SEMPENA PERLANTIKAN DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR SITI AISHAH PADA 24hb. OKTOBER 1998 .
Obverse Potret DYMM Tengku Pemaisuri Selangor Siti Aishah sempena Perlantikan DYMM Tengku
Permaisuri Selangor pada 24hb. Oktober 1998 .
Reverse Lambang Kerajaan Selangor dengan catatan tulisan Jawi Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah pada 3 Rejab 1419 Hijrah
Weight 15.60 gram
Diameter 35mm
Thicknes 3mm
Edge Plain
Composition Silver
Mintage Limited Khas untuk Tetamu dan VVIP sahaja
MEDALLION PROOF DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR SITI AISHAH
Obverse
Reverse
nota***
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengeluarkan Medallion Sempena Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah pada 24hb, Oktober 1998 bersamaan 3 Rejab 1419 Hijrah yang dihadiahkan Khas kepada Tetamu dan VVIP yang hadir di Majlis tersebut . Galeri Sha Banknote difahamkan Medallion ini jarang dapat disimpan oleh kolektor kerana ianya adalah keluaran terhad khusus untuk VVIP sahaja .
Sesuatu yang Ironi bagi Kolektor semua nama Tengku Permaisuri Selangor Tok Puan Siti Aishah ini pernah dikaitkan dengan duit RM1 tandatangan seperti nama Aishah yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2000 yang sebenarnya ditandatangani oleh Tan Sri Dato Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman Gabenur BNM yang ke-6 . Kecelaruan ini ditambah lagi dengan cerita khurafat dari alam ghaib oleh Kumpulan mistik yang memahamkan duit Aishah ini adalah duit yang ada keindahan yang boleh dijadikan syarat pertukaran dengan alam ghaib yang hendak mengagihkan wang zakat para Wali-wali dan Rijalulghaib yang tersimpan di khazanah perbendaharaan alam ghaib . Cerita Karut ini menyebabkan harga duit RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan ini menjadi tinggi dan tidak munasabah langsung bagi kolektor Numismatik .
Pada awal muharam tahun lalu timbul pula cerita baru kumpulan mistik ini iaitu jemaah mereka gagal melakukan transaki dengan alam ghaib kerana Bank perbendaharan alam ghaib tidak dapat dikeluarkan kerana wang kertas Aishah ini kebanyakannya telah dipalsukan dan meminta kumpulan mistik ini mencari tukaran baru berupa syiling perak Aishah . Tetapi ini semuanya adalah perkara khurafat dan adalah palsu belaka . Galeri Sha Banknote pernah berhujah dengan kumpulan mistik ini selaku mempertahankan Numismatik ini agar tidak disalahkan gunakan . Secara moralnya kita boleh ambil iktibar dari pekara ini bahawa setiap aktiviti yang hendak kita buat hendaklah tidak lari dari Akidah dan jangan campuradukkan dengan perkara bodoh dan khurafat ini .
Medallion perak Aishah ini kini telah ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote dan kita nak lihat apakah reaksi gila selanjutnya selepas ini apabila mereka melihat medallion ini memang wujud .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan