Khamis, 3 Januari 2013

SYILING 1SEN 1994 KESILAPAN TEMPA .

SYILING KESILAPAN TEMPA .
Syiling  1sen 1994
Ditempa di Kilang Wang Shah Alam.
Jumlah Tempaan 185,084,682
Kandungan logam keluli bersalut gangsa
Berat 1.74 gram
Garis pusat 17.78mm

Galeri Sha Banknote  pada kali ini ingin memaparkan syiling 1sen 1994 yang agak keliru . Adakah Syiling ini  Syiling Kesilapan Tempa oleh  mesin atau Syiling  kesilapan  yang dibuat oleh manusia .
Setelah puas meneliti  dan memikirkan sebab dan bagaimana syiling ini mengalami Kesilapan Tempa . Galeri Sha Banknote teringat  2 koleksi Acuan yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote yang dikenali sebagai Acuan penukul dan Acuan Andas  yang mungkin dapat membantu Galeri Sha Banknote  dapat memahami kenapa dan bagaimana kesilapan Tempa ini berkemungkinan  berlaku  atau tidak  .  Di bawah ini kita lihat dulu keadaan dan gambaran duit syiling Kesilapan Tempa 1sen tahun 1994  yang hendak kita bincangkan  .

            GAMBAR SYILING KESILAPAN TEMPA
                               Muka hadapan


Lihat Kesilapan Tempa muka depan syiling ini seperti yang ditandakan .Terdapat tompokan lebihan bebentuk gelembong di angka 94 , diangka 1sen ,  dikelopak bunga raya dan dot di atas bunga raya.
 
                        GAMBAR MUKA BELAKANG

Dimuka belakang Syiling ini juga terdapat kesilapan Tempa  yang ketara seperti yang ditandakan .  Terdapat tompok lebihan berbentuk gelembong .


Daripada apa yang kita lihat  syiling ini  terdapat berlakunya  Serentak Kesilapan Tempa  dikedua-dua belah muka syiling ini .  Namun kita agak keliru adakah Kesilapan Tempa pada Syiling ini datang dari asal Kesilapan Tempa kerana Mesin atau  Kesilapan tempa yang dibuat oleh manusia .  Kalau ianya dari Kesilapan Tempa kerana mesin  apakah kategori Kesilapan Tempa yang telah dinamakan oleh Ahli Numismatik Antarabangsa .  Untuk   pemahaman selanjutnya mari kita lihat  dulu Acuan Penukul  dan Acuan Andas  dibawah ini  .

           GAMBAR ACUAN PENUKUL



Mari kita lihat secara dekat apa itu acuan penukul .   Acuan Penukul adalah Acuan  yang dipasang pada sebelah atas mesin penempa  .  Dibahagian  hujung acuan Penukul ini dipanggil  Acuan Bekerja  untuk menempa permukaan atas syiling kosong .   Sifat Acuan Bekerja  ini  ialah imejnya adalah terbalik dan tengelam  .

         GAMBAR ACUAN ANDAS




Acuan Andas ialah Acuan yang dipasang pada kedudukan sebelah bawah Mesin Penempa .  Andas ialah tapak keluli yang menjadi alas kepada kerja menempa sesuatu objak  .  Di bahagian hujung Acuan Andas ini dipanggil Acuan bekerja untuk menempa permukan  bawah syiling kosong .  Sifat Acuan Bekerja ini ialah imejnya  adalah terbalih dan tengelam   .

       GAMBAR SYILING KOSONG





Gambar Syiling Kosong sebelum ditempa . Syiling Kosong ini adalah peringkat pemulaan proses untuk membuat Syiling .  Asal ianya adalah sekeping jaluran logam lebar  kemudian ditempa mengikut saiz syiling yang dikehendaki dengan mengunakan Acuan  yang  dipanggil Acuan  Kosong .  Sifat Syiling Kosong ini ialah ianya adalah rata  sehingga ke bahagian tepi dan masih  belum dibentuk Bingkai dibahagian tepinya .  Apabila Syiling Kosong dibentukkan dibahagian tepi dan menghasilkan  Bingkai                                                             maka Syiling Kosong ini dipanggil Syiling Kosong Berbingkai atau Planchet .   Semasa tempaan Syiling Kosong ini beberapa kesilapan Tempaan berkemungkinan   akan berlaku diantaranya dipanggil Syiling Kosong Berbingkai Tergunting Melengkung   [ Curve Clip Planchet ] ,  Syiling Kosong Tergunting Lurus  [ Straight Clip Planchet ]  dan Syiling Kosong Tekoyak [ Ragged Clip Planchet ] dan Syiling Kosong Berbingkai Merekah .  [ Split Planchet ] dan Syiling kosong Berbingkai Mengelembong udara  [ Bubbled Gas Planchet  ]

Dari gambar Syiling 1sen 1994  yang dipaparkan diatas adakah  Syiling  ini  dalam  dikategorikan yang mana satu  samada dalam kategori  Acuan  Merekah  [ Split Die ] atau Acuan Tertusuk [ Die Gouge ] atau Acuan Terserpih [ Die Chip ] atau Syiling Kosong Berbingkai Gelembong Udara  [ Bubbled Gas Planchet ]  yang mana satu atau sebaliknya Syiling Kesilapan Tempa ini adalah palsu  yang sengaja dibuat oleh manusia .





3 ulasan:

  1. Salam Dato',
    Syiling 1 sen 1994 yang dipamirkan ini kelihatan spt kesan bubble gas iaitu terdapat gas/udara yg terperangkap didalam planchet syiling ini.Biasanya gelembong yang kelihatan ini akan terus membesar dan akhirnya lapisan copper akan pecah(ini mengambil masa yg agak lama)..
    banyak andaian tentang kejadian syiling spt ini,antaranya ialah gas yang terperangkap akan mengembang bila terdedah pada suhu tinggi diluar kilang dan juga tindak balas kimia yg berlaku dari dalam planchet..Bagi syiling copper clad steel spt 1 sen Malaysia,fenomena ini biasa dijumpai terjadi pada syiling2 yg tersimpan lama ditempat yg lembab.Pakar2 syiling error telah berbelah tentang premium syiling2 begini...

    Sangat menarik bila melihat dipamirkan working die spt diatas,kena pula dgn pengunaan bahasa Malaysia untuk berbagai istilah syiling error,harap pihak DBP dapat bantu kita nanti....

    Terima kasih Dato'...sekadar pendapat depankanta....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam depankanta
      Terima kasih atas pandangan tuan untuk jenis kecacatan syiling 1994 ini serta menerangkan sebab dan bagaimana kecacatan ini berlaku .
      Difahamkan kepingan logam untuk planchet syiling copper clad steel untuk syiling 1sen ini diimport dari China . Terdapat kelemahan pada keluli Planchet ini dimana apabila suhu head working die meningkat panas pada pengunaan melebihi 5000 kali tempaan menyebabkan salutan copper menjadi panas dan mudah mengelembung .
      Dari segi istilah bahasa ini adalah satu cubaan saya sahaja . Kalau pengunaannya mengusutkan lagi dalam memahami sesuatu subjek itu maka lebih baik kita teruskan saja dengan apa yang ada sekarang ini .
      Terima kasih Sahabatku depankanta .

      Padam
  2. Saya ada l keping l sen 2006 syhttps://vip.bdigroups.com/login.php?__err_msg=Unauthorized%20Area,%20please%20login%20again.syiling error.muka depan terdapat tompokan lebihan gelombang dr huruf 20 sampai ke bunga raya.muka belakang pon ada tompok an yg ketara.l sen perleman 1988 siling yg terbelah tengah.seperti syiling 50 lama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...