Seramai 42 orang peserta daripada Kelab Warisan Numismatik telahpun selamat mengadakan Kunjung Homat dan Lawatan Kekilang MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd di Kuala Kangsar Perak pada 18.12.2012 selama 2 jam setengah bermula pukul 2.00 petang hingga pukul 4.30 ptg dengan dengan disambut dan diberitaklimat oleh Encik Masmudin bin Hj Rabien selaku Pengurus Pentadbiran dan Encik Wahab bin Wahid selaku Operation Manager Production daripada MARIWASA Sdn Bhd.
Taklimat diberi adalah bekaitan dengan Latarbelakang syarikat Mariwasa kemudian Para ahli Kelab Warisan Numismatik di bawa sendiri melawat dan melihat secara dekat bagai mana sesuatu proses pembuatan medal dan mesin makanikal yang digunakan sepanjang bermulanya proses rekaan die atau acuan , kemudian proses penempaan medalion , kemudian proses cantuman pengikat medal , proses pegilatan , dan proses pembukusan . Secara keseluruhannya Ahli Kelab Warisan Numismatik sedikit sebanyak dapat mempelajari secara praktikal sesuatu penempaan medalion yang kaedahnya seakan sama juga dengan proses penempaan duit syiling BNM . Secara keseluruhan dikesempatan Galeri Sha Banknote bersama Ahli Kelab Warisan Numismatik dan Layanan daripada Staf MARIWASA dan dengan ilmu yang dapat dipelajari Galeri Sha Banknote amat berpuashati dan merasakan inilah diatara usaha yang berterus bagi memelihara Warisan Numismatik Negara . Terima kasih kepada MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd. kuala Kangsar , Safari Riverside Kuala Kangsar dan Semua peserta lawatan dan urusetia Kelab Warisan Numismatik yang menjayakan program ini .
Inilah lakaran detik-detik peristiwa lawatan tersebut yang boleh dilakarkan sepanjang bermula di Safari Riverside Kuala Kangsar , Perak , dan Lawatan Keling MARIWASA Kraftangan Sdn. Bhd.
Perjumpaan Di Safari Riverside Kuala Kangsar
Safari Riverside Resort Kuala Kangsar
Safari Riverside Resort Kuala Kangsar
Dua Congkak baru tiba
Ketibaan Sifu Tuan Dickson & Brother Lunaticg
Sdr. Setiausaha Kelab Warisan Numismatik sedang meneliti senarai peserta
Sdr Manfaj mengemukakan soalan
Dato Presiden menyampaikan taklimat
Taklimat diberi di Safari Riverside Resort
Taklimat disampaikan oleh Dato Presiden
Sijil Disampaikan kepada Sifu Ishar Latif
Sijil disampaikan kepada dua conggak
Dato Presiden berseloroh dengan Brother Lunatiqc semasa menyampaikan sijil
Taklimat oleh Dato Presiden
Gambar Kenangan Ahli Kelab Warisan Numismatik dan pesrta lawatan di Hadapan Loby Safari Reverside Resort sebelum bertolak ke Kilang MARIWASA
Peserta tiba dihadapan Kilang MARWASA dan taklimat ringkas Dato Presiden
Encik Masmudin memberi taklimat kepada peserta
Taklimat oleh Encik Masmudin bin hj Rabaien
Dato Presiden menyampaikan cenderahati kepada encik Masmudin
Bilik membuat mould/die
Mesin berteknologi tinggi Impala membuat Mould/Die
Bilik komputer rekabentuk 3D untuk master mould/die
Encik Wahab Pengurus Production sedang menyampaikan taklimat
Encik Wahab menunjukan contoh die
Mesin menempa medalion
Planchet medalion brass yang diimpot daripada Japan
Mesin Menempa Medalion
Medalion yang siap ditempa muka belakang
Medalion yang siap ditempa mukadepan
Medalion siap ditempa
Bilik tempaan Medalion
Proses mencantum pengikat medalion
proses membuat mould/die
Sebahagian mould/die yang ditempah oleh SUK Pahang
Sebahagian Mould /die yang telah digunakan
proses welding pengikat tali medal
Proses mengukir medal
Mesin berteknologi tinggi
Sebahagian mesin yang digunakan
proses pengilap
Proses rendaman dengan asid
Medal yang telah siap proses pembukusan
Proses pembukusan
Bilik proses akhir pembukusan
Dato'
BalasPadamRibuan terima kasih atas segara-segaranya.
Terima kasih kembali.
PadamSelepas ini semua ahli Kelab Warisan Numismatik dijemput hadir di Auction MNS , di Muzium Negara pada 23.12.2012 . Peluang perjumpaan ini amat baik sekali kerana kita dapat kenal mengenal disamping itu bolehlah meneruskan pencarian koleksi baru yang belum kita ada lagi dan mana-mana ahli yang ada lebih koleksi boleh bawa sekali koleksi mereka untuk dilihat oleh rakan-rakan yang kebetulan mungkin boleh jual dan bertukar-tukar koleksi . semoga usaha berterusan memelihara warisan Numismatik diteruskan dengan pelbagai aktiviti.
Terima kasih
dengan lawatan tersebut memberikan saya pengalaman baru yg sangat berharga dalam menjadikan numismatik sebagai hobi... terima kasih kelab warisan numismatik.
BalasPadamTerima kasih Tuan Hafiz GSK
PadamKalau ada peluang lagi tahun depan kita akan buat pameran matawang lama di Muzium Seni Kuantan . Datanglah bawa keluarga sekali sambil boleh makan keropok di Tanjung Lumpur .
Terima kasih.
salam dato
BalasPadamhari ni baru dpt kesempatan kunjungi blog dato, terima kasih bnyk2 ats undangan dato memberi kesempatan dan tawaran yg amat bermakna dlm kunjungan tempohari, rasanya tanpa usaha dato, tdk mungkin kami dpt melihat proses sebenar bagai mana duit syiling dicetak walau pun kunjungan tersebut adalah cetakan utk medalion.
Salam tuan Duacongkak .
PadamTerima kasih atas kesudian tuan dapat bersama kami pada program tersebut . Saya lihat satu perkara yang saya dapat dari program ini ialah kemesraan diantara kita memang akrab sungguh berbanding dahulu yang terjalin hanya disebalik blog masing-masing sahaja .
Terima kasih sahabatku .
Sipe ade Duit aishah Rm1 50 100 bleh call atau whatsapp sy 013 583 7888....mksih...
BalasPadam