RUANGAN DISKUSI DAN SOAL JAWAB NUMISMATIK
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua kolektor yang melawati Blog ini . Ruangan Diskusi dan soal jawab Numismatik ini dibuka kepada semua kolektor untuk membuat sebarang pertanyaan atau ingin memberi pandang atau bertanyakan maklumat tentang harga koleksi yang anda ada . Urusetia Kelab Warisan Numismatik akan cuba berkongsi memberi pandangan kepada soalan anda dan rakan blog lain juga boleh memberi pandangan kepada soalan tersebut .
Kalau tuan ada memilik duit lama tetapi tidak tahu maklumat tentang koleksi tersebut atau berapakan nilaian harga duit tersebut atau apa-apa sahaja soalan tentang Numismatik , Tuan boleh menyertai ruang ini dengan menyatakan soalan diruangan ulasan blog ini . Urusetia Kelab Warisan Numismatik akan cuba membantu anda . Soalan biar padat dalam 3 soalan setiap pertanyaan .
Terima kasih
Urusetia Kelab Warisan Numismati
Salam Dato,
BalasPadamMemang unik kalau Dato meyediakan ruang diskusi untuk para pelawat...Tahniah untuk perkembangan baru ini..
Saya mempunyai syiling Penang..1 Pice dan 1/2 Pice...saya cuma nak tahu berapakah harga pasarannya sekarang berdasarkan kondisinya..
http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2013/01/sejarah-negeri-pulau-pinang-history-of.html
Terima kasih..
Syiling Penang Balemark Series UEIC
Padam1887 1/2 pice RM380Fine RM1200VF
1786 1 pice RM250F RM 800VF
1787 1 pice RM450F RM1500VF
Syiling Penang coat of Arms Series UEIC
1810 1/2 pice RM280F RM 700VF
1825 1/2 pice RM260F RM 680VF
1828 1/2 pice RM250F RM 680VF
1810 1 pice RM260F RM 800VF
1825 1 pice RM260F RM 800VF
1828 1 pice RM260F RM 800VF
1825 2 pice RM480F RM1200VF
1828 2 pice RM450F RM1200VF
Harga ini adalah Estimate Value EV sebagai panduan sahaja . Nilai sebenar adalah berdasarkan kondisi ,rarity dan tahun keluaran. Duit penang ada banyak variety contoh variety star , variety dot 6,7,8 dan variety lili cup 23,24,26 dan sebagainya . Variety ini juga adalah faktor yang menentukan juga harga duit tersebut .
Salam Dato, saya Hazwan.
PadamSaya mempunyai duit kertas di bawah :-
1. 100 Deutsche Mark 1996
2. 20 Deutsche Mark 1993
Berapa harga yang boleh dijual? Terima kasih.
Assalam dato sy puan anita cuma nk tau nilai duit kertas lama:-
BalasPadam1. The Goverment Of The Starits Settlements
promises to pay the bearer of singapore
Tahun 1935 dgn nilai 1 dollar ade 2 kpg
2. Goverment of brunei
Tahun 1967 dgn nilai 1 dollar ade 4 kpg
3. Wang kertas m'sia ismail Md. Ali
Nilai 1 ringgit ade 1 kpg
4. Malaya & british borneo
Tahun 1959 dgn nilai 1 dollar ade 1 kpg
5. Board of Commissioners of currency malaya
Tahun 1941 dgn nilai 1 dollar ade 1 kpg
Terima kasih
Padam1 . SS one Dollar 1935 RM280Fine / RM380VF
2 . Brunei 1 Dollar 1967 RM35Fine / RM60VF
3 . RM1 IMA 1967 RM35Fine / RM50VF / RM80EF
4 .1dollar kapal layar 1959 RM60/Fine/Rm90VF
5 . 1dollar KGVI 1941 RM60fine / RM110VF
F- Fine , VF- very fine , EF- extremely fine
Harga ini adalah estimate value EV sahaja sebagai panduan sahaja . harga sebenar adalah bergantung kepada keadaan kondisi duit tersebut, tahun keluaran duit dan rarity kejarangan duit tersebut .
terima kasih
Ramai sebelum ini call dan sms saya tanya tentang syiling tahun seperti 20sen 1972 ,20sen 2003 ,10sen 1970 , 50sen 1976 minta carikan dan tawarkan dengan harga puluhan ribu. selaku kolektor Numismatik kita maklumkan bahawa tahun-tahun yang dicari untuk syiling tersebut tidak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia . Kalau adapun ianya adalah palsu .
BalasPadamKalau tuan -tuan ada pandangan dan pengalaman tentang isu ini atau kolektor Mistik sendiri mempunyai hujah tentang duit ini memang duit asli dari BNM bolehlah memberi pandangan tuan-tuan diruangan ulasan dibawah ini.
Assalam...sy puan anita...tima kasih atas penjelasannya....skrg ni ade org nk beli kesemua duit kertas tu dgn nilai RM 100.....ape pndangan Dato.....
BalasPadamTima kasih
Seperti yang saya katakan tadi condition duit tersebut macamana kalau ianya baik masih elok harganya masih tinggi . Disini saya lihat yang ada harga duit Straits Setlements 1935 kalau 2kpg sudah sekurang-kurangnya RM300 . Terpulanglah kepada puan . Nasihat saya puan simpanlah dulu kalau ada pembeli yang menepati harga yang kita hendak baru jua.
PadamTerima kasih
Assalam .....tima kasih Dato.....di mana leh sy cari pembeli2 yg snggup membeli dgn kadar yg di sebut....sy dpt pembeli ni dr FB.....
Padamtima kasih
Pn. Anita
Salam
PadamPuan boleh simpan dulu jual satu satu boleh keluarkan dalam FB dan mudah.my ,
Pada petang tadi pukul 4 petang saya berkesempatan berjumpa dengan Mr. KN Boon pengarang buku World paper & polymer Uncut Banknote di Kedainya Trigometric di Amcorp Mall . Kunjungan saya ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang beberapa maklumat wang kertas uncut Malaysia yang baru ditemui iaitu wang uncur RM1 60 in 1 .
BalasPadamSeronok berjumpa dengan orang lama dalam Numismatik ini . Banyak cerita pengalaman yang telah dilalui dalam numismatik ini dari sebagai hobi kemudian menjadikan numismatik sehagian dari perniagaannya yang ada sekarang ini . Berniaga jual beli wang kurang resiko dan tak pening kepala katanya .
Untuk kolektor baru beliau mencadangkan agar jadikanlah numismatik ini hobi dan kerjaya sampingan yang yang boleh memberi pendapatan sampingan . Dan bagi kolektor yang sudah lama sedikit ambil usaha ini untuk dijadikan sebagai hobi pelaburan jangka panjang dan berterusan untuk mendapatkan pulangan yang baik .
Buat masa ini dijangkakan di Malaysia jumlah player dalam Numismatik ini seramai lebih kurang dalam 3000 orang yang aktif termasuk yang menjalankan jualan di FB atau dalam Internat atau diblog yang ada sekarang ini . Pertumbuhan jualan dan transaksi perbelanjaan dalam Numismatik ini pada tahun 2012 adalah dalam unjuran RM6 juta setahun . Dan dijangka tahun depan 2013 angka 3000 kolektor ini akan menjadi meningkat kepada 3500 kolektor dan unjuran perbelanjaan numismatik dalam hobi ini melonjak kepada RM7 juta setahun . Peningkatan tahunan untuk hobi numismatik ini meningkat dalam kadar pertumbuhan 15% setahun . Dan bahan koleksi wang lama yang ada sekarang ini tetap tidak berubah sebanyak yang ada ini sahaja tetapi kolektor akan terus bertambah . Ini menyebabkan koleksi wang lama yang ada sekarang ini berkurangan dan harganya terus meningkat . Inilah peluang yang baik untuk tahun 2013 untuk mendapatkan seberapa banyak yang boleh koleksi wang lama yang ada permintaan .
Inilah beberapa analisa orang lama tentang hobi yang sedang kita bina dan lalui sekarang ini dan masa depan yang amat cerah dan perlu kita rebut dan berkerja bersungguh-sungguh .
Terima kasih Selamat Menyambut Hari Maulid Nabi Muhammad SAW .
wASSALAM....Salam maulidur rasul...tima kasih bnyk2 atas saranan dato.....
BalasPadamPn. Anita
assalamualaikum dato... Saya ada set syiling pruf 6 keping (1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen, 1ringgit) keluaran thun 1992... Kotak syiling ni dh rosak, tp sijil keluaran ada lagi... Saya nk jual syiling ni, brp hrga yg berpatutan syiling ni kalau tanpa kotak? Mntak dato tlg jelaskn...
BalasPadamTerima kasih Wan.
PadamSyiling Siri Bunga Raya Pruf ini dikeluarkan oleh Royal Mint Shah Alam pada tahun1992 dalam kapsul dan kotak . Jumlah mintage adalah 5000 set . Harga kalau ada lengkap kotak dan keadaan baik dalam lingkungan RM480 dan kalau tak lengkap dalam RM300 sahaja .
Terima kasih
Asalamualaikum dato saya ada duit jewellery tahun 1954
PadamSlm Dato...
BalasPadamSy ada sekeping duit rm5 jaafar prefix nk00.. Sy tau ni adalah prefix yg susah dapat cuma tidak tahu hrga semasa utk duit ini.. Bole Dato bg panduan sedikit..
salam tanpa nama
Padam$5 Jaafar Hussein Prefix NK00xxxxx adalah siri ke6 dikeluarkan pada tahun 1986 . NK crossover dengan NK First Prefix siri ke7 with security thread . Kedua-dua NK ini adalah variety tiang bendera ada salib muka belakangnya .
Estimate value EV $5 NK00xxxxx
Condition VF RM 250
EF RM 800
UNC RM 1500
Terima kasih .
Assalam dato, boleh sy dptkan kepastian mengenai ukuran size duit ini yg bernilai 1/10 rupee 1902 Cocos Keeling Island. Adakah ia tepat 54mm x 43mm seperti yg dato nyatakn?ini kerana Saya mempunyai 1/10 rupee yang berukuran 54mm x 48mm. Adakah banknote saya bukan yg original?
BalasPadamDzack
terima kasih Dzack
Padamsaiz sebenar adalah 54mm x 48mm . terdapat kesilapan taipan
Terima kasih.
salam dato..Sya nk tau hrga Untuk syiling Victoria 1884 Dan Victoria 1/4 sent
BalasPadam1sen 1884 rm40
Padam1/2sen 1884 rm60
1/4sen 1884 rm150
salam hormat dato. saya ada syiling emas tahun 1926 ia kepunyaan arwah emak saya. 1 dah jual pada tahun 70an kerana susah. gambar syiling perempuan tanpa crown(muka hadapan).belakang gambar kepak burung. berapakah nilainya sekarang dato. terima kasih.
BalasPadamSalam Syukor
PadamMaaf saya tak dapat nak nilaikan kerana saya tak dapat bayangkan duit apa kena tengok juga
salam dato, saya mempunyai pelbagai koleksi syiling dan note lama dari pelbagai negara..di mana saya boleh buat rujukan mengenai harga2 koleksi saya tu dato? harap beri tunjuk ajar.
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamDato,
Saya ingin bertanya tentang nilai bagi duit pada zaman gabenor Jaffar bin Hussein. adakah duit lama ini mempunyai nilai yang tinggi pada masa sekarang? Tanpa apa2 keunikan samaada dari segi nombor siri, replacement ataupun error. dan adakan duit jenis termasuk dalam golongan 'rare'.
terima kasih Dato.
Salam
PadamTerima kasih
Semua item yang telah melalaui zaman dahulu dan ianya tidak lagi dikeluarkan pada masa kini adalah merupakan suatu warisan yang amat berharga yang perlu dipelihara dengan baik dan adalah amat rare .Kita tak akan jumpa lagi dah item tersebut dan perlu kita sama-sama berusaha untuk mengumpulkanya kembali untuk warisan akan datang .
Sebagai Numismatik kita tidak seharusnya terlalu memfokuskan tentang nilai dari segi harga sahaja sesuatu koleksi tetapi sepatutnya nilai sejarah dan Warisan Negara yang perlu diutamakan yang patut kita pertahankan . Dan selalunya pengumpul baru selalunya beranggapan duit lama ini harganya tinggi . Dan selalu beranggapan duit lama ini boleh membuat keuntungan berlipat kali ganda dan ada yang berangan jadi jutawaan dengan hanya baru memiliki beberapa keping duit lama . .Sebagai Ahli Numismatik kita seharusnya mempertahan dan berusaha memelihara apa sahaja yang berkaitan dengan Matawang Negara tanpa terlalu mempersoalankan nilai harganya tetapi hargailah nilai Warisan dan Sejarah yang telah dilalui oleh koleksi tersebut.
Bagi soalan tuan diatas saya amat yakin bahawa semua matawang tersebut adalah amat rare dan ' berniali ' tinggi . Dalam tempoh 10 tahun lagi bayangkan koleksi tersebut sudah pupus dan amat sukar dijumpai lagi . dari segi nilai harga pada masa sekarang memanglah tidak tinggi hanya dalam nilaian sekali ganda sahaja dari nilaimukanya . Tetapi kita janganlah risau tentang harganya dan berseronoklah kerana kita adalah salah seorang yang mampu meyelamatkan satu Warisan Negara . Dan koleksi Warisan Negara tersebut adalah milik peribadi kita sendiri yang merupakan suatu yang unik dan amat rare .
Terima kasih
Happylah sebagai seorang Numismatik
Terima Kasih Dato. Satu peringatan yang baik untuk diri saya.
BalasPadammaafkan saya
Padamsaya rasa saya sedikit idealistik , saya tulis tu saya baru saja selesai menyampaikan ucapan dimajlis kibaran Jalur gemilang Hari Kebangsaan untuk pelajar-pelajar UiTM
Terima kasih
salam dato.saya ingin bertanyakan dato tentang syiling usa saya yang baru dapat dari ayah saya.saya telah search tapi x dapat2 lagi.ini gambaran duitnya.
BalasPadammuka hadapan
-patung liberty dengan motto atas crown MODERN
-tahun 1903
-duit seakan akan tembaga atau gangsa
-13 star keliling patung liberty
muka belakang
-ada lambang eagle
-tulisan keliling duit PRIZE JEWELLERY MODERN.FLOWER.
-tulisan atas burung.MEDAL AND PRIZE.
HARAPAN SAYA AGAR DATO DAPAT MENOLONG SAYA MENCARI INFONYA.PERHATIAN DATO SAYA HARAPKAN.TQ.
-SAYA TINGGALKAN NO TPON UNTUK MELIHAT GAMBAR DGN JELAS.0147217932
Emeil gambar ke saya sharuddin58@yahoo.com mungkin saya dapat tengok dulu . saya tak arif juga syiling luar negara tapi saya cuba
Padammaafkan saya jika mengganggu ruangan tuan..saya juga memiliki duit syiling LIBERTY 1903..DIBELAKANG nya tertera lambang EAGLE.dan tertera perkataan "INGOD WE TRUST" dan tertulis "united states of america"..syiling ini juga tertera TEN DOLLARS dan saya juga ke kedai emas untuk meneliti kepingan syiling itu dan di sahkan kedai emas sebagai emas tulen..saya sudah mencari di internet serta google tapi tidak dapat jumpa..syiling ini adalah kepunyaan isteri saya yang diberi oleh ibunya..(turun temurun)...tuan boleh wassap saya di 0125749008..
PadamSalam. Sy pun ada. Tpi dlm bentuk loket
Padam`SAYA DAH HANTAR.NAMA SAYA WAN.TQ
BalasPadamSalam dato..sy ade duit Bank of England i promise to pay the bearer on demand the sum of 5 pounds,1780-1845,sy nk jual duit tu pd dato..mcm mane nk hbungi dato..?
BalasPadamSebenarnya saya hanya mengumpul duit dalam negara sahaja. setakat ini saya belum lagi mengumpul duit luar negara .
PadamBerapa harga duit syiling emas prize jewellery modern flower thn 1903 brt 16g?
BalasPadamsebenarnya saya tak mahir bagi matawang luar negara . tuan cubalah bertanya kepada pengumpul matawang luar negara mungkin mereka boleh bantu tuan
BalasPadamSalam dato brapa nilainya wang nya tiada gambal laki laki itu ringit mlaysia 5 .numbul nya AA1234067 saya jual rigt mlaysia 50 tida mahal kh ?mahu memarlu duit balik kapung bini ku sakit ada kawanku mau nya sudah tulong datu
BalasPadamSalam dato brapa nilainya wang nya tiada gambal laki laki itu ringit mlaysia 5 .numbul nya AA1234067 saya jual rigt mlaysia 50 tida mahal kh ?mahu memarlu duit balik kapung bini ku sakit ada kawanku mau nya sudah tulong datu
BalasPadammaaf tuan . saya tak pasti apa duit yang tuan maksudkan . saya kena tengok gambar duit tersebut kerana saya tak tahu duit tersebut. apa gambar belakang dan siapa tandatangan
PadamSy ada duit syiling lama tp sy tidak tahu macam mana nak mencari pembeli nya boleh bantu sy
PadamSALAM dato'
BalasPadamsaya ade duit syiling lame yang ingin saye ketahui nilainya dan dimana saya bole cari pembeli :
-1 Sen Commissioner Of Currency Malaya King George VI (Petak)(1939)
-1 sen Malaya And British Borneo ade 2 (1962)
-5 sen Commissioners Of Currency Malaya (1948)
-5 sen Malaya And British Borneo ade 3 (1961)
-5 sen Malaysia (1976)
-10 sen Commissioners Of Currency Malaya (1941)
Sila hubungi saya untuk sebarang maklumat tambahan..
Meor : 01124377155
Salam Dato'.
BalasPadam1) Saya ingin mendpt pandangan dr Dato cara mengumpul duit note yg lebih baik dan mempunyai nilai yg tinggi pd masa depan. Adakah mengumpul cara susunan turutan prefix (cth : AA, AB, AC), running no. prefix atau susunan no. cantik (cth : AA2266666, AA70707070)? Bole Dato bagi jawapan dr yg terbaik ke kurang baik.
2) Saya mempunyai beberapa duit note replacement. Adakah berbaloi atau mempunyai nilai yg tinggi pd masa depan sekiranya saya mengumpul dan menyimpannya?
3) Bilakah lagi Galeri Sha Banknote hendak menganjurkan pameran atau seminar di kuantan pd thn 2014?
Sekian
Salam dan Terima kasih Encik Azmi.
BalasPadamBagi menyimpan duit kertas yang terbaik ialah dengan memulakan koleksi dengan mengumpul start dari mula lagi dengan :-
1ringgit siri pertama,ke2,ke3hingga siri baru
2ringgit siri pertama hingga siri baru
5ringgit siri pertama hingga siri baru
10ringgit siri pertama hingga siri baru
50ringgit siri 1 hingga siri baru
100ringgit siri 1 hingga siri baru
500 siri1 hingga siri ke3
1000 siri1 hingga siri ke6
ini sepatutnya yang perlu ada dalam koleksi kita.
iaitu semua siri mengikut denominasi ada dalam koleksi kita .
Pada tahap yang paling baik lagi untuk koleksi kita ialah dengan upgrade lagi koleksi kita iaitu dengan mengumpul FIRST PREFIX, LAST PREFIX dan REPLACEMENT untuk setiap siri mengikut denominasinya iaitu:-
1ringgit siri 1 hingga siri baru mesti ada First, Last dan Replacement
2ringgit siri1-terbaru ,first, last ,replacement
5ringgit -sama first, last replacement
10ringgit sama first last replacement
50 sama first, last replacement
100 sama first ,last, replacement
500 sama first last replacement
1000 sama first last replacement
Cara mengumpul First, Last Replacement ini adalah amat terbaik dan rare sekali . bagi turutan prefix contoh AA, AB,AC dan seterusnya hanya perlu tempat tertentu sahaja. yang terbaik ada prefix First,prefix Last, dan prefix Replacement.
Bagi pengumpul mengikut nombor seperti yang tuan terangkan saya tidak minat untuk mencadangkanya kerana nombor tidak rare kerana setiap keluaran dinominasi abjad akan setiasa ada dan ianya hanya nombor cantik sahaja . Tuan kena tumpukan untuk mengumpul setiap siri dan denominasi seajak awal seperti yang saya terangkan dia atas. dah lengkap baru tuan . boleh main nombor cantik itupun yang ada harga hanya nombor solid 1111111, 2222222, 8888888 dan sebagai .
Bagi yang ada pontesi harganya baik dan mendapat permintaan dari kolektor adalah dicadangkan tuan menyimpan item first prefix, last prefix dan replacement contoh replacement RM100 Jaafar Husien ZU cetakan US Banknote harga sekarang ini adalah RM40,000.00 .
Memang item replacement ini amat baik disimpan dan ada harga dimasa akan datang. item replacement biasanya sedikit dan amat rare
InsyaAllah Kelab Warisan Numismatik Malaysia akan mengada program Diskusi Numismatik Kebangsaan di Kuantan pada 3 dan 4hb. Mei 2014. ada Diskusi oleh Mentor Mumismatik dan pameran ,Jualan dan lelongan duit lama di Shahzan Inn Kuantan
Tuan dijemput datang dan boleh jumpa saya disana.
Terima Kasih Dato' atas penerangan, nasihat dan cadangan yg Dato' berikan. Insyallah, saya telah berbincang dgn isteri yg kami akan hadir pd program diskusi numistik kebangsaan di Kuantan pd 3 & 4 Mei 2014.
BalasPadamSalam Dato'. Saya ingin bertanya pd Dato' ,
BalasPadam1) Mengikut buku rujukan K.N Boon 2014 muka surat 409 note RM1 Abdul Aziz Taha siri kelima ada mencatatkan seperti dibwh:
First Prefix Last Prefix
RM 1 Printer Thomas De La Rue AA AV
RM 1 Printer Bradbury Wilkinson AW AZ
RM 1 Printer Bradbury Wilkinson BC BV
RM 1 Printer Bradbury Wilkinson BX BZ
Soalan : Adakah saya perlu mengumpul koleksi First Prefix (AA, AW, BC & BX) dan Last Prefix (AV, AZ, BV, & BZ) atau First Prefix AA dan Last Prefix BZ. Mana satu yg betul cara utk mengumpul koleksi First Prefix dan Last Prefix?
2) Buku yg sama muka surat 422 siri kelapan note RM2 Ahmad Mohd Don, K.N Boon ada mencatatkan seperti berikut:
First Prefix AA - AZ
Prefix BA - BZ
Prefix CA CZ
Last Prefix DA -DF
Soalan : Saya tak faham cara utk mengumpul koleksi First Prefix dan Last Prefix. Adakah saya perlu mengumpul koleksi First Prefix AA sehingga AZ dan Last Prefix DA sehingga DF atau First Prefix AA dan Last Prefix DF atau First Prefix (AA, BA, CA & DA) dan Last Prefix (AZ, BZ, CZ & DF). Mana satu yg betul cara utk mengumpul koleksi First Prefix dan Last Prefix?
Sekian.
Salam Tuan
PadamMemang rujukan buku KN Boone itu agak keliru sedikit untuk memahami First Last dan Replacement . saya cadang bagi kolektor FLR guna buku edaran NUMIS COIN & NOTE
$1 aziz taha ctakan TDLR
First AA
Last AV
Replacement BA
$1 AT cetakan BW
First AW
Last BZ
Replacement -tiada keluar
RM2 AD
First AA
Last DF
Replacement ZA
semoga anda menjadi Numismatik berjaya
Salam dato .sy ada skping wang brunei 1 ringgit 1967 prfix A/1 00**** ...dan apbla sy tliti..jalur keslmtn wang trsebt ada trputus(..broken thread)
BalasPadamRare?kndisi vf..
Anggaran hrga tuan bgaimna?
Dan wang krbau a kcil.kndisi vf ttpi ada koyak di tpi bhgian ats..apkah hrga trkini pda thun 2014?
Tq dato..
SALAM SY ADA SYILING KALUNG EMAS QUENS ELIZEBETH TAHUN 1906 SY CUMA INGIN TAHU BERAPAKAH NILAI HARGA TERIMA KASIH
BalasPadamSalam Dato' utk pengetahuan Dato'. Bank Negara akan mengadakan lelongan wang kertas dgn special serial number pd 27/9/14, soalan saya :-
BalasPadam1) Apa pendapat dan nasihat Dato' dgn wang kertas special serial number ni? Berbaloi ke atau untung ke saya utk bidder wang kertas special serial number ni? Kalau berbaloi, apakah solid no. yg patut saya bid?
2) Kenapa Auctioneer keluarkan kenyataan begini "Banknotes to be auctioned will not be available for viewing at our office or during auction. Image of selected banknotes can be viewed at our website". Jadi bagaimana saya ingin tahu samada duit kertas yg nak lelong dalam bentuk UNC, UA, EF atau VF.? Apa pendapat Dato'.
Sekian TK
Salam Encik Azmi
PadamSayapun akan pergi ke Auction di Sasana Kijang tersebut nanti. Untuk melihat keadaan semasa Auction tersebut .
Ramai berpendapat jika kita baru lagi dalam Numismatik dinasihatkan agar kita jangan ghairah dalam membeli dan fokus kepada koleksi nombor siri solid atau cantik . ini kerana nombor solid dan cantik ini ianya akan setiasa keluar bila-bila masa sahaja bagi setiap keluaran duit baru.. ini bermakna kategori nombor ini senang dapat dan setiasa ada dan ianya tidak bergitu rare....namun atas reaksi penyimpan terhadap item ini terlampau obses menyembabkan harga nya terlalu tinggi. kalau dulu memang ia kerana item ini susah dapat kerana diseludup keluar oleh staf Bank, namun kini BNM sendiri telah melelongkanya. setiap keluaran duit baru maka ada lelelong item sebegini . kita tunggu dan lihat sahajalah apa reaksi numismatik kita....
Memanglah tidak boleh lihat kerana BNM tak benarkan tetapi item memang boleh dilihat pada hari auction nanti.sebelum lelongan bermula .
Nampaknya hanya RM1 sahaja yang agak ok harga permulaanya .Tetapi 5,10,20,50 dan 100 harga terlalu tinggi...saya rasa j kita jangan gelojoh sebab banyak lagi siri tak keluar sama je yang dilelong pada hari tersebut. semua tu ada dalam simpanan BNM . Ini baru permulaan BNM nak tengok dan test market kita bagaimana.
macam macam kategori ada nombor radar , nombor selangseli dan macam macam belum keluar lagi. duit 1 ringgit dan lain lain tu ada beratus ratus prefix kepala yang telah dikeluarkan . Pada 27 tersebut hanya 6 atau 8 kepala prefix sahaja dilelongkan . Yang lain masih menunggu.
Kita kena relax kalau harga rendah ok kit bid tapi kalau tinggi biarkan tunggu akan ada lelongan lagi...
salam dato, saya yusuf mempunyai sekeping modern jewellery token tahun 1953. saya cuma nak tahu harga atau nilai semasa terkini. dan juga cara nak jual dengan yg berminat atau cara nak lelong? tq dato
BalasPadamkena tengok gambar token tersebut saya pun tak tahu token apa dia yang dimaksudkan
PadamAsslamualaikom Dato,saya ada syiling lama Pulau Pinang bertarikh 1825,ada sesiapa kenalan Dato yg berminat untuk menambah koleksi syiling lamax.
BalasPadamSaya Ada duit syiling 5 sen tahun 1961 Dan 50 sen tahun 1968 security edge,saya nak Jual rm 800
BalasPadamAskom dato syiling sultanate of brunei 1304 dan syiling selat one dollar 1901 harga dlam pasaran pada 2015 ni berpa nilaiya.
BalasPadamSya ad syiling republik china 10cash ( tsing kiang) tema naga mula keluaran pda thun 1905 tarikh keluarn akhir 1905 edran standard kndugan tembaga satu lagi 10cash (hupeh province ) tema naga keluaran pda tahun 1902 berakhir 1905 kndugan tembaga ,syiling ini sepasang syiling 1sen 1973 melekat dn tidak mlekat ,50cents 20cents 10cents 5cents queen dan king malaya , 50sen security edge 1967.1968.1969 berapa nilai syiling yg sya ada ini dato ....0103996473 yg brminat blh cll
PadamSalam dato...hendak tnya..berape ea harga 1 rupee india 1903...
BalasPadamSalam dato.saya ingin bertanye mengenai syiling flower prize jewellery modern 1938.
BalasPadamSaya mempunyai syiling ini.
Jika dato ingin berkongsi maklumat dgn saya..dan saya juga ingin mengetahui maklumat mengenainya...sila hubungi saya
019-6723612 shukri.
Terima kasih.
Salam dato..sy ingin bertanya ttng nilai one cent united states of america tahun 1906..
BalasPadamSalam dato. ,
BalasPadamSaya mempunyai emas syiling lama tahun 1903,
Di syiling ada tertulis . Primer. Jewellery.Modem. Flower.
Di belakang syiling ada gambar kepala macam permaisuri..
Berapa kah nilainya kalau saya nak jual?
Maaf bukan primer yang tepat apa yg tertera di syiling tu> prize, jewellery. Moderm. Flower. 1903
BalasPadamSila hubungi saya 01121999739,muhammad.
BalasPadamsalam dato..
BalasPadamsaya nak tanye duit syiling 1 sen thn 1989& 1967 brape nilai n nk jual kat mana.. 0129541897
Saya nak tanya berapa nilai duit rm20 keluaran pertama sign tan sri abdul aziz haji taha..sebab sy ada sekeping
BalasPadamSaya nak tanya berapa nilai duit rm20 keluaran pertama sign tan sri abdul aziz haji taha..sebab sy ada sekeping
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam dato,
BalasPadamSaya Ada meyimpan syiling strait settlement queen Victoria tahun 1900 10 sen Dan baru ni saya ada permintaan drp org luar negara ingin membeli nya dan saya bukan lah seorang pemgumpul syiling Yang berpenglaman dan tak tahu nak buat macamna.. boleh ke datuk memberikan saya cadangan terima kasih-0123945185
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalam dato
BalasPadamSy nk tye note rm1 jaafar siri 6
BA without security BA0000001-BA?
BA with security BA?- BA?
Assalam dato'...tumpang tnya sbnarnya apa klebihan wang krtas rm1 dgn prefix AAA*******?msih ada ke yg mnat dgn wang trsebut?klu ade brapa nilainya? Mhon pnjelasn....klu ade bleh ws 0148881906
BalasPadamAssalam dato'...tumpang tnya sbnarnya apa klebihan wang krtas rm1 dgn prefix AAA*******?msih ada ke yg mnat dgn wang trsebut?klu ade brapa nilainya? Mhon pnjelasn....klu ade bleh ws 0148881906
BalasPadamdato sya ada token jewellery and ornaments modern tahun 1953
BalasPadamSy ade duit syiling, jewellery and ornamaents modern 1951, mane sy bole jual duit ini?
BalasPadamSalam Dato' sy ad duit syiling,jewellery and ornaments modern 1964,sy nk tau berape nilai pasaran duit tersebut.
BalasPadamSalam dato sy nk betanye sy ada duit syliling 5ringgit tahun 1971 boleh sy tahu nilai harga duit syliling tersebut terima kasih dato
BalasPadamPagi dato
BalasPadamSaya mandela saya punya coin jewellery modern ornameents tahun 1900 dato. Sekirenya berapakah harga jualnya dato.
Terimakasih
Boleh saya bertanya?dah jual ke coin tu?adakah emas atau tembaga?saya juga ada satu di kepala queen tertulis penang..coin yang sama jewellery modern ornaments
PadamPagi dato
BalasPadamSaya ada syiling emas queen victoria tahun 1896. Yg bertulis gold of jewelery gambar queen dan sebelah di cetak wanita menaiki kuda dan tahun di buat iaitu 1896. Berapa nilai nya dato. Urgent. Tq
Dato saya ada coin modern jewelery and ornaments tahun 1964..brp nilainya kalau nak jual...i search google xkeluar...i nak jual
BalasPadamSy pun ada jgk nk jual tp tk tau harga
PadamSlm shhtera dato sy ade duit syiling medal prize chinese 1938 dlm bntuk kalung nenek sy punye dlu2 brpe hrga pasaran ye dato baik emas dan bukan emas.
BalasPadamRuang perbincangan tentang duit lama yang bermanfaat
BalasPadamAssalamualaikum dan selamat petang...Dato'...maafkan saya ingin bertanya...
BalasPadamNumismatik Penang bila akan diadakan pada tahun ini 2022...terima Kaseh Dato'info yg Dato'sampaikan amat lah dihargai...❤️❤️❤️
Saya ade duit syiling emas lama jewelery modern flower prize tahun 1938 nak tanya ade harga x?
BalasPadamSaya nk jual duit syilling lama tp sy tak thu macamana nk cari pembeli nya.. Boleh bantu sy cari pembeli..
BalasPadamSy ada duit syiling lama Malaysia
BalasPadam10sen 20sen 50sen boleh beritahu tahun bila yg dicari oleh pembeli