One Hundred Dollars
Variety Block Letter MTdan Variety Block Letter MT
GAMBAR 100 DOLLARS Variety I BLOCK LETTER MT
Block Letter MT lihat bentuk M adalah tegak dan warna tebal dan wang kertas variety I ini adalah berwarna grey purple yang lebih gelap dimuka hadapan dan belakang seperti yang di tanda dan ditunjukkan oleh anak panah .
GAMBAR 100 DOLLARS Variety II BLOCK LETTER MT
Blok Letter M T lihat bentuk M adalah condong sedikit dan warna variety II ini adalah grey purplenya terang sedikit dikedua belah muka hadapan dan muka belakang
Lihat block Letter M membuatkan perbezaan variety I dan Variety II
Pemerintahan Tentera Jepun di Malaya telahpun mengeluarkan Wang Kertas sendiri dalam nilaian 100 Dollars di Tanah Melayu antara tahun 1942 -1945 dengan Block Letter Siri MT . Merujuk kepada buku The Japanese Occupation Malaya Singapore and Its Currency karangan Dr. Wong Hon Sum mukasurat 48 dimaklumkan terdapat dua variety untuk Block Letter MT seperti yang di paparkan diatas . Bagi kolektor dan peminat koleksi Wang Kertas Jepun ini adalah disarankan untuk mencari dan mengumpul bagi kedua-dua variety I dan variety II ini untuk melengkapkan koleksi Wang Jepun Malaya .
Kalau tak silap saya , utk varieti M tegak terdapat 3 jenis yg berbeza dari segi kertas dan warna, yg sedikit susah utk jumpa warna ungu yg agak gelap, Dan yg jarang ditemui adalah kertas yg dikenali dgn Quadrille paper. Utk variety M condong tidak terdapat tera-air tetapi mmpunyai silk thread.
BalasPadamTerima kasih Tanpa nama
PadamMaklumat tambahan dari tuan amat berguna sekali bagi memperkemaskan lagi koleksi duit Jepun Malaya ini. kalau tuan tak keberatan sudilah sms maklumat peribadi tuan untuk menjadi Rakan Kelab Warisan Numismatik . Mungkin banyak lagi maklumat yang boleh kita kongsi bersama . Phone saya 0199185858 .