Isnin, 23 Januari 2012

DUIT TEN DOLLARS KERBAU BAJAK MALAYA





Item : Ten Dollars Kerbau Bajak Malaya
Prefix : Ada 4 keping koleksi Galeri Sha Banknote
           A/6 011117
           A/4 219612
           A/68 140827
           A/1 986145-First Prefix
Issued : 1-3-1961
Signed : Tun Tan Siew Sin
Printed : Thomas De La Rue
Saiz : 134mm x 80mm
Kondisi : UNC
Status : R
Estimate Value : Rm1200.00
Owner : Galeri Sha Banknote


Duit Ten Dollars Malaya Kerbau Bajak ini dikeluarkan pada tahun 1961 dan ada 3 kategori prefix iaitu small letter A, big letter A dan Big  letter B. Kategori Big letter B adalah siri yang susah ditemui dan harganya tinggi.


Galeri Sha Banknote telah mengumpul duit Ten Dollars Kerbau Bajak sebanyak 4 keping dalam kategori small letter A. Koleksi Galeri Sha Banknote juga berjaya mengumpul first prefix small letter A iaitu A/1 986145 iaitu permulaan keluaran Ten Dollars Kerbau Bajak 1961. First Prefix A/1 ini dibeli di Johor dalam keadaan EF. Pengumpulan Ten Dollars Kerbau Bajak ini masih diteruskan untuk mendapatkan big letter A dan Big letter B dalam koleksi seterusnya Galeri Sha banknote. 

8 ulasan:

  1. Salam. En Sharudin, kami juga memiliki duit Kerbau Bajak 10 Dollars Malaya 1961 (1 keping)dalam keadaan yang baik.
    No. Siri A (Small letter) iaitu A/74 976549.
    Jika berminat sila add saya di facebook ye.
    Url: www.facebook.com/heynoarm

    BalasPadam
  2. Salam Dato',


    Saya baru menceburkan diri ke dalam hobi mengumpul duit lama. Beberapa tahun lepas, saya lebih giat mengumpul setem lama zaman Sultan Ibrahim (moyang Sultan sekarang) of Johore.

    Adakah Dato' mempunyai penjelasan mengenai duit kertas ini, iaitu kenapa ia begitu mahal? Adakah kebanyakan yang kondisi EF ke UNC disimpan oleh orang Singapura? Kawan saya beritahu saya, saya cuma rasa hairan kenapa ia begitu mahal sekali.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Mengumpul duit lama ini dikenali sebagai Numismatik . Numismatik ini ialah aktiviti mengumpul ,mengkaji, menjual, membeli dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan duit-duit lama.Buat masa ini Numismatik di malaysia ada persatuan iaitu Malaysia Numismatik Society MNS, Kelab Warisan Numismatik Malaysia, Persatuan duit kesultanan Melayu MASDINAR dan puluhan kelab Facebook yang ada sekarang ini . Pengiat Numismatik diMalaysia ini ada lebih kurang 60,000 yang aktif mengumpul,menjual dan membeli duit-duit lama . kita ada aktiviti lelongan auction duit-duit lama yang dikendalikan oleh malaysia Numismatic Society sebanyak 4 kali setahun di Muzium Negaradan beberapa Auction kecil di Johore di Malaka dan Shemelin Kuala Lumpur .

    Daripada keadaan dan reality ini kita lihat dunia Numismatik Malaysia bergitu aktif sekali dengan pelbagai aktiviti. Di Singapore pula terdapat banyak lebih kurang 4 Auction House yang mengadakan lelongan duit-duit lama kebanyakannya duit dari Strait settlements , Malaya dan Malaysia. Banyak duit-duit lama Malaysia terutama Duit Straits Settlement , Malaya dan zaman Jepun banyak disimpan oleh kolektor Singapore kerana duit-duit tersebut adalah duit mereka juga kerana Singapore ketika itu sebahagian daripada Malaysia yang pernah mereka gunakan diSingapore. Harga duit lama kita bergitu tinggi kerana salah satunya adalah kerana pembeli duit lama kita banyak daripada Singapore kerana nilaian matawang Singapore lebih tinggi berbanding dengan matawang Malaysia . Singapore adalah merupakan pusat pengumpulan koleksi-koleksi matawang Tanah Jajahan British dan Auction House yang terbesar buat masa ini di Asia Tenggara .

    Untuk perbandingan antara aktiviti philateli dan numismatic . Memanglah kebanyakan item numismatic lebih mahal dari item philateli . ini diantaranya kerana koleksi numismatik ini amat rare kerana jumlah koleksi duit lama ini amat terhad berbanding dengan kolektor yang sentiasa bertambah . Dan aktiviti jualbeli yang aktif sekali yang telah menjadi perniagaan yang mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan. Dan kolektor pulak akan cuba mencari item yang rare untuk dikumpulkan sebagai koleksi mereka dan juga investment kerana pertumbuhan kenaikan harga bagi item duit-duit lama ini sentiasa meningkat setiap tahun dalam kadar 20-30% kenaikan .

    Trend aktiviti ini Numismatik ini bukan sahaja dijadikan hobi tetapi ianya adalah pelaburan dimasa akan datang . ini menyebabkan Permintaan melebihi daripada pasaran. koleksi tidak berubah malah semakin kurang tetapi kolektor sentiasa bertambah dan meningkat .
    Sebagai contoh sekitar tahun 2012-2013 syiling 10sen 1971 masih banyak harga dalam rm250 sahaja tetapi 2014 syiling amat sukar ditemui menyebabkan harga 10sen 1971 telah mencecah RM650 . Bergitu juga 50sen 1969 kondisi UNC sekitar tahun 2012 harga baru RM600 tetapi pernah diAuction MNS di Muzium Negara baru ini ada yang membida sehingga RM2800 .

    Apa yang ingin saya katakan disini ialah hobi Mengumpul Duit Lama ini amat mencabar dan ianya bukan sahaja sebagai hobi tetapi invesment untuk masa hadapan. Masadepan Numismatik di Malaysia ini amat ceras sekali dan berkembang dengan aktif sekali.

    Teruskan bersama dengan mengumpul duit lama dan teruskan mengumpul setem kerana kedua-duanya adalah koleksi yang mencatatkan sejarah pada ketika itu.

    BalasPadam
  4. Salam Dato',


    Terima kasih di atas penjelasan Dato' yang amat terperinci. Betul kata Dato', salah satu penyebabnya adalah kadar tukaran wang asing yang lebih MENYEBELAHI penduduk Singapura.

    Saya dah buat keputusan muktamad untuk membeli 2 helai 1961 Malaya 10 Dollars kerbau bajak UNC minggu depan, satu untuk simpanan sendiri dan satu sebagai pelaburan kerana apa yang diterangkan Dato' tadi memang betul, populasi manusia semakin bertambah dan sememangnya akan muncul pengumpul baru, dan duit lama yang ditinggalkan memang setakat kuantiti itu sahaja, dan tidak dibuat lagi. Daripada saya simpan RM5000 di fixed deposit yang mendatangkan kadar faedah yang amat sedikit, lebih baik wang tersebut dilaburkan kepada 2 helai kerbau bajak UNC.

    Saya akan maklumkan Dato' sekiranya saya dapat membelinya pada Khamis minggu depan di kedai otai lama Steven Tan (kalau dia ada stok lagi). Saya akan beli "small A series/first series", sebab dalam pendapat saya, saya tak akan keluarkan duit yang banyak untuk membeli "ink" berlainan. Dan saya juga bukan kolektor yang kumpul benda-benda mengarut macam nombor siri "888888" yang diputar belit dijadikan "Fatt" padahal "pronunciation" tersebut adalah "Patt/Batt". Memang karut. Sebab itulah banyak orang (kebanyakannya kaum saya) bertungkus lumus untuk mendapatkan no tersebut.

    Dato' lain, mungkin Dato' akan membeli ketiga-tiga jenis kerbau bajak kerana Dato' mempunyai niat untuk membina sebuah muzium untuk memaparkan sekaligus tiga jenis nombor siri.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Salam Dato',


    Lupa nak "update" Dato' bahawa saya tidak dapat mencari Malaya 10 Dollars "kerbau" UNC setelah dicari di beberapa kedai terkemuka di Kuala Lumpur. Akhirnya bulan Mac tahun ini saya telah membeli sehelai RM500 tandatangan Gabenur T. S. Aziz Taha pada harga RM4350 dan kondisi "diclaim"kan AUNC dan saya telah hantar wang tersebut ke PMG dan kembali dengan 64 EPQ. Sewaktu saya membelinya, saya tidak menyiasat kualitinya dengan lebih mendalam sehinggalah saya sampai ke rumah dan di bawah cahaya UV memang ada bintik-bintik yang tidak dikenalpasti (macam dakwat). Namun nasib menyebelahi saya dapat juga PMG 64 EPQ.

    Oleh itu lain kali kenalah tengok betul-betul hahaha. Baru petang tadi saya membeli sehelai Malaysia siri ke-3 tandatangan Ismail M. Ali RM10 dengan harga RM450 (discount RM50 - UNC) foxing namun kualiti kertas masih original, cuma dah kuning banyak. Adakalanya, jangan terlalu taksub sangat dengan "perfection". Ada sehelai lagi yang putih melepak namun macam timbul bulu-bulu kertas yang saya syak macam pernah dibersihkan dengan pemadam atau dicuci, jadi saya beli yang "foxing" kekuningan itu.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan pandangan dan pengalaman tuan dalam kaedah mengumpul koleksi wang kertas ini . Daripada pengalaman tuan ini mungkin akan menjadi panduan kepada sahabat kita yang lain apabila membaca komen ini . Tahniah terima kasih.

      Padam

  6. Siapa ada rm 10.5.1 duit lama kerbau
    Dan mau jual pm saya pm.0189690397

    BalasPadam
  7. Siapa nak jual apa sahaja duit lama boleh wasap saya 0165521419

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...