Rabu, 19 Disember 2012

LAWATAN KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN, BHD KUALA KANGSAR PERAK.

LAWATAN KEKILANG MARIWASA KRAFTANGAN SDN. BHD KUALA KANGSAR , PERAK.


                  Seramai 42 orang peserta daripada Kelab Warisan Numismatik telahpun selamat mengadakan Kunjung Homat dan Lawatan Kekilang MARIWASA  Kraftangan Sdn. Bhd di Kuala Kangsar Perak pada 18.12.2012 selama 2 jam setengah bermula pukul 2.00 petang hingga pukul 4.30 ptg dengan  dengan disambut dan diberitaklimat  oleh  Encik Masmudin bin Hj  Rabien selaku Pengurus Pentadbiran   dan Encik Wahab bin Wahid selaku Operation Manager Production daripada MARIWASA Sdn Bhd.
                  Taklimat diberi adalah bekaitan dengan Latarbelakang syarikat Mariwasa  kemudian Para ahli Kelab Warisan Numismatik di bawa sendiri melawat  dan melihat secara dekat bagai mana sesuatu proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya  proses rekaan die atau acuan , kemudian  proses penempaan   medalion ,  kemudian  proses cantuman pengikat medal ,  proses pegilatan , dan proses pembukusan . Secara keseluruhannya Ahli   Kelab   Warisan Numismatik  sedikit sebanyak dapat mempelajari secara praktikal  sesuatu penempaan medalion yang kaedahnya seakan sama juga dengan proses penempaan duit syiling BNM  .  Secara keseluruhan dikesempatan Galeri Sha Banknote bersama Ahli Kelab  Warisan Numismatik dan Layanan daripada Staf  MARIWASA dan  dengan ilmu  yang dapat dipelajari  Galeri Sha Banknote amat berpuashati  dan  merasakan  inilah diatara  usaha yang berterus bagi memelihara Warisan Numismatik Negara . Terima kasih kepada MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd. kuala Kangsar ,  Safari Riverside Kuala Kangsar  dan Semua peserta lawatan dan urusetia Kelab Warisan Numismatik yang menjayakan program ini .
                Inilah lakaran detik-detik peristiwa lawatan tersebut yang boleh dilakarkan  sepanjang bermula di Safari Riverside Kuala Kangsar , Perak , dan Lawatan Keling MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd.
                 
Perjumpaan Di Safari Riverside Kuala Kangsar

Safari Riverside Resort Kuala Kangsar

Safari Riverside Resort Kuala Kangsar

Dua Congkak baru tiba

Ketibaan Sifu Tuan Dickson & Brother Lunaticg

Sdr. Setiausaha Kelab Warisan Numismatik  sedang meneliti senarai peserta

Sdr Manfaj mengemukakan soalan

Dato Presiden menyampaikan taklimat

Taklimat diberi di Safari Riverside Resort

Taklimat disampaikan oleh Dato Presiden

Sijil Disampaikan kepada Sifu Ishar Latif

Sijil disampaikan  kepada dua conggak

Dato Presiden berseloroh dengan Brother Lunatiqc semasa menyampaikan sijil

Taklimat oleh Dato Presiden

Gambar Kenangan Ahli Kelab Warisan Numismatik dan pesrta lawatan  di Hadapan Loby Safari Reverside Resort sebelum bertolak ke Kilang MARIWASA

Peserta tiba dihadapan Kilang MARWASA dan taklimat ringkas Dato Presiden

Encik Masmudin memberi taklimat kepada peserta

Taklimat oleh Encik Masmudin bin hj Rabaien

Dato Presiden menyampaikan cenderahati kepada encik Masmudin

Bilik membuat mould/die

Mesin berteknologi tinggi Impala membuat Mould/Die

Bilik komputer rekabentuk 3D untuk master  mould/die 

Encik Wahab Pengurus Production sedang menyampaikan taklimat

Encik Wahab menunjukan contoh die 

Mesin menempa medalion

Planchet medalion brass yang diimpot daripada Japan

Mesin Menempa Medalion

Medalion yang siap ditempa muka belakang

Medalion yang siap ditempa mukadepan


Medalion siap ditempa

Bilik tempaan Medalion

Proses mencantum pengikat medalion





proses membuat mould/die


Sebahagian mould/die yang ditempah oleh SUK Pahang

Sebahagian Mould /die yang telah  digunakan

proses welding pengikat tali medal

Proses mengukir medal

Mesin berteknologi tinggi

Sebahagian mesin yang digunakan

proses pengilap

Proses rendaman dengan asid

Medal yang telah siap proses pembukusan

Proses pembukusan

Bilik proses akhir pembukusan


7 ulasan:

  1. Dato'
    Ribuan terima kasih atas segara-segaranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali.
      Selepas ini semua ahli Kelab Warisan Numismatik dijemput hadir di Auction MNS , di Muzium Negara pada 23.12.2012 . Peluang perjumpaan ini amat baik sekali kerana kita dapat kenal mengenal disamping itu bolehlah meneruskan pencarian koleksi baru yang belum kita ada lagi dan mana-mana ahli yang ada lebih koleksi boleh bawa sekali koleksi mereka untuk dilihat oleh rakan-rakan yang kebetulan mungkin boleh jual dan bertukar-tukar koleksi . semoga usaha berterusan memelihara warisan Numismatik diteruskan dengan pelbagai aktiviti.
      Terima kasih

      Padam
  2. dengan lawatan tersebut memberikan saya pengalaman baru yg sangat berharga dalam menjadikan numismatik sebagai hobi... terima kasih kelab warisan numismatik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Hafiz GSK
      Kalau ada peluang lagi tahun depan kita akan buat pameran matawang lama di Muzium Seni Kuantan . Datanglah bawa keluarga sekali sambil boleh makan keropok di Tanjung Lumpur .
      Terima kasih.

      Padam
  3. salam dato
    hari ni baru dpt kesempatan kunjungi blog dato, terima kasih bnyk2 ats undangan dato memberi kesempatan dan tawaran yg amat bermakna dlm kunjungan tempohari, rasanya tanpa usaha dato, tdk mungkin kami dpt melihat proses sebenar bagai mana duit syiling dicetak walau pun kunjungan tersebut adalah cetakan utk medalion.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan Duacongkak .
      Terima kasih atas kesudian tuan dapat bersama kami pada program tersebut . Saya lihat satu perkara yang saya dapat dari program ini ialah kemesraan diantara kita memang akrab sungguh berbanding dahulu yang terjalin hanya disebalik blog masing-masing sahaja .
      Terima kasih sahabatku .

      Padam
  4. Sipe ade Duit aishah Rm1 50 100 bleh call atau whatsapp sy 013 583 7888....mksih...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...