SEJARAH MATAWANG KESULTANAN MELAYU PAHANG
SATU TULISAN DAN ANALISA BERDASARKAN BUKU HUKUM KANUN PAHANG
Oleh
Galeri Sha Banknote 1964
Saraf Fi Jengka Pahang
12 Safar 1435 Hijrah
Pendahuluan
Catatan dan analisan yang dibuat ini adalah cuba mencari dan mengambil fakta-fakta yang terkandung dalam kandungan Buku Hukum Kanun Pahang HKP yang berkaitan dengan Fakta Numismatik yang menjurus analisan Sejarah Matawang yang digunakan semasa Pemerintahan Kesultanan Negeri Pahang pada ketika itu.
Hukum Kanun Pahang
Pada Fasal yang keenam
m/s 7 HKP - fasal yang keenam hukum pada segala orang yang mengamok . Jika hamba yang mengamok, atau hutang-hutangan, jika tiada ditangkap, maka dibunuh ia . Jika ditangkap dengan tidak tahu orang besar-besar maka salah hukumnya. Kena denda sepuluh tahil sepaha .
m/s 12 HKP - Fasal kesebelas - adapun pada mencuri kerbau atau lembu,ayam atau itek, jika ada dalam kandang dicurinya, maka didendanya setahil sepaha serta mengantikan kerbau itu dengan harganya .
m/s 19 HKP - Fasal ketujuhbelas - adapun hukum orang mengupah memalukan orang itu, jika tidak tahu hakim .denda pada yang mengupah itu setahil sepaha
m/s 51 HKP - Fasal pada menyatakan hukum denda yang sekati lima tahil itu gantinya enam tahil sepeha, pakainya tengah tahil seratus timah .
Diatas ini adalah kutipan daripada beberapa catatan kandungan HKP yang dapat mengambarkan nilaian denda yang dikenakan iaitu
Sepuluh tahil Sepeha
Setahil Sepaha
Enam Tahil Sepaha
Beberapa rujukan telah dibuat bagi menentukan maksud " SEPEHA " . Adakah Sepaha itu sebutan nilai timbangan atau adakah ianya adalah jenis matawang yang digunakan pada ketika itu . Galeri Sha Banknote 1964 masih lagi buntu dalam menentukan maksud Sepaha ini tetapi berpendapat Sepaha ini adalah sukatan untuk timbangan .
Mari kita cuba lihat pada perkataan ' pakainya tengah tahil seratus timah ' ini boleh dimaksudkan bagi bagi pemakaian pertukaran setengah tahil Sepaha bersamaan 100 timah . Kalau enam tahil sepaha bersamaan 1200 timah .
Dan lihat perkataan " sekati lima tahil itu gantinya enam tahil sepaha ". Ini membawa maksud sekati lima tahil bersamaan enam tahil sepaha bersamaan 1200 timah.
Adakah pakainya tengah tahil seratus timah itu bermaksud setengah tahil emas ketul bersamaan seratus tahil timah ketul , atau dikenali matawang tampang ???. Ini adalah dalam persolan yang belum dapat dirungkaikan dalam penerokaan Hukum Kanun Pahang ini .
Penutup
Dalam kiraan timbangan terdapat pemakaian SEPULUH TAHIL SEPAHA & SETAHIL SEPAHA
diungkapkan didalam Hukum Kanun Pahang dan beberapa istilah lagi yang masih belum terungkai yang akan terus dikaji .
Dalam kiraan timbangan terdapat pemakaian SEPULUH TAHIL SEPAHA & SETAHIL SEPAHA
diungkapkan didalam Hukum Kanun Pahang dan beberapa istilah lagi yang masih belum terungkai yang akan terus dikaji .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan