Khamis, 26 Disember 2013

JOHOR KUPANG

MATAWANG KUPANG EMAS NEGERI JOHOR
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III
[ 1623-1677 ]
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf fi Jengka Pahang
20 Safar 1435

Pendahulauan
Matawang kupang Emas ini adalah dikeluarkan oleh Kesultanan Johor dibawah Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III [ 1623- 1677 ] Sultan yang ketujuh memerintah Negeri Johor .

OBVERSE
OBVERSE





NILAI TUKARAN KUPANG EMAS
Nilaian Tukaran Kupang Emas berbanding lain yang digunakan pada masa itu ialah

1 Kupang gold  =  2 Penjuru Silver   = 50 Katun Timah
4 Kupang gold  =  1 Mas Gold  =  8 Penjuru Silver  = 200 Katun Timah


SPESIFIKASI KUPANG EMAS

Obverse  : In Jawi " Sultan Abdul Jalil Shah "
Reverse  :  In jawi " Khalifafatul mukminin "
Composition : Gold
Bentuk    : Octagonal
Edge       : Plain
Weight    : 0.64gram
Diameter : 13mm
Refer      : P19/SS14
Condition: Extremely Fine VF
Rarity     : Extremely Rare RRR
Estimate Value RM1800.00
Koleksi berusia 390 Tahun
Owner Galeri Sha Banknote 1964

OBVERSE
Kupang Emas Johor
Sultan Abdul jalil Shah III
[ 1623-1677 ]
OBVERSE
In Jawi  Sultan Abdul Jalil Shah


REVERSE
REVERSE
In Arabic " Khalifatul Mukminin "

Life sanubariku
Galeri Sha Banknote amat kagum dengan Kupang Emas Johor ini kerana dari lakaran ini ianya adalah suatu singkapan sejarah pada ketika itu . Dari khalimah Khalifatul Mukminin adalah ungkapan yang jelas bahawa Pemerintahan pada ketika itu adalah mendaulahkan Islamiah yang mendukung AlQuraan dan AlSunnah sebagai petunjuk kepada orang Mukminin . Dan Raja pada ketika itu adalah pemerintah dan ianya diiktiraf sebagai Khalifatul Mukminin sebagai payung kepada orang mukminin yang memerintah dengan adil dan mendaulatkan alQuraan dan Alsunnah .

Dizaman Pemerintahan Khalifatul Mukminin Umar AlKhatab Matawang yang digunakan pada ketika itu adalah DINAR emas, DIRHAM perak dan Fulus tembaga . Khalifah Umar AlKhatab telahpun menetapkan semua Duit Emas adalah mempunyai berat yang standard iaitu setiap 1 DINAR adalah mempunyai berat bersamaan 1Misqak iaitu 4.25gram dengan ketulinan emas 917 .

Jika dilihat kepada Kupang Emas Johor ini yang mempunyai berat 0.64gram berbanding dengan Dinar Khalifatul Mukminin 4.25gram . Ini bermakna 1Dinar Khalifah Umar AlKhatab bersamaan 7 Kupang Khalifah Sultan Abdul Jalil Johor . Perbandingan ini adalah merujuk kepada ain berat emas Kupang dengan Dinar .

Penutup
Sebagai Artikel yang terakhir sebelum melabuhkan tirai bagi tahun 2013 Galeri Sha Banknote 1964 sekali memohon maaf jika terdapat pandangan dan tulisan Galeri Sha Banknote sepanjang berkarya diblog Numismatik terdapat terkasar sebutan dan pandangan yang tidak tepat dan ilmiah . Saya memohon maaf dan minta diperbetulkan . Untuk tahun mendatang 2014 ini Galeri Sha Banknote akan terus berjuang menulis dan menulis setiap penemuan dalam Numismatik Negara .

7 ulasan:

  1. Hi Dato boleh lihat koleksi duit mas dan kupang dato. Minat nak beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Silvaraj
      Setelah hampir 3 tahun dalam Numismatik . Banyak yang telah saya dapat belajarnya . Peringkat mula saya hanya sebagai kolektor untuk item wang kertas dan coin Straits Settlement ,Malaya , Malaya and Borneo serta Malaysia sahaja. namun saya hanya baru-baru ini saja beralih kepada coin kesultanan Melayu. Koleksi saya untuk kupang dan mas tak banyak dan sedang berusaha untuk menambahnya . Untuk itu koleksi saya ini bukan untuk dijual tetapi akan terus disimpan untuk koleksi peribadi .
      Terima kasih Tuan Salvaraj.

      Padam
    2. Tuan ingin membeli duit emas sultan abdul jalil shah seperti di atas ? Tuan call/msg/whatsapp nombor sy - 01126077255

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan , sy juga mempunyai duit syiling emas sultan abdul jalil shah sama seperti di atas . Sy berniat untuk menjualnya . Call/sms/whatsapp nombor - 01126077255

    BalasPadam
  3. sya ada sekeping siling bernilai Satu Kupang...saya ingin mendapatkn maklumat tentang sejarah siling ini...sesiapa yang ada maklumat bole kongsi dgn saya.. zairi..0197106078

    BalasPadam
  4. As salam...
    Saya juga ada sekeping siling tu...
    Nak jual pd yg berminat...
    Boleh SMS/whatapps saya...
    0173687108.

    BalasPadam
  5. As salam...
    Saya juga ada sekeping siling tu...
    Nak jual pd yg berminat...
    Boleh SMS/whatapps saya...
    0173687108.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...