Isnin, 21 Mei 2012

DUIT TIMAH ONE PICE GAVERNOR FARQUHAR PENANG 1805



Kemuncak kepada koleksi duit siling pejajah VEIC Penang ini adalah bilamana Galeri Sha Banknote berjaya menemui duit timah One Pice GF Gavernor Farquhar 1805 berada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.

Daripada fakta sejarah semasa British VEIC menjajah Penang pada tahun 1805 Governor Farquhar telahpun memperkenalkan duit baru selepas Balemark series iaitu duit timah One Pice GF Gavernor Farquhar dibuat daripada timah dan ditempa sendiri di Pulau Pinang pada tahun 1805. Duit timah ini digunakan oleh British sekejap sahaja antara 1805 hingga 1812 dan pada tahun 1812 British telah menarikbalik penggunaan duit timah ini dan diganti dengan duit siling tembaga baru.

Duit timah one pice GF Governor Farquhar ini adalah dikira sebagai koleksi siling Penang yang amat Extremely Rare RRR dan amat sukar diperolehi lagi. Galeri Sha Banknote memperolehi duit timah Governor Farquhar ini daripada penyelam harta karun yang ditemui di dalam lumpur di laut Pulau Pinang. Kondisi duit ini masih lagi kuat berbau lumpur dengan keadaan tulisan GF adalah agak pudar tetapi masih dapat menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Kondisi duit ini masih lagi baik dalam keadaan asal bentuknya.

GAMBOR DUIT TIMAH ONE PICE GF GOVERNOR FARQUHAR1805.




Mukadepan Uniface





Muka belakang.

Kosong

 Didalam buku Warisan Numismatik Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara malayasia mukasurat 214 ada memaparkan duit ini dan dipamerkan di Galeri Muzium  Sasana Kijang Bank Negara.

PROSIDING NUMISMSTIK SPESIFIKASI


Item                  : One Pice GF Governor Farquhar
Tahun                : 1805
Muka Depan     : Simbol huruf roman GF bermaksud Governor Farquhar dalam lingkaran bulatan 
Muka Belakang : Kosong
Sisi Tepi            : Kosong Licin
Berat                 : 32.00gram
Garis Pusat        : 44mm
Kandungan        : Timah
Kondisi              : Extremely Rare RRR
Owner               :  Galeri Sha Banknote
Estimate Value    : Rm 6000.00
Owner                : Galeri Sha Banknote


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...