakkan lagi dunia numismatik Malaysia. Diharap nama-nama besar yang disebutkan tadi juga akan terus membantu dengan mengeluarkan pelbagai buku rujukan dipelbagai bidang kategori untuk rujukan ilmiah dan ilmu pengetahuan kepada ahli numismatik dan rakyat Malaysia.  [ terkini semasa artikel ini  ditulis difahamkan buku baru edisi pertama  2012 akan dilancarkan oleh KN Boon. Tahniah Mr. KN Boon ]

Setakat ini belum ada penulisan buku tentang pengkhususan untuk duit siling Malaysia dan siling error. Nama-nama besar contohnya seperti Mr.Dickson kena berani dengan kepakaran beliau ada untuk mengeluarkan buku siling Malaysia bagi rujukan ahli numismatik.

 Galeri Sha Banknote mengharapkan MNS dibawah kepimpinan yang ada mampu membuat perubahan agar MNS nampak menonjol dengan giat memperkenalkan numismatik di Malaysia dan kebajikan ahli terutama dalam memperbanyakkan aktiviti. Ahli-ahli semua tidak mahu melihat MNS hanya untuk golongan tertentu sahaja dan berkepentingan   individu-individu tertentu sahaja .

Akhir sekali Galeri Sha Banknote mengharapkan ulangtahun ke 45 pada tahun hadapan 2013 akan memperlihatkan MNS terus maju.  " Selamat maju jaya Malaysia Numismatic Society ".

PEWTER PERINGATAN KHAS ULANGTAHUN KE 10 MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY

Muka depan logo Pertubuhan Numismatik Malaysia

Muka Belakang ulangtahun ke10 MNS 1968-1978

Gambar Sisi

Item : Pewter Peringatan Khas Ulangtahun ke 10 Pertubuhan Numismatik Malaysia
Tahun : Keluaran Khas 1968-1978
Kandungan : Timah
Berat : 90gram
Bentuk : Segi Sepuluh 63mm x 63mm
Tebal : 4mm
Status : Limited Edition RR
Owner : Galeri Sha Banknote

TWO CENTS (DOUBLE PICE) 1828 PENANG/EAST INDIA COMPANY



Duit siling double pice 1828 Penang ini sememangnya telah lama Galeri Sha Banknote mencarinya terutama dalam keadaan kondisi Extremely Fine kerana mengikut buku Saran Singh mukasurat 295, Extremely Fine adalah very Rare RR. Galeri Sha Banknote telah mendapatkan duit Double Pice 1828 ini daripada seorang kenalan Inggeris yang ditemukan oleh sahabat baik di Johor Bharu baru-baru ini. Galeri Sha Banknote masih lagi mencari kategori Half Pice dan One Pice 1810, 1825, dan 1828.

Muka Depan Under The Auspices of the King and The English Parliament


Muka Belakang Tulisan Jawi "Pulau Pinang" dan 28 Lily Cup

Item : Two Cents (Double Pice) Penang
Year : 1828
Weight : 18.60gram
Diameter : 31.8mm
Edge : Plain
Tebal : 2.5mm 
Composition : Copper (struck at the Madras Mint)
Vatieties : 28 Lily Cup in the Wreath on Reverse
Status : Extremely Fine (RR Very Fine)
Estimate Value : Rm1500.00

Ahad, 8 April 2012

HALF CENT 1862 QUEEN VICTORIA ERROR


GAMBAR MUKADEPAN GAMBAR QUEEN VICTORIA MEMANDANG KE KIRI



MUKA BELAKANG TERCETAK "HA F CENT INDIA/STRAITS 1862"


Item : Half Cent 1862
Muka depan : Gambar Queen Victoria memandang ke kiri
Muka Belakang : A wreath of myrtle ' HALF CENT INDIA STRAITS 1862"
Edge : Plain
Composition : Tembaga
Berat : 4.64 gram
Diameter : 22.5mm
Year : 1862
Vintage : 4,590,499
Status : RRR (error coin)
Estimate Value : Rm 650.00
Rujukan : Buku Saran Singh SS5(KM5) mukasurat 321

Galeri Sha Banknote kali ini ingin memaparkan duit half cent 1862 Queen Victoria yang amat jarang ditemui kini (RRR) kerana duit ini teramat istimewa disebabkan oleh terdapat error cetakan nyata pada muka belakangnya iaitu pada ejaan HALF telah tersilap tempa menjadi HA F sahaja dimana huruf L telah hilang.
Kecacatan nyata ini diketegorikan sebagai error yang jarang ditemui atas sifat acuanmati hurufnya habus.
Galeri Sha Banknote memiliki koleksi Duit ini daripada seorang sahabat di Kuantan Pahang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...