KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD, KUALA KANGSAR PERAK [ kilang menempa duit syiling Peringatan, Medal Kebesaran, Duit Dinar dan Dirham ]
TARIKH : 18.12 . 2012
MASA : 2.00 Petang
TEMPAT : Kilang MARIWASA SDN. BHD
Lot 522, Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar,
33000 Kuala Kangsar,
Perak.
URUSETIA : KELAB WARISAN NUMISMATIK
No.3A, Kedai 20 unit Nadikota
26400 Bandar Jengka
Pahang
Presiden 0199185858
Tim. Presiden 0139227750
Setiausaha 0139397888
TUJUAN LAWATAN :
1. Merupaka aktiviti Kelab Warisan Numismatik penutup Tahun 2012
2. Melihat sendiri bagaimana kaedah wang syiling ditempa dan peralatan yang digunakan bagi mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan ahli Numismatik tentang kaedah pembuatan duit syiling dan bagaimana berkemungkinan berlakunya syiling error.
3. ' Numismatic Tour ' ini diharap dapat kenal-mengenal diatara ahli Numismatik dengan lebih rapat lagi.
JEMPUT LAWATAN :
[ 30 peserta sahaja ]
1. Semua Ahli Kelab Warisan Numismatik.
2. Terbuka kepada semua peminat Numismatik
3. Peserta awal yang berdaftar diambil kira keutamaan untuk 30 peserta sahaja.
4. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi urusetia seperti diatas.
YURAN BAYARAN :
1. Percuma dan tiada bayaran dikenakan
2. Kos perjalanan, penginapan , makan dan lain-lain adalah tanggungan sendiri.
Program ini amat baik sekali bagi Semua Numismatik Negara untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dibidang pembuatan duit syiling. Dan peluang keemasan ini telah berjaya diusahakan oleh Kelab Warisan Numismatik untuk mendapatkan kelulusan kebenaran melawat kilang pembuat duit syiling yang ada dinegara kita untuk ahli Kelab Warisan Numismatik dan Peminat Numismatik semua. Kita bersyukur dan diharap peluang ini dapat dimanafaat oleh semua ahli Numismatik Negara.
SURAT KELULUSAN LAWATAN DARI MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD
Sekalung Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih
Kepada Yang Berbahagia Megat Ibrahim Megat Abdul Wahab,
Cik Reza & Encik Masmudin bin Haji Rabien,
Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.