Rabu, 18 Januari 2012

DUIT RM5 ZETI AZIZ POLYMER SIRI KE11





Matawang Rm5 Zeti Aziz siri ke11 dikeluarkan oleh Bank Negara pada tahun 2004 dengan wang baru polymer yang dicetak di Australia. First prefixnya ialah CA dan last prefixnya masih tertanya-tanya dalam buku meramalkan last prefix adalah EG.

Walaubagaimanapun saya telah dihubungi oleh rakan bank dan menyata beliau ada satu bundle 100 keping running number prefix EJ. Dengan keluarnya matawang polimer baru yang dilancarkan baru-baru ini maka keluaran polimer lama diberhentikan sehingga prefix EJ. Saya masih ragu-ragu kerana tidak dapat membuat rujukan untuk menentukan kesahihannya prefix EJ adalah last prefix.

Walaubagaimanapun saya tetap meneruskan hajat dengan memilik prefix EJ 4858201 - EJ 4858300. Jika keluaran matawang Rm5 polimer ini tamat dengan prefix ini maka EJ ini akan jadi last prefix dan bolehlah kita berkongsi. Sesiapa yang berminat last prefix EJ ini kerana saya ada 100 keping running number.

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. saya ada prefix EK..mulanya memang ingat last prefix tapi dapat info yang katanya ada sampai EH..tapi EG jugak dikira last prefix sebab start dengan EH dah guna printer lain..betul ke tuan?

    BalasPadam
  3. salam dan terima kasih kerana melawati blog saya. Sebenarnya artikel ini saya tulis lama dulu awal bulan Januari kalau tak silap saya dan fakta saya tu hanyalah ramalan sahaja kerana matawang baru akan keluar dan kemungkinan duit sediada akan ditamatkan cetakannya.
    Ramalan tak menjadi, tuan juga boleh melawati blog rakan kita yang lain seperti blog Simpan Kemas ada menerangkan prefix RM5 polimer ini. Difahamkan bahawa RM5 polimer ini ada dua percetakan . Cetakan pertama First Prefix adalah CA dan berakhir Last Prefix EG dan Cetakan kedua bermula First prefix EH dan Last Prefix masih menjadi tandatanya lagi kerana cetakan duit ini masih berjalan.... namun Replacement untuk duit ini masih lagi prefix ZA.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. blog saya EJ last prefix ini telah ditulis lama pada ketika itu sebagai ramalan saia EJ last prefix tetapi ramalan tak menjadi, Last prefix adalah EM .

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...