Jumaat, 11 Mei 2012

HALF PICE VEIC BALEMARK PENANG 1787 [ VARIASI BINTANG 6 KELOPAK ]

           

    Seperti yang dijanjikan Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan duit siling Penang di bawah Pemerintahan Penjajah VEIC  Syarikat India Timur British yang menjajah Penang pada  11hb ogos 1787. Francis Light semasa penjajahannya di Penang telah memperkenalkan duit VEIC Balemark ini untuk kegunaan sebagai matawang rasmi di Penang dalam nilaian 1/4 Pice, Half Pice dan  One Pice.
                 Pada kali ini Galeri Sha Banknote ingin memaparkan duit Half Pice VEIC Balemark Penang 1787.Duit ini ditempa dikilang duit di Culcatta, Bengal India tahun 1787 dan Francis Light  telah membawa  masuk duit ini untuk kegunaan Pihak British VEIC di Penang pada tahun 1787.


GAMBAR MUKADEPAN


VEIC United East India Company 1787





GAMBAR MUKABELAKANG


Tulisan Jawi Jezirah Perinssa ab Wailis


PROSIDING NUMISMSTIK SPESIFIKASI


Item                  : Half Pice Balemark Penang Variasi Bintang 6 Kelopak
Tahun                : 1787
Muka Depan     : VEIC United East India Company Balemark tertera tahun 1787 dipisahkan oleh bintang 6 kelopak
Muka Belakang : Tulisan Jawi " Jezirah Perrinsa Abwailis "(Island Prince of Wales)
Sisi Tepi            : Kosong Licin
Berat                 : 3.90gram
Garis Pusat        : 18mm
Kandungan        : Tembaga
Variasi               : Six Pointed Star
Kondisi              : Extremely Fine
Estimate Value    : Rm 1500.00
Owner                : Galeri Sha Banknote

Untuk makluman Duit Half Pice Penang Balemark Series 1787 ini adalah koleksi Galeri Sha Banknote yang diperolehi melalui pembelian Lot 3 Auction MNS 151 pada 28/3/2012.

Bagi koleksi selanjutnya akan menyusul selepas ini duit Penang siri 1 Pice Jezirah Perrinsa Abwailis variasi bintang 6 kelopak dan Rosette 7 dot. Dan yang paling rare dalam siri duit siling Penang ini ialah duit 1 Pice GF Governor Farquhar yang akan menyusul selepas ini.



3 ulasan:

  1. Bagus sekali, akhirnya coin Penang ini berada didalam tangan Dato',orang yang amat tahu menhargai,manghayati dan menikmatinya.Syabas!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan Dickson kerana memberi panduan dan mengenalkan kepada abang Ishar untuk mendapatkan beberapa koleksi indah coin Penang ini.

    BalasPadam
  3. Saya mempunyai 3 keping koleksi peribadi untuk dilepaskan, dan satu printed error, betul berminat boleh dapatkan. Koleksi ini Amat unik dan mempunyai sejarahnya tersendiri dan is adalah aset untuk masa harap an boleh hubungi saya di whatsapp 0133419889
    Terima kasih Tuan Admin. Izin kan saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...