Selasa, 11 September 2012

KOLEKSI PEN WANG KERTAS MALAYSIA .


                        Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin berkongsi bersama mengenai koleksi Pen Cebisan Wang Kertas Malaysia yang dikeluarkan oleh Muzium dan Geleri Seni  Bank Negara Malaysia. Pen ini dikeluarkan dalam 4 versi iaitu Pen Warna Biru ungu untuk cebisan RM5,  Pen Warna Putih untuk cebisan RM10, Pen Warna Hitam untuk cebisan RM50 dan Pen Warna Biru untuk cebisan RM100.
                         Pen ini direkabentuk Khas oleh Pihak Muzium dan Geleri Seni Bank Negara dimana bahagian atas Pen tersebut direkabentuk khas mengunakan bahan Lutsinar diisikan bendalir dan cebisan Wang Kertas ASLI yang telah diracik halus dan boleh dilihat sebagai simbul keindahan dan keunikan koleksi  Pen ini  yang boleh memaparkan Wang Kertas RM5, RM10, RM50, dan RM100 cebisan Wang Kertas ASLI yang telah dilupuskan . Bersama ini dipaparkan gambar Pen yang mengandungi  cebisan Wang Kertas ASLI yang dilupuskan untuk Pen RM5, RM10, RM50 dan RM100 yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.




Gambar Pen Cebisan Wang Kertas RM5
Keluaran Muzium dan Geleri Seni Bank Negara Malaysia




Gambar  Pen Cebisan Wang Kertas RM10
Keluaran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia




Gambar Pen Cebisan Wang Kertas RM100
Keluaran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia




Gambar Pen Cebisan Wang Kertas RM50
Keluaran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

1 ulasan:

  1. Salam, Tuan
    Daripada ulasan tuan menyatakan Pen Warna Hitam untuk cebisan RM50 dan Pen Warna Biru untuk cebisan RM100.
    Tapi amatan saya pada gambaran yang diberi adalah sebaliknya.
    Harap maklum

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...