Ahad, 23 September 2012

TAMPANG TOPI BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD 1863-1914 [ Tampang 1/100 dollar Sepanyol @ 1 sen @ suku Tampang.]



GAMBAR TAMPANG TOPI BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD 1863-1914
Tampang 1/100 dollar Sepanyol atau 1sen atau suku Tampang







                         GAMBAR TAMPANG TOPI  1/100 DOLLAR  no.1




                         GAMBAR TAMPANG TOPI 1/100 DOLLAR  no. 2



                         TAMPANG DIKAT DENGAN  ' TALI GUNI '



 Spesifikasi

Jenis Tampang Topi 1/100 dollar Sepanyol @ 1sen   @ suku Tampang.
Matawang semasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Kerajaan Negeri Pahang.
Dikeluarkan Oleh Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad.
Tahun dikeluarkan 1878 [ 1295 hijrah ] sehingga 1889  dihentikan pengunaannya.
Tapak atas dihiasi dengan khaligrafi corak bunga.
Tapak bawah  ditempa tulisan Jawi dan Arab  ' Malik al Adil ' tarikh kepada bulan Rejab Sanat 1295
Ketinggian 8mm dari tapak ke puncak.
Ukuran  28mm x 28mm  empatsegi tepat.
Berat 13.05 gram.
Kandungan Timah.
Rarity very Rare [ RRR }
         
Sifat Tampang Topi ini ialah  terdapat satu lubang bagi tujuan senang untuk diikat dengan ' Tali Guni 'dan
agar senang dibawa sebagai pertukaran matawang  dengan susunan 40 biji satu gugus ikatan bersamaan Sepuluh biji Tampang 1/25  dollar  dan  @ 100 biji satu  gugus ikatan besamaan 1 dollar Sepanyol.   Tampang Topi Bendahara Sewa Raja Wan Ahmad 1863-1914 ini adalah Matawang yang terakhir yang  berbentuk  Tampang yang telah  dikeluarkan oleh Pemerintahan Negeri  Pahang .Tampang ini  dikeluarkan secara rasmi  pada tahun 1878 dan pengunaannya dihentikan pada tahun 1889   . Yang menariknya gelaran  ' Malik  al Adil ' tertera 1295H pada Tampang keluaran tahun  1878,  sedangkan  Bendahara  Sewa Raja Wan  Ahmad hanya ditabalkan dan bergelar Sultan Wan Ahmad Al Muadzam Shah pada tahun 1881. Ini  Jelas menunjukan bahawa kedudukan Beliau sebagai Pemerintah telah diiktiraf 3 tahun lebih awal sebelum  ditabalkan .

Galeri Sha Banknote pada masa ini memiliki 2 biji Tampang ini dan ingin membuat tawaran   penukaran dengan sahabat yang berminat bagi menambahkan koleksi kita bersama.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Dato...ada extra 1 tampang SS15 tak untuk dijual? saya berminat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...