Selasa, 15 Januari 2013

SEJARAH MATAWANG MALAYSIA [ made in Malaysia ] .

SEJARAH  MATAWANG MALAYSIA
Made in Malayia

1 .  Bank Negara Malaysia BNM   .

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan  pada 31st  Ogos 1958 Ordinan Bank Negara Tanah Melayu  1958  [ OBNM ] telah diluluskan pada  23hb . Oktober 1958 .  Kemudian di bawah Ordinan ini  Bank Negara Malaysia  [ BNM ] telah ditubuhkan pada 24hb Januari 1959  . Pada tahun  1994  Ordinan Bank Negara Malaysia  1958 [ OBNM ]  ini telah dikemaskinikan dan dipinda  kepada  Akta Bank Negara malaysia  1958 [ Akta BNM ] .


2   .  Wang Syiling Malaysia  .

Bank Negara Malaysia telah mula mengeluarkan Matawang Malaysia sendiri  mulai pada 12hb. Jun 1967 dalam bentuk matawang Syiling dalam Nilaian 1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen  & $1  . Semua wang syiling ini ditempa  di luar negara  oleh Kilang Royal Mint London dan Kilang Hamburg  Mint Germany  . Sehinggalah pada tahun 1971 barulah Wang Syiling Malaysia  telah ditempa  sendiri di Malaysia di Kilang Wang Shah Alam , Selangor yang pernah dikenali sebagai Royal Mint Malaysia . Semua syiling Malaysia yang dikeluarkan selepas tahun 1971  sehinggalah sekarang bermula dengan Syiling 10sen 1971 adalah Syiling made in  Malaysia .

TEMPAAN LUAR NEGARA 1967 - 1970

  Gambar Syiling Malaysia 10sen 1967 yang ditempa di Kilang Roya Mint , London



TEMPAAN KILANG WANG  MALAYSIA  1971 - SEKARANG
[  made in Malaysia  ]


Gambar Syiling Malaysia 10sen 1971 yang ditempa di Kilang Wang Shah, Alam  Selangor  [ made in Malaysia  ]


3   . Wang Kertas Malaysia  .

Bank Negara Malaysia juga telah  mula mengeluarkan Wang Kertas malaysia sendiri mulai pada Jun 1967 mengantikan wang kertas Kerbau Bajak dan Kapal Layar keluaran Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya dan British Borneo diganti dengan  Wang kertas malaysia   dalam  nilaian $1, $2, $5 , $10, $20, $50, $100, $500  & $1000  .  Wang Kertas ini telah dicetak dibeberapa kilang  Luar Negara seperti Bradbury Wilkinson ,  Thomas De La Rue London ,  Canadian Banknote ,  BA Banknote , Francois Charles Oberthur , Giesecke & Devrient  , US Banknote  dan  Note Printing Australia .  Semua Wang Kertas ini dicetak diluar Negara sehinggalah pada tahun 2002  FIMA Coparation Malaysia telah mengadakan usahasama dengan Giesecke & Devrient Munich Germany dengan membina Kilang Wang Kertas di Batu 3, Shah Alam Selangor dengan Nama Giesecke & Devrient Malaysia Sendirian Berhad  yang diketuai oleh CEO  GDMSB  Dr Michael  Vogt  .  Wang Kertas Malaysia pertama yang dicetak di Tanah Air sendiri yang diberikan status made in Malaysia ialah Wang Kertas RM1 Tandatangan  Gabnur BNM Tan Sri Dato Seri Zeti Akhtar Aziz pada tahun 2003 dengan Wang Kertas RM1 Prefix replacement ZC   . Wang  Kertas ini adalah Wang Kertas  Malaysia Pertama yang dicetak di Malaysia [ made in Malaysia ]  di Kilang Batu 3 , Shah Alam Selangor . Walaubagaimanapun di Bawah Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang Bank Negara Malaysia masih  lagi  meneruskan tender-tender kilang cetakan   dari luar Negara multiprinter  untuk mencetak Wang Kertas Malaysia  .  Hanya sedikit kekurang berlaku yang harus diperbetulkan semula oleh Bank Negara Malaysia terutama kepada semua  Wang Kertas Malaysia yang baru dilancarkan tidak tercatat nama Printer yang mencetak Wang Kertas tersebut seperti wang kertas terdahulu  yang ada mencatatkan nama printer yang mencetak wang kertas tersebut .  Ramai ahli Numismatik yang keliru dan sukar untuk membuat rujukan terhadap nombor  prefix  dan  nama pencetak Wang Kertas keluaran tahun 2000 sehinggalah wang keluaran terbaru BNM .

  WANG KERTAS  MALAYSIA YANG DICETAK DILUAR NEGARA 1967 - 2003

Gambar Wang Kertas Malaysia  $1 Pertama  First Prefix  A/1  816997  tahun  1967 dicetak oleh Kilang  Bradbury Wilkinson England .


             WANG KERTAS MALAYSIA YANG DICETAK DI MALAYSIA

Gambar Wang Kertas RM1 Prefix Replacement ZC 2006000 tahun 2003 dicetak di Kilang  Wang Giesecke & Devrient Sdn. Bhd .  Batu 3 , Shah Alam , Selangor  . [  Made in Malaysia  ]


18 ulasan:

  1. salam dato..sy ada koleksi wang note dan syiling thn 1967(VF) beserta buku syiling BNM...bagaimana sy hendak tahu nilainya skrg dan juga di mna hendak menjualnya..kondisi terbaik..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dato saya ingin serah wang 10 Malaysia no siri QN3868229 ke bank NEGARA Malaysia kerana tiada gambar RAJA dihadapan. Telah masuk paper bertajuk wang 10 disangka palsu dis 2012,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..

      Ada Lagi Duit tu???

      Padam
    2. Assalamualaikum..

      Ada Lagi Duit tu???

      Padam
    3. Hai juz nak tau nilai Wang kertas RM1 y pertame dicetak tu.. Í ADE 1

      Padam
    4. Hai juz nak tau nilai Wang kertas RM1 y pertame dicetak tu.. Í ADE 1

      Padam
    5. Hai juz nak tau nilai Wang kertas RM1 y pertame dicetak tu.. Í ADE 1

      Padam
  3. Salam dato saya ada simpan wang kertas RM 1 ringgit malaysia. Wang ini frist di buat no siri dia
    K/78 749213
    Sy hendak menjual nya... berapa harga nya di pasaran dato...
    Sy ada lgi siling RM5 RINGGIT MALAYSIA
    TAHUN 1971
    Saya mahu menjual nya jugak..
    Berapa kah harga sekarang 2015
    Duit ini..


    Terima kasih
    Assalamualaikum

    BalasPadam
  4. GABENOR BANK NEGARA SELURUH DUNIA

    BalasPadam
  5. Assalam
    Saya ada syiling 1/2sen malayan king george VI coin utk dijual ada sesiapa berminat nak beli.

    BalasPadam
  6. Assalam
    Saya ada syiling 1/2sen malayan king george VI coin utk dijual ada sesiapa berminat nak beli.

    BalasPadam
  7. Saya ada syiling 50sen belah 3 keping dr tahun 1967-1968-1969.
    Saya ada syiling bulat 1sen lambang Keris bersilang tahun 1962.
    Saya ada syiling empat segi 1sen lambang Queen Elizabeth The Second tahun 1956.
    Saya ada 2 keping 5sen bulat...satu Straits Settelmens George V King And Emperor of India....satu lagi Queen Elizabeth The Second belakang tulis Malaya And British Borneo 1961.
    Pada sesiapa yg berminat sila...

    BalasPadam
  8. Salam dato. Sy ada 1 wang kertas rm10 yg bunga rafflesia dibelakang not ini berwarna itam. Sila bgtahu sy nilai wang not ini. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum.

    BalasPadam
  9. The blog was absolutely fantastic! Great job, keep it up.
    mencetak Malaysia

    BalasPadam
  10. Salam wang kertas lama rm1.. Prefix k/30 boleh tahu anggaran tahun berapa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...