Sabtu, 12 Mei 2012

ONE PICE VEIC BALEMARK PENANG 1787 [ VARIASI STAR 6 KELOPAK ]


                     
 Dalam paparan pertama dahulu Gakeri Sha Banknote telahpun memaparkan One Pice Uniface iaitu duit siling Tembaga pertama yang digunakan oleh British di Pulau Pinang. Duit ini dicetak tidak bertarikh dan ianya dicetak hanya muka hadapan uniface lambang Balemark bernilai One Pice. Duit ini mula diperkenalkan oleh Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786.

                        Kemudian siri selanjutnya dipaparkan  duit siling tembaga Half Pice VEIC Balemark Jezirah Perinssa  ab Wailis variasi star 6 kelopak yang digunakan  sebagai matawang rasmi Jajahan  British di Pulau Pinang pada tahun 1787.

                        Dan pada kali ini siri ke 3 Galeri Sha Banknote  ingin memaparkan Duit Siling Tembaga One Pice VEIC Balemark Jezirah Perissa ab Wailis variasi star 6 kelopak. Duit siling tembaga ini di tempa di Kilang Duit Calcutta, Bengal India dan dibawa masuk oleh penjajah Syarikat India Timur British untuk kegunaan sebagai matawang rasmi penjajah British di Pulau Pinang pada tahun 1787.

                       Difahamkan jumlah duit tembaga one pice ini tidak dapat diketahui jumlahnya dengan tepat tetapi mintage untuk duit one pice ini amat sedikit . Dan  Duit ini dicetak di India untuk kegunaan pentadbiran VEIC di Pulau Pinang sahaja.

                       Bagi peminat Numismatik untuk mendapatkan duit tembaga One Pice VEIC 1787 ini amatlah sukar kerana duit tembaga ini telah berusia 225 tahun dahulu. Galeri Sha Banknote telah memperoleh duit ini melalui pembelian lot 1 Auction MNS 151 pada 28/3/2012 baru-baru ini.


Gambar Muka Hadapan



VEIC United East India Companys Balemark 1787
Variasi star 6 kelopak



Gambar Muka Belakang


Tulisan Jawi Jezirah  Perrinsa ab Wailis variasi Bintang 6 Kelopak


Prosiding Numismatik Spesifikasi

Item                  : One Pice Balemark Penang 
Tahun                : 1787
Muka Depan     : VEIC United East India Company Balemark tertera angka 17 -  star 6 kelopak - 87 bermaksud tahun 1787 variasi star 6 kelopak.
Muka Belakang : Tulisan Jawi " Jezirah Perrinsa Abwailis  (  Island Prince of Wales )
Sisi Tepi            : Kosong Licin
Berat                 : 8.90gram
Garis Pusat        : 25.8mm
Kandungan        : Tembaga
Variasi               :  Star 6 kelopak
Kondisi              : Extremely Fine
Estimate Value    : Rm 1800.00
Owner                : Galeri Sha Banknote

Artikel selanjutnya selepas ini adalah duit One Pice Balemark Penang 1787 Variasi Rosette 7 dot dan One Pice GF Gavernor Farquhar yang dikategorikan Extremely Rare RRR untuk tatapan rakan semua.

3 ulasan:

  1. Saya ada sekeping duit syiling one piece veic ni.ada sesiapa yg berminat blh la hubungi sya d nombor 0135889124

    BalasPadam
  2. Saya ada sekeping duit syiling one piece veic ni.ada sesiapa yg berminat blh la hubungi sya d nombor 0135889124

    BalasPadam
  3. Sy ada sekeping yg sama dan nk menjualnya ..
    bagaimana nk berhubung ??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...