Isnin, 23 Januari 2012

DUIT SPECIMEN/CONTOH RM5 SIRI KE7 JAAFAR HUSSIEN






Item : Duit Specimen Contoh Rm5 Siri ke7
Prefix : Specimen no 159 tiada nombor prefix
Issued : 1989
Signed : Tan Sri Jaafar Hussein
Printed : Thomas De La Rue
Saiz : 128mm x 68mm
Kondisi : Specimen UNC
Status : RR
Estimate Value : Rm5500.00
Owner : Galeri Sha Banknote


Duit contoh atau specimen Rm5 Jaafar Hussein Siri ke7 ini dikeluarkan pada tahun 1989.Galeri Sha Banknote telah berjaya mengumpul kali ke2 duit contoh/specimen ini dalam kategori Rm5 siri ke7 Jaafar Hussein daripada sahabat di Sungai Petani Kedah pada tahun lepas. Duit ini sangat kurang di pasaran kerana ianya amat terhad.


Kategori duit contoh specimen ini adalah diantara kegilaan bagi Galeri Sha Banknote untuk menjejaki dan mengabadikan didalam senarai koleksi Exclusive Galeri Sha Banknote. Disepanjang tahun 2012 ini Galeri Sha Banknote akan menumpukan pencarian duit SPECIMEN,


Duit Contoh Specimen ialah wang kertas yang diedarkan khas hanya kepada Bank Negara sahaja. Kuantitinya amat limited dan exclusive. Ciri utamanya adalah kehadiran perkataan "CONTOH" atau "SPECMEN" dimana nombor sirinya tiada dicetak atau nombor sirinya semuanya kosong- kosong sahaja. Tercatat satu nombor siri khas specimen di matawang ini. Duit contoh specimen ini tidak diedarkan kepada edaran biasa pengguna awam tetapi khas untuk Bank Negara sahaja. Keterangan ini dirujuk daripada buku Peter Eu dan Ben Chiew mukasurat 90.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...