Ahad, 1 Disember 2013

SERATUS RINGGIT WANG KERTAS PRINTER COPY / SALINAN PENCETAK


SERATUS RINGGIT SIRI KEENAM
TANDATANGAN TAN SRI JAFFAR BIN HUSSEIN
SALINAN PENCETAK / COPY PRINTER
XX 00000000
Cetakan US Banknote
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Jengka Pahang
23 Muharram 1435

Pendahuluan
Pada kali ini Galeri Sha Banknote 1964  ingin membawa satu penemuan kepada Wang Kertas Seratus Ringgit Siri ke-6 yang ditandatangani oleh Gabenur Bank Negara Tan Sri Jaafar bin Hussein cetakan oleh US Banknote pada tahun 1992 . Wang Kertas Seratus Ringgit ini memang  mempunyai beberapa perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Wang Kertas biasa . Wang Kertas ini adalah Wang Kertas SALINAN PENCETAK/ COPY PRINTER. lihat prefix  XX  00000000 dan nombor sirinya ada lapan kosong

Apa itu Wang Kertas SALINAN PENCETAK/  COPY PRINTER
Wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah Wang Kertas yang disimpan oleh Pencetak Wang US Banknote sebagai Salinan wang kertas untuk siri Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein  . Wang ini disimpan Di Percetakan United State Banknote .Co  USA . Wang ini telah dapat dibawa keluar oleh pihak tertentu daripada simpanan Pencetak US Banknote dan ianya dijual di Lelongan Awam di Singapore .

Apakah perbezaan Wang Kertas Salinan Pencetak.
Dari apa yang kita lihat dari Wang Kertas ini cuba kita lihat kepada nombor Prefixnya iaitu Prefix XX .
Kalau mengikut rekod Wang Kertas Seratus Ringgit biasa Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein dimulai dengan cetak Prefix ZD sehingga ZG dan Replacement ZX cetakan Thomas De La Rue.
Variety no siri tidak menyala dibawah lampu ultra unggu.
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan dengan Prefix ZH sehingga ZT dan Replacement ZU cetakan oleh Thomas De La Rue dengan Variety no siri menyala dibawah lampu ultra unggu .
Cetakan tahun 1986

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZT sehingga ZY dan Replacement ZU cetakan US Banknote
Cetakan tahun 1992

Kemudian diteruskan lagi dengan Prefix ZY-ZZ sehingga AA-AF dan Last Prefix AG
Cetakan tahun 1995.

Tetapi untuk wang kertas SALINAN PENCETAK ini wang kertas Seratus Ringgit ini dicetak dengan Prefix XX dan tidak ada kaitan dengan susunan huruf abjad Prefix wang kertas yang telah dicetak untuk edaran. .

Bergitu jumlah nombor siri Wang kertas ini dicetak  XX 00000000 iaitu sebanyak lapan kosong . sepatutnya jumlah nombor siri wang kertas biasa adalah sebanyak 7 kosong sahaja .

Kedudukan Rarity Wang Kertas SALINAN PENCETAK
kedudukan Status wang Kertas Simpanan Pencetak ini ada teramat Jarang dan belum pernah dijumpai oleh Kolektor sebelum ini . Rarity untuk wang ini ada UNIQUE - only one piece known to exit .

Anggaran Harga Numismatik wang Kertas SALINAN PENCETAK
Anggaran harga Numismatik untuk wang Kertas Salinan Pencetak ini adalah RM25,000.00


Penutup
Sebagai penutup dengan penemuan dan paparan ini adalah dikongsi bersama Wang Kertas SALINAN PENCETAK yang mempunyai ciri yang unique :-

1. Prefix XX yang tak pernah dikeluarkan
2. Nombor siri XX 00000000 mempunyai 8 kosong yang sepatutnya cuma 7 kosong
3. Wang kertas ini bukan spesimen Error atau Variety tetapi wang kertas SALINAN PENCETAK  Keluaran US Banknote .Co USA .



WANG KERTAS SALINAN  PENCETAK/ COPY PRINTER
Sertus Ringgit Tandatangan Tan Sri Jaafar Hussein
Lihatlah pada kedua-dua nombor siri Wang Kertas ini
XX 00000000
Merupakan Wang Kertas SALINAN PENCETAK


NO SIRI WARNA HITAM
XX 00000000
Nombor Siri Mendatar Warna Hitam
XX 00000000
Lihat ada tiga keunikan pada wang ini 
Pertama Prefix XX memang tak wujud untuk siri ini
Kedua nombor siri semua kosong 00000000
Ketiga jumlah angka kosong sampai 8 
sepatutnya kosong tak lebih dari 7 untuk duit Malaysia. 


NOMBOR SIRI WARNA MERAH
XX 00000000
No Siri menegak Warna Merah
XX 00000000
Kombinasi nombor siri ini memang tak  berapa kena
Pertama nombor kosong ada 8 sepatutnya 7 sahaja
Kedua Prefix Seratus Ringgit Jaafar ZD-ZZ dan AA-AG sahaja
Prefix XX tak ada kaitan dengan siri ini
Mengapa terjadi begini ya?
Jawapan nya ialah ini adalah Wang Salinan Pencetak 
US Banknote untuk Seratus Ringgit siri keenam .


*****************************
SALINAN PENCETAK
galeri Sha Banknote 1964

1 ulasan:

  1. ASSALAMMUALAIKUM,

    pusing2 dalam blog nih, baru terperasan laman tajuk $100 XX ... firstime tengok dan mmg diakui mmg superb koleksi ini... tahniah kerana berjaya memilikinya.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...