Ahad, 9 September 2012

WANG KERTAS REPLACEMEN RM100 Z/1 siri2 DAN X/1 siri4.

           Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan Wang Kertas  Replacemen  RM100  siri 2 Z/1 tandatangan Gabenur Tun Ismail Mohd Ali  tahun 1972  &  Replacemen RM100  siri 4  X/1 tandatangan Gabenur Tan Sri Abdul Aziz Taha  tahun 1981 yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote. Wang kertas Replacemen  ini adalah Wang Kertas  yang dicetak Khas untuk mengantikan Wang yang rosak yang perlu dilupuskan dengan gantian cetakan baru dengan mengunakan nombor Prefix Khas Z/1 atau X/1  yang dikenali sebagai  Prefix Replacemen. Kebiasaanya Wang Replacemen ini jumlah keluaranya amatlah sedikit berdasarkan kuantiti duit yang  rosak yang perlu dilupuskan dan perlu diganti tidaklah banyak dalam nilaian RM100. Replacement  Z/1 dan X/1 ini adalah dikira very rare [ RR ] dan harganya amat mahal dan sukar diperolehi pada masa kini.   Wang Kertas Replacemen ini  dicetak oleh Thomas De La Rue  dan  Bersaiz 158mm x 95mm.






GambarWang Kertas Replacemen Z/1 0147664
Siri kedua
Tahun 1972





Gambar Wang Kertas Replacemen  X/1 016461
Siri ke 4
Tahun 1981


Dengan adanya Replacemen Z/1 dan Replacemen X/1 yang dipaparkan ini maka lengkaplah koleksi Galeri Sha Banknote untuk Wang kertas Replacemen RM100 siri 1 hingga siri 4.



4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...