Selasa, 11 September 2012

SYILING MUSANG KING 1SEN 1976.

                   Seharian suntuk meeting Di KL dalam perjalan balik melalui Lebuhraya LPT sempat singgah di Karak makan Durian Musang King Bukit Tinggi.   Durian Musang King ini adalah Maharaja segala Durian kerana isinya memang sedap, manis, lemak dan Merah Kuning keemasan seakan-akan Warna Duit Copper 1Sen 1976 yang amat popular dan menjadi Maharaja Siling Malaysia sekarang ini.    Durian Musang King sekarang ini harganya  RM30 sekilo. Mr Yap yang singgah  makan durian bersama-sama kami disitu  merunggut sebab beliau berkata pada hujung  tahun lepas harga baru RM18 sekilo  tapi pada tahun ini meningkat sampai RM30 sekilo. Galeri Sha Banknote rasa nak tergelak sendirian kerana Dailognya sama saja dengan Mr. Lim Sungai Petani cakap 2 hari lepas apabila Galeri Sha Banknote bertanyakan kedudukan  Siling 1Sen  Copper 1976 Beliau cakap Duit 1Sen ini ada hantu la.. banyak cepat naik dulu masa hujung tahun lepas dia beli baru harga RM450 sahaja tetapi sekarang harga sudah naik tinggi woo itu Auction Singapore sampai harga RM4300.
                 Setelah selesai makan bersama driver  5 biji @ 8.5 kilo x RM28 [  lepas diskaun  ] jumlah RM238 Galeri Sha Banknote meneruskan perjalanan dan sempat tidur kekenyangan.  Sebelum terlelap Galeri Sha Banknote terfikir betul juga kata MR. Yap dan MR Lim  cakapkan tadi ,sememang rasanya tidak menasabah dan tak masuk akal berlaku kenaikan harga yang terlampau tetapi itulah hakikat yang menjadi kenyataanya dan kita terpaksa terima .
                 Untuk paparan kali ini Galeri Sha Banknote ingin menamakan Siling  Copper 1Sen 1976 ini sebagai Siling Musang King Copper 1976 sempena kedudukannya menerajui  Maharaja Durian dan  Maharaja Siling Malaysia Paling Mahal 2012.
                 Galeri Sha Banknote sempat mendapatkan koleksi Siling Musang King Copper ini 2 keping dalam ketogeri Fine Sahaja itupun atas ehsan kawan rapat dari Sungai Petani dan Johore Baharu.  Bersama-sama ini dipaparkan sedikit maklumat spesifikasi Siling Musang King Copper 1Sen 1976 dan gambarnya sekali. Bagi Kolektor yang belum lagi memiliki Siling Musang King ini, ayuh jangan tunggu lama-lama kerana jumlahnya ada 100 keping sahaja dan dapatkan dengan segera.

Tahun dikeluarkan : 1976
Kandungan            : Copper
Berat                     : 1.94gram
Diameter               :  17.7mm
Edge                     :  plain
Sifat                      :  Tidak lekat dengan magnet.
Mintage                 : 100 unit sahaja.
       
  Catatan tambahan***
 ***Mengenai kandungan bahan yang digunakan untuk duit siling ini ada 2 catatan iaitu dari kandungan Copper ataupun Bronze. Seperti maklum 1993 duit 1sen ditempa dalam 2 variety iaitu mengunakan planchet copper dan planchet copper clad steel sebagai cubaan yang manasatukah  variety bahan yang jimat dan efaktif.  Pihak Bank Negara telah membuat keputusan untuk tempaan seterusnya siling 1sen 1976 akan dibuat mengunakan kandungan Copper clad steel dan tidak mengunakan copper seperti siling 1sen sebelumnya .                                                
            Walaubagaimanapun difahamkan masih terdapat Planchet Copper lebihan tempaan  pada  siling 1sen baki tahun 1973 . Pihak Pengilang gagal melupuskannya dan lebihan Planchet kandungan copper ini  telah tersilap ditempa pula untuk keluaran siling 1sen tahun 1976 dan kuantitinya amat sedikit. kesilapan ini kemudianya disedari tetapi sebahagiannya telahpun diedarkan untuk perngunaan awam . Arahan telah dikeluarkan untuk ditarik balik dan dilupuskan. dan difahamkan hanya kuantitinya 100 unit sahaja  yang terlepas berada dalam edaran awam dan yang lain sempat dilupuskan .
            Dan dari rekod pengilang tidak pernah ada planchet siling 1sen ditempa daripada kandongan komposisi daripada Bronze atau Gangsa seperti yang tercatat didalam beberapa buku yang ada.
Secara kesimpulanya siling 1sen tahun 1976 yang Rare ini kandungan komposisi yang sebenarnya adalah Kandungan Copper ***.

                                     SILING  1sen 1976  kandungan Copper


Gambar Sepasang Musang King 1Sen 1976




Gambar muka depan & belakang Musang King 1 Sen 1976 Pertama




Gambar mukadepan & belakng Musang King 1Sen 1976 Kedua

2 ulasan:

  1. Tahniah Dato',walau dalam gred sederhana tapi keunikannya tetap masih sama dgn syiling bergred tinggi.Rasa terkilan juga berkaitan syiling ini kerana terdapat dua versi cerita logam syiling ini dalam catatan numismatik tempatan. Pertama adalah logam bronze spt yg dato' tulis ini dan kedua adalah logam copper,kedua logam ini hampir sama warna dan sama2 tidak lekat magnet.

    Harap Dato' dapat membuat pengesahan dgn mana2 pakar logam (jabatan geosains @ jabatan kimia?)untuk perkongsian bersama...Terima kasih banyak2 Dato'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih depankanta.
      Sayapun masih tidak dapat menentukan yang mana satu kandungan logam sebenar duit ini samada gangsa atau tembaga. maklumat awal hanya berdasarkan buku Stevan Tan dan Peter Eu & Ben Chiew mengatakan kandungan logam duit ini adalah Gangsa manakala buku KN Boon mengatakan Tembaga.
      Bergitu juga jumlah tempaannya di dalam buku rujukan mengatakan hanya tidak lebih daripada 100 keping sahaja tetapi dari pengamatan dan kenalan numismatik yang ada nampaknya ianya masih banyak pada kolektor kita dan ada yang mengatakan bukan 100 keping tetapi jumlahnya RM100 bermakna ada 10,000kpg.
      Mungkin Sahabat kita Tuan Dickson ada maklumat sebenar mengenai kedudukan duit ini yang dapat menjelaskan sedikit tentang duit ini untuk maklumat kepada ahli numismatik semua.
      Terima kasih depankanta atas komen dan pandang tuan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...